Baru-baru ini saya telah menghantar Najwa ke kem cuti sekolah di Janda Baik. Adik saya yang uruskan semua ini, dari pemberian nama dan butiran peribadi sehinggalah ke urusan pembayaran yuran kem funzania. Adik saya dah lama dengar program cuti sekolah ini di Radio IKIM.
Kebetulan anak saya dan adik saya ini sebaya. Anak pertama kami berumur 8 tahun dan yang kedua 6 tahun. Jantina pun sama gegurl jugak, ishhh kami tak plan tau, rezeki Allah bagi kebetulan ada kebersamaan di situ. Yang jenuhnya mak sayalah nak jaga kami dalam pantang, bergilir-gilir ko heheh sian makk.
Ok berbalik kepada program kem funzania ni. Ia adalah anjuran TelagaBiru khusus untuk kanak-kanak berumur 7 sehingga 9 tahun dan ianya program 2 hari 1 malam. Huhu lelama kesian juga, rindu pun ye, jadi cukuplah 1 malam tu kan.
3 minggu sebelum pergi kem ni, macam-macam yang Najwa tanya. Macamana nak tidur nanti? Makan? Adik-adik tak ikut ke? Alahai anak ibu, takpe saya faham rasa itu, dan saya pujuk juga jelaskan pada Najwa. Takpe Najwa kan pergi dengan Izah, nanti buat aktiviti sama-sama, dari makan, tidur dan apapun bersama tau!!
Jadi pagi Sabtu tu saya dan adik berjemaah hantar anak-anak kami ke sana. Pendaftaran adalah seawal jam 10 pagi sehingga 11 pagi. Baju dan barangan keperluan dibawa seperti dalam tentatif yang telah diemelkan kepada kami 3 hari sebelum kem bermula.
Saya bawa T-shirt lengan panjang 3 helai, seluar panjang 3 helai, telekung, kasut sukan, selipar, baju kurung sehelai, tudung 2 helai, selimut, sweater dan keperluan mandian. Berdebar, dalam kereta duk pandang-pandang juga Najwa, ishhh ibu ko janganlah beremosi kat situ kan.
Sebelum tu sempat juga sarapan sama-sama. Saya dan abahnya bagitau apa program dihari pertama dan kedua, Najwa kene dengar cakap fasilatator dan nanti dapat jumpa ramai kawan kat sana ;). Setibanya di Kem Janda Baik, kami terus mendaftarkan Najwa.
Dapat beg, fail, tag nama, pen dan topi. Dan terus diberikan bilik yang dikongsi seramai 25 orang dalam 1 dorm. Siap ada pertunjukan badut, ni kira nak bagi diorang ni cerialah ni kan ;). Semua parents tak masuk pun tengok macamana rupa dorm tu. Kami hanya diberitahu untuk letak beg pakaian di luar pintu dorm dan anak-anak mesti berkumpul di dalam dewan.
Takpelah saya yakin mesti dorm tu selesa untuk anak-anak yang ramai ni. Janji tahap keselamatan terjaga. Doa saya agar anak-anak di sini baik-baik belaka sepanjang ketiadaan ibu bapa. Dan saya diberitahu akan ada fasi yang akan tidur dengan anak-anak ni nanti. Oklah lega hati ibu mendengarnya ;).
Dalam pada orang sibuk-sibuk tu, si insyirah ni bukan main lena tidurnya. Meh sini makcik nak dukung, amboih nyenyaknya tidur. Semasa berkumpul di dewan, anak-anak dihiburkan dengan pertunjukan silap mata. Wahhh bestnya korang, at least ada pengisian bermanfaat di musim cuti sekolah ni kan.
Ok Najwa dan Izah kami tinggalkan sewaktu mereka sedang asyik menonton magician. Besok ibu dan abah datang ambil korang tau!!.
seronokla najwa pergi kem…uwais ni masih lagi tak sempat hanto mana2 kem lagik ni tgh servey jugak kat area2 rumah ni kot2 ader….selamat berkem yer najwa…
tak nangis ke diorang kena tinggal tu? hoho..
Cuti sekolah ni mmng elok sangat hantar anak2 ikuti mana2 program yg bermanfaat…Dapat jugak dia orng pengalaman yg berharga..
Terbaiklah Aju!
Selalu jugak dgn kem anjuran Telaga Biru ni. Moga Najwa semakin sukses!
Tunggu part 2 =)
Emm ok la tu kan..sekurang2 masa cuti ni ada gak aktiviti berfaedah macam ni..hehe
Slmt berkem buat Najwa dan Izzah,lepas nie ramailah dpt kwn baru.
bagusl ah k.aju..blh isi masa lapang anak2 selain dpt ilmu..
Bestnya.
owh, dah tahu dah….nak cuba juga hantarkan kakak azwa lah nanti…
Insha Allah menjadi anak yang tabah dan pandai jaga diri di tempat jauh dari keluarga..
nak baju ibu dan papa nak amik bau bawak tdo heee..best tengok anak sis aju dah besar daha da kawan2 pula tu …