Hari ke2 Funzania, entri hari pertama sila ke sini
Satu hari tanpa Najwa di sisi buat saya tak lalu makan asyik terfikir macamanalah keadaannya di kem Funzania. Ibu bapa akan dikemaskini dengan gambar aktiviti anak-anak yang di whatsapp oleh fasilitator di sana. Emmm lega sikit dapat tengok aktiviti mereka ni. Biasalah berjauhan mesti rindu-rinduan, cuba masing-masing berkumpul di rumah, memang havoc dengan keriuhan anak-anak yang macam-macam peel.
Sebenarnya kem ini kebanyakkannya berkisar tentang program dan pengisian masa tentang aktiviti harian anak-anak di rumah. Contohnya solat, kemas rumah, kemas tempat tidur, masak menu yang mudah dan pendek kata apa yang dibuat di rumah akan dilakukan di kem ini. Tapi ada pengisian tambahan contohnya mereka diajar agar lebih berdikari dan melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik. Bezanya kalau kat rumah kita suruh buat kerja diorang ala-ala liat nak bergerak, tapi kalau kat kem ni, fasilitator kejut bangun subuh sekali je terus bangun ko!! Itulah yang Najwa cerita hihi.
Masa saya ambil Najwa dan Izzah pulang, katanya tahun depan dia nak ikuti program ni lagi. Kalau boleh nak menginap seminggu kat kem ni. Hamboihhh tak merindu langsung kat ibumu ni ye along. Kemain seronok dapat mandi sungai agaknya ni. Biasalah dengan kawan-kawan ramai, makan dalam dulang, mandi sama-sama, main sama-sama. Yeke nak tinggal sana seminggu ni Najwa? Okeh tahun depan Insha Allah ada rezeki dan panjang umur kita pergi lagi ye.
Masa saya sampai sana jam 5:30 petang, masing-masing tengah duk berkumpul untuk sesi penutupan majlis. Saya tengok dah ramai parents yang tunggu sambil melihat pokok yang ditanam mereka ni dikumpulkan di bawah gazebo ni. Pokok Najwa adalah 2 helai daunnya, manakala Izzah pula 3 helai, oklah daripada takde. Itu yang nak jaga betul-betul sampai berhelai-helai daunnya.
Insha Allah ada rezeki tahun depan saya dan adik nak hantar mereka ni lagi, so tahun depan meriahlah sebab mereka berempat setuju nak join kem ni. Nampak mahal jika buat sekali bayaran, tapi jika disimpan secara bulanan, tidaklah semahal mana berbanding shopping online hehehe. So bulan-bulan simpan RM50, by the time bulan 11 dah boleh hantar diorang ke kem termasuk duit minyak dan makan.
Ok jumpa lagi tahun depan Funzania!!!!
Budak-budak kalau dah berkumpul macam tu Aju, buat aktiviti itu ini memang diaorang suka dan excited. Yang biasa2 dok bawah ketiak mak pun, boleh buat derk aje kalau emak pergi pantau …Memang bagus program2 macam ni sebab apabila beramai-ramai ni baru diaorang tahu pentingnya bekerjasama dan membantu. Kat rumah ada emak buatkan sebab tu liat semacam hihihi
Emm baguslah mereka dijaga dengan begitu baik sekali..hehe
umur anak aju yg pergi ni umur berapa…macam nak hantarkan kakak sekali lah…mcm mana nak tahu pasal program ni aju
Yang biasa2 dok bawah ketiak mak pun, boleh buat derk aje kalau emak pergi pantau …Memang bagus program2 macam ni sebab apabila beramai-ramai ni baru diaorang tahu pentingnya bekerjasama dan membantu.