Ohoiii tak abis lagi entri Langkawi ;).
Kalau sebelum ni kami menikmati pemandangan laut dengan pakej Island Hopping, kali ini suami pelawa untuk join Mangrove Tour pula. Kebetulan kami singgah di Tanjung Rhu untuk makan makanan laut, dan di situ juga ada ejen untuk pakej Mangrove Tour ni. Nampaknya suami saya tak puas lagi naik bot sebelum tu ye, hehehe ok takpe saya memang suka bab-bab kene angin laut sambil tudung terbang versi sepoi-sepoi bahasa ;).
Ok caj yang dikenakan ialah RM170 selama 2 jam untuk kami 5 beranak. Kali ni anak-anak tak berpakaian mandi sebab tak expect nak naik bot, dan syukurlah diorang pun tak ribut-ribut nak mandi laut bagai. Ok kali ini seronok sebab kami pergi waktu tu jam 4:00 petang dan cuaca dia agak romantika de amor berbanding cuaca pagi yang terik versi matahari memancar.
Pertama sekali kami di bawa melihat burung helang. Memang banyaklah burung helang berterbangan. Seronok si Adam melihatnya, kali ni Adam dah berani nak celup tangan dalam air. Aduyaiiii dia punya lasak usah ceritalah kan. Jenuh menegurnya. Lepas tu bila abang bot tu tegur barulah Adam diam sekejap, pastu buat hal lagi ;). Takpelah no hal lah tu sebab budak lelaki memang begitu.
Selepas tengok burung helang, kami di bawa ke Gua Buaya. Sebelum sampai ke Gua Buaya, kami melalui kawasan sungai yang penuh dengan pokok bakau. Ada monyet ;), Nak tau apa yang Adam tanya kat monyet tu? Eh monyet ko tak pergi ke kenduri Raja Sulaiman?? Adam kuat sungguh pengaruh kartun Pada Zaman Dahulu tu dalam dirimu ye nak? Hehehe lawak je Adam ni. Nasib baik monyet tu tak lompat masuk bot nak pergi kenduri ;).
Lepas tengok monyet, bot ini menyelusuri sungai dan melalui Batu Belah dan kami lalu ditengah-tengah belahan batu tu. Ohoi, saya pula tanya soalan, dik batu ni terbelah je tapi tak bertangkup ye? Hehehe amboi sempat bergurau dengan adik bot tu, nasib baik laki aii tak siku aiii masuk sungai hehehe.
Dan jumpa pula dengan Gua Buaya. Nak tau kenapa dipanggil Gua buaya? Nampak tak batu tu ala2 rupa buaya? Hmmm itulah sebab tulah gua ni digelar dengan nama sebegitu. Lalu dalam gua yang gelap-gelap cerah agak menyeramkan, mujur tiada benda agak-agak scary di situ, lagipun sekejap je pun lalu dalam tu. Lepas tu dah terang benderang semula.
Gambar kat atas ni rumpai laut tau, macam jeli keras rasa dia. Ha ni part paling best. Pergi ke sangkar ikan yang ada macam-macam jenis ikan dan kerang juga udang. Tengok diorang bagi ikan makan tu yang seronok. Jinak ikan tu dah macam jinak kucing kat rumah kita tu. Comel!!! Tapi hati-hati sebab ada juga ikan yang menggigit, awas tanganmu!!! Jom tengok video yang sempat saya rakam untuk tontonan anda-anda semua. Ececehehh macam pengacara Nona tak aiii????? ehehehe
Kami juga singgah di Gua Kelawar selama 15 minit. Sempat masuk ke dalam gua dan melihat keindahan stalagtit dan stalacmite. Walau penat berjalan namun puashati sebab pengalaman baru buat kami anak beranak. Korang kalau sampai Langkawi wajib buat aktiviti tour macam ni, barulah best!! At least dapat menikmati pemandangan keindahan Langkawi. Bestt!!!
Ehh rumpai tu boleh makan macam tu ke?
Bestnye..hehe..Adam sempat lagi bertanya kat monyet tu ye.. ๐
Seram jer tgk gua buaya tu kan.. nasib takde buaya.. ^^
menariknya gambar ni.. teringin plak nak pegi
Wah tunggulah baby dah besar sikit nanti nak gi langkawi gak
insyaAllah kalau panjang umur…boleh jejakkan kaki ke Langkawi juga nanti…
seronok pergi kat sanakan..ada jumpa hassan hussin tak (ikan pari besar)…hehehe
wah macam best jer , kalau pergi Langkawi lagi nak cuba la mangrove tour tuh…
$alam sesiapa nak ke Langkawi saya ada homestay btul2 tgh pekah kuah.. 3blik full aircond pantry n ruang tamu.. semalam rm250 2 mlm ke atas hanyalah rm220 sahaja.. selain itu saya juga mnyediakan mangrove tour 2 jam dgn hrga rm170 sahaja !!! island tour keta sewa pn ada hubungi sy na 0134569984 ana..