Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Seperti kebiasaannya saya akan memasak di waktu hujung minggu sahaja. Lumrah ibu bekerjaya begitulah adanya ;). Sekarang musim hujan, lagilah awal kene masak. Bebudak ni lapor je memanjang, nak kata ada bela takde pulak, cuti sekolah takde mende sangat nak buat, cepat aje laparnya diorang ni. Seawal jam 10 sudah memulakan langkah silat di dapur. Syukurlah masak senang-senang je, pukul 11.30 baru siap masak semua ni. amboi lama juga saya kat dapur tu even masak 4 benda ni je kan? ish ish ish tak bleh masuk Masterchef kalau cenggini, awal-awal lagi dah tersungkur huhuhu.
Jam 7 pagi, sebelum suami keluar bekerja, beliau akan hantar saya ke pasar Sri Gombak ni. Biasalah saya aje yang pergi, kalau budak bertiga tu ikut sekali, riuh, tak jadi nak membeli, jadi baik saya sahaja yang masuk pasar tu seorang. Diorang akan duduk dalam kereta dengan abahnya tu. Korang pernah jadi buntu kepala takde idea nak masak apa? Saya pun gitu juga hahaha. Itu belum tetiap hari memasak, mau pecah kepala pikir menu apa nak masak ni.
Saya ambil menu mudah sangat, yang pejam mata pun boleh siap masak. Goreng ikan, buat ayam masak sambal dan kobis masak lemak. Alahai kecur airliur dah tu. Ayam goreng sambal tu saya yang suka, sebab biar pedas-pedas sikit barulah berselera besar nak makan ahaha. Lagi pedas lagi kick, tapi jangan ingat bebudak ni tak makan pedas, diorang lagi hebat dari saya. Mengalahkan orang tua kalau makan tu, nak cili! nak Cili! terutama si Adam kenit. Nampak je kenit tapi selera besar hehehe.
Ni diorang dah siap makan, sampai 2 kali tambah nasi. Apa taknya kobis masak lemak tu kalau berlawan dengan ikan goreng memang meletops!!! Sekarang ni bebudak tu semua naik atas main dalam bilik pulak, menyepah bilik tidur gamaknya diorang ni. Biarlah janji masing-masing senyap sudah. Dah makan, main, kejap kang tidurlah memasing tu. Hehhehe ibu dia pun join sama nanti ;). Nampaknya hujan masih tidak berhenti. Semoga mangsa banjir tabah hadapi dugaan ini dan marilah sama-sama kita membantu apa yang termampu Insha Allah.
Menu makanan diatas sangat menggugah selera …
selamat menikmati ๐
Aduh..memang menyelerakan semua menu2 tu..dok baca post ni pun dalam keadaan hujan di Kuantan ni..lagilah bertambah keroncong perut..
ermmm yumx3 …
dah lama x jenggah blog aju .. di FB aje kita nie huhuh
salam, saya pun dah lama tak jenguk sini, dulu masih blogspot, skrg dah wordpress, boleh ajar kak aya yang buta wordpress ni.
hujan2 ni menu macam tu..2 pinggan tu no problemlah. Hahaha mau tak gumuk ๐
nampak sedap..
mohon alamat rumah..
hikhik
Betul tu Aju,pening kepala nak fikir apa menu,nasib baik x tiap2 hari masak….
nasi, sayur, ikan
tu pun dah cukup semangat nak makan nasi
Memang mnyelerakan…
Kalau akak, maunya bertambah2 nasi tu…
Tu laaa Aju, cuti sekolah ni mmng pening nak pikir pasal menu…budak2 asyik nak makan jer…
Nasib baik baru lepas makan โบโบ