

Semalam 28.12.2013 merupakan hari orientasi Najiha bagi tahun 1 untuk sesi 2014. Saya dah siap iron baju dan siapkan beg sekolah Najiha ni dari sebelum tu lagi. Bersemangat nak memulakan persekolahan si bambam ibu ni.
Sekejap je rasa cuti sekolah ni kan, pejam celik pejam celik dah mula sesi persekolahan 2014. Najiha bersemangat, sangat tak sabar nak ke sekolah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan dan semua cikgu ;).
Seperti biasa, suami saya ke kerjaan, jadi sayalah yang uruskan kesemuanya. Wanita memang hebat, boleh buat beberapa kerja dalam 1 masa muahahahah. Takpe suami kerja untuk cari rezeki untuk kami anak beranak juga kan, jadi tolak ansur memang perlu.
Orientasi bermula jam 8:00 pagi, Alhamdulillah Najiha elok je sampainya di sekolah. Bila kami tiba, semua murid dah beratur dalam barisan mengikut kelas masing-masing. Najiha diletakkan dalam kelas 1 Intelek.
Mungkin sudah biasa dengan suasana sekolah tadika dari umur 5 tahun, jadi Najiha tiada masalah untuk membiasakan diri tanpa ibu disisinya. Hmmm ada juga adegan murid perempuan menangis tadi, biasalah tu, nanti dah lelama, dapat kawan, oklah tu ;).
Semasa anak-anak beratur, ibu bapa semua perlu berkumpul kat Dataran Nilam bagi mendengar penerangan tentang sesi pembelajaran anak-anak ini. Cikgu explain A to Z almaklumlah anak-anak baru masuk sekolah kan.
Seriously saya tak dapat mendengar taklimat ini kerana sibuk melayan Adam yang macam-macam tu. Nak tengok kucinglah, nak tengok kolam ikanlah. Selagi saya tak bangun dari kerusi tu, selagi tu tangannya akan menarik tangan saya sambil mengomel tak puashati.
Ohoiii semua serba tak kene, saya ikutkan jela, kalau tak mulutnya bising je. Aduyaiii punnnn seronok Adam buli ibu dia ye. Overall Najiha ok dengan orientasi semalam, cuma dalam kelas tu hanya 4 orang murid perempuan yang bertudung dan selebihnya free hair.
Najiha kata nanti dia tak mahu bertudung pulah dah.Alahai camno nak pujuk nih, takpe saya pernah hadapi situasi ni dengan Najwa dulu tapi selepas psiko dan nasihat, Alhamdulillah mahu dia bertudung ke sekolah ;).
SEBAYA DGN ANAK BUI NAJIHA NI..ATHIRAH PUN DARJAH 1 THN 2014..
selamat melangkah ke alam persekolahan …Bersemngat betul Najiha ya…Tak sabar2 dah tu..
Comel jer dia pakai tudung tu..
kemain heppi nengok najiha..ceria nak masuk darjah satu…adam pun kemain lagik yer…bagus najiha bertudung anak yang solehah sangat nih…
nampak ceria jer najiha p sekolah…belajar rajin2 ye..
amboi Adam kemain seronok dia buli Ibu ye..hehe..
esok turn aida plak bw syuhada gi orientasi.
and syuhada terus bertudung sok ke sekolah.
nurin last 2 years masuk darjah 1 tak bertudung.
then naik darjah 2 dia request nak bertudung.
rupa-rupanyer ari tu time amik result nurin, semua dlm kelas dia da bertudung ๐
so syuhada pun excited nak bertudung sama kakak…
Tahniah Najiha. Dah darjah 1 dah.
Aju, ni SK SG1 ke 2 ek?
Moga Najiha kekal bertudung. Cabaran gak tu nak psiko lagi. Moga dipermudahkan..ameen
comelnya..
anak siapa ni
rajin2 belajar ya
Wahhh dah masuk tahun 1ekk..selamat menempuh alam persekolahan yer dik..hehe
anak-anak skrg semuanya dah pandai berdikari…. turn ema dah lepas..si kakak hantar kat pintu pagar sekolah jer…
budak-budak memang mudah terpengaruh. jadi, ibu bapa sendiri kena kuat dalam menasihati mereka. Sayang kalau tak bertudung sejak awal lagi.