Pertama kali ber “PopLook”

Hai hai hai semua!!! Dah makan?

Korang pernah shopping online kat thePoplook tak? Saya dah lama dengar shopping online ni tapi belum pernah nak jenguk ke situ lagi. Hmm kebetulan konvo Najiha aritu memang saya nak cari dress untuk majlis tersebut. Hahahha kata event kat Hotel kan, haruslah bersiap siaga dengan pakaiannya. Alah nak menceriakan diri sendiri je sebenarnya, barulah semangat nak bawa askar-askar tu semua ;).

20131110-152422.jpg

Saya duk usha nak beli baju kat atas ni. So bila fikir-fikir semula better saya cari dress je. Sebab baju kurung dan kurung moden ni dah banyak kat rumah. Dress pun boleh juga nak pakai ke ofis atau majlis rasmi atau kenduri kendara kan. Kelip-kelip mata sikit ;).

Hmmm mana satu jadi pilihan hati?? Haaaaa ini ha!! Dress dia sweet dan cantik giler. Harga pun berpatutan sebab material chiffon dia best dan full lining ye. Tak perlu pakai inner mahupun kain dalam. Very comfortable dan tak panas!!! Rasa macam princess sebab kain kembang dan beralun bila berjalan. Senang sangat nak melangkah mahupun berlari-lari sambil mengejar anak-anak yang lasak tu. Dan ada tali ikat belakang tau, memang rasa feeling macam Cinderella, bolehhh?? Feeling feeling mengalahkan kanak-kanak rebina yang tak boleh blahhh sangaaatt!! #tangandidadamatakeatas ;).

#TIPS nak pilih size mana sesuai? Ok ukuran yang diberi adalah dalam ukuran sentimeter (cm). Orang kata nak beli baju silalah ukur baju di badan sendiri. Korang ambil tali tape. Ukur semua part bahagian di badan korang, then tengok setiap ukuran di details yang diberikan. Jangan ikut ngam-ngam je ye dak nanti jadi sarung nangka. Ehem-ehem saya pakai size M ye hehehehe. Kotlah korang terpikir nak tanya, jadi saya jawab siap-siap hehehe. So pilihlah size yang korang selesa, biar loose takpe haruslah shariah compliance ok!!

BACA  Contest tamat | Pemenang diumumkan

20131110-152436.jpg

Bila dah dapat dress, harus pula ada tudung mahupun selendang. Nah, ini pula selendang pilihan hatiku. Ngeh-ngeh sepadan kan? Sebab saya akan padankan warna hijau minimum di selendang kontra dengan dress tu. Selendang pula sedap kainnya, senang nak bentuk supaya jadi muncung tegak je macam yang saya pakai tu. Selendang ni dipotong lengkuk di hujung, alah macam halfmoon tu. Hahaha maklumlah bukan tukang jahit, tak reti nak guna term yang sesuai ;).

20131110-152755.jpg

Emmm bila dah pakai baju tu selesa, tak mustahil nak beli lagi kan. Oklah kalau korang pun teringin nak poplook juga silalah ke website diorang http://thepoplook.com/. Happy shopping ;). Malas nak posing berdiri, boleh gitu? Hahahha sendiri imagine lah. Kebanyakan blouse yang dijual juga labuh dan menutup punggung, tapi selalunya kalau diorang publish blouse terkini sure cepat je sold out. Jadi memang kene cepat sebelum kehabisan 😉

9 thoughts on “Pertama kali ber “PopLook””

  1. cantik dress hijau tu… teringin tp kan… menyusu badan susah la nak pakai dress cantik mcm tu.. kena cari yg khas utk menyusu boleh la…

  2. Aju dengan fesyen macam irama dgn lagu ye …selalu best dan meriah je. Nicelah dress tu ..tapi akak ni susah nak shopping online. X puas hati sebab x dapat try n belek2 macam selalu kat fitting room tu

  3. This is a great post. This post give truly quality information. I am definitely going to look into it. Really very useful tips are provided here. Thank you so much for sharing and keep it up the good work.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: