2 minggu lepas saya dah selesaikan semua keperluan persekolahan anak-anak saya Najwa dan Najiha. Baik buku sekolah mahupun pakaian sekolah mereka, sudah saya selesaikan. Bukan apa persiapan awal mengelakkan shopping last minute yang buat saya pening kepala sendiri je nanti. Kebetulan koperasi sekolah sudah beroperasi mulai 2/12/2013. Jadi saya dah dapatkan senarai buku Tahun 3 dan Tahun 1 di Facebook sekolah, dan sudah merancang buku yang mana perlu dibeli berserta bajet kewangan untuk keperluan tersebut.
Canggih, zaman IT diorang upload je senarai buku tu secara dalam talian, so mak pak semua dah get ready dengan ongkosnya ;). Untuk Najwa dan Najiha, buku sekolah mereka semua sekali berjumlah RM202.40. Buku tulis, buku kerja PBS, lencana sekolah 2 keping seorang, buku Kafa, buku sifir dan pembalut buku segera. Korang ingat makanan je segera? pembalut buku pun ada tauuu!!!!!. Hmmm buku tulis tu pula tak semuanya saya beli, berdasarkan pengalaman lepas, ada buku yang dicetak sempena Hari Guru tu, kurang digunakan, jadi saya kurangkan kuantiti pembeliannya tu.
Selesai membeli buku, saya terus ke kedai Uniform Gallery di Batu Caves. Kedai ini one stop centre untuk keperluan sekolah. Dari hujung kaki ke hujung rambut semuanya ada. Saya kan bawa askar bertiga ni, so saya borong semuanya kat sini je. Senang tak perlu ke kedai berlainan, tau-tau ajelah si Adam tu kan lasak. Tak larat saya nak ngadapnya sensorang, so baik beli semuanya di kedai ni. Lagipun kalau ahli UG, kita akan dapat 20% diskaun untuk produk Uniform Gallery dan 10% diskaun untuk produk selain itu.
Kualiti kain produk UG boleh dikatakan selesa dan yang best cutting badan baju tu besar. Jadi saya tiada masalah untuk mencari baju yang sesuai untuk Najiha yang berbadan besar sedikit diperutnya. Alhamdulillah mudah kerja ibu, tak perlu nak beli kain dan tempah bagai, semua dah ready made ;). Beli baju sekolah kebangsaan dan sekolah agama untuk diorang ni. Baju kurung putih 4 pasang untuk Najiha dan baju kemeja/baju kurung dan kain coklat untuk Najwa untuk jawatan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Hari Isnin pengawas kene pakai kemeja, vest dan kain susun belakang. Hari-hari biasa pakai baju kurung dan kain susun tepi. Aiyoo banyak juga belanja jadi pengawas ni ye, dulu-dulu sekolah takde vest bagai ni ;).
Dengan keseluruhan barangan ini saya telah membelanjakan RM460 dan saya perlu membayar RM404.60 setelah ditolak dengan diskaun sebagai ahli kedai Uniform Gallery. Huk huk huk terbatuk kejap, syukurlah boleh terima bayaran guna kad debit, kalau duit tunai memang tak cukup jawabnya ;). Apapun semua perbelanjaan ni dikongsi sama rata dengan suami saya. Balik rumah hanya tunjuk resit dan suami dengan mudah membayar semula separuh perbelanjaan tersebut. Emmm terpikir juga, kalau saya tiada macamana agaknya suami nak uruskan anak-anak saya nanti agaknya? Nota kaki untuk hari ini ;).
lizz belum lagi beli kelengkapan sekolah anak2..seminggu lagi kot…nak shoping2
Akk x suka beli kat sini jun. X elok sgt kainnye.
ema juga belum beli apap-apa lagi…pernah beli pembalut segera tp tak tahan lama..cepat koyak..mungkin anak buat lasak sangat…hehehe
Bestnya dah beli. Daku belum beli lagi. This week atau next week baru nak gi.
Kalau kita tak ada pandai la dia….ni sebab kita ada dan dia rasa kita boleh buat untuk dia.
Aku pun baru je lepas membeli baju sekolah anak yang sulung tu.. Terkejut bila bayar. Keperluan untuk seorang jer dah habis RM 300. Tapi beli 3 pasang untuk sesi pagi dan petang. Bukannya apa takut tak sempat basuh bajunya nanti. Belum beli beg dan buku-buku sekolah. Nampaknya kena pergi buku sekolah dia dulu sebelum persekolahan bermula.
pehh..memang membeli belah gayanya nih.
Kalau kita tak ada dia @encik suami akan cari orang baru tolong uruskan..hihihi jangan marah Aju. Kali ni akak belum beli apa2 lagi. Biasanya memang awal2 lagi dah prepare semua
qis pun tahun depan nak masuk tadika..tapi tak beli apa2 lagi kerperluan dia..minggu depan kot…
Saya pun dah shopping barang sekolah utk heroku
perghhh….baru 2 org yg skolah…..koyak poket…
amboi, kemain syok tgk adam dok main hp kat belakang tu….
salam..
wah bnyk membeli…
tetibe teringat masa yaya sek dulu..huhu..cenggini la.. ^,^
wah dah siap semuanya
kami sempat beli kasut sekolah je petang tadi
rajin2 belajar ya, adik2 kakak2
mesti bertambah semangat dorang nak memulakan persekolahan sebab semuanya baru…=)
Last minit shopping memang tak syok..hehe
Alhmdulillah…dah selesai semua ya….
Akak belum lagi..anak2 dah besar, biasanya akak beli last minit …
aida lom settle bab buku.
baru ari ni nak gi survey satu skola swasta.
and nak diskus dgn asben nak ke tidak tukar kan skola anak2…
then baru beli buku…
memang lega if da setlle beli keperluan skola diorang.
last minit nanti kelam kabut!