Kehidupan berumahtangga kadangkala ada manis, masam, pahit dan kelat. Jika dilihat kehidupan setiap pasangan suami isteri perlu ada persefahaman di samping bertolak ansur kerana tidak setiap detik kita akan merasai manis, kadangkala ada masamnya juga. Setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat, dan ketetapan iman di hati. Ini kerana setiap ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah,
Begitu juga dengan air sirap limau. Kalau air sirap saja, pasti manis rasanya, tapi jika diperah dengan asam limau, emmmm masam-masam manis, ala-ala cerita Tan Sri P.Ramlee tu ;). Nak plak kene musim panas terik, memang sedap tekak ni kalau dapat teguk sirap limau ais.
Bercakap tentang sirap limau, hari ini saya ada tugasan untuk review blog siraplimau.com. Nak review blog, kene cerita tentang blog tersebut, apa penambahbaikan, apa pencapaian dan apa yang perlu dilakukan untuk tujuan tersebut. Ok kita mulakan ye ;).
1. Header
Header blog ini agak ringkas. Mungkin admin siraplimau punya alasan tertentu, tapi bagi saya jika header tersebut punya design lebih menawan, mungkin boleh menarik lebih ramai pembaca untuk datang ke blog ini.
2. Soalan tanpa jawapan
Saya lihat tajuk entri memang menarik. Nak plak ada antara entri tu yang ada kene mengena dengan persekitaran saya. Tapi bila klik entri, hanya soalan sahaja yang dipaparkan. Contohnya, tajuk entri ialah Suami berubah sikap apabila berjaya. Bila klik link entri tersebut, ada soalan dari pembaca tapi isinya tiada. Aduuhhh gimana sihhh? Jika blog ini menjurus kepada tips rumahtangga jadi biar ianya betul-betul dapat menyelami hati pembaca. Maksudnya ada soalan, ada jawapan. Mana tahu orang yang klik entri tu tengah serabut nak cari jawapan kan, tak ke meroyan dia tengok persoalan tu tergantung begitu? haaaa macam itulah perumpamaannya.
3. Tambah perisa dan rencah dalam setiap entri
Hmmmm blog ini punya niche yang sangat bagus. Maksudnya menjurus kepada persoalan rumahtangga dan kehamilan. Tapi kalau dalam setiap entri ditambah lebih perisa dan perencah lagi best orang nak baca. Contoh ye, kalau cerita tentang mertua tak suka isteri saya, terangkan bagaimana cara atau apa yang perlu dilakukan oleh para menantu untuk memikat hati mertua. Kongsikanlah tips tersebut, beli barang kemas untuk mertua ke, masak untuk mertua ke, belikan baju bajan ke, barulah pembaca nak terus melekat di blog ini untuk gali menggali tips yang lain-lain.
4. Banyakkan tips mengikut landasan shariah
Haaa ni dah macam ustazah Bahyah. Kalau kata admin/penulis menjurus kepada pembaca Islam, bolehlah follow tips ini. Saya lihat masyarakat sekarang dah terbuka minda dan sangat-sangat mendekati dan mengikut landasan agama dalam menjalani kehidupan harian. Kalau boleh tambahkan doa atau ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk manfaat bersama. Ini adalah tips dan keywords paling terbaheeekkk kata koooo!!! tak caya cuba buat ;).
5. Perlu seiring dengan tagline
Saya baca tagline blog SirapLimau.com ialah Segar Lagi Menyegarkan. Jadi tagline tersebut perlu seiring dengan entri yang disajikan kepada pembaca anda. Entri terkini, berinformasi dan menarik perhatian pembaca untuk membacanya 🙂
Oklah cukuplah 5 perkara yang saya sentuh, semoga Siraplimau.com akan terus maju jaya hendaknya. Semoga semua kritikan saya tidak mengguris hati admin ye, ampuunn ;). Anggap ianya kritikan membina untuk SirapLimau lebih sukses kehadapan tau!!!
Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com.
Assalamualaikum kak aju.. wahh bestnya review. semoga berjaya yeee 🙂
terbaik reviewnyer nih…
good luck yer ajue…
terima kasih kerana menyertai contest review sirap limau. nanti aku update senarai peserta ye.
🙂
Wah.. Sirap limau pulak. Lama ketinggalan dengan dunia blog ni.
Review yg menarik bersama idea2 yg bernas.
Semoga berjaya..
salam aju…
nice review. gudluck ya 😉
ps: jemput join kontes simple saya 😉
Good Luck Aju..
wah dah join juga good luck Jun, masih berkira2 nak join ke tak
Good luck.
ni salah satu minuman kegemarna saya gak.kupasna yang manarik sis suka baca! 😉
pst..uik sihat ker?
Gud luck dear..
Assalamualaikum…
Review terbaik dari ajumohit. % kritikan ysng mrmbina. Memang saya pun rasa begitu juga. Soalan tanpa jawapan. Tagline segar lagi menyegarkan… sudah pasti pembaca ingin sesuatu yang segar iaitu isu hangat dan terbaru semoga pembaca boleh tahu perspeksi yang mereka inginkan.
good luck
Awalnya saat masuk plus membaca nama blog dan tagline-nya, saya pikir Siraplimau adalah blog khusus masak ternyata blog berniche keluarga. Saya sendiri juga salah persepsi terhadap blog ini namun selebihnya sangat bagus, bisa jadi referensi kedepannya untuk siapa saja yang telah berumah-tangga
review dan cadangan yang menarik… semoga berjaya…
Wahhhh panjang benor yer…gud luck aju…menarik review ni..
Selamat berjaya yer Aju.
Menarik review ni, nak2 bab yg takde jawapan utk soalan tu.
woww pandai u kaitkan kisah rumahtangga dengan air sirap limau..tp betul juga perumpamaan itu ya..kita akan perolehi rsa nyaman dalam sesuatu hubungan itu jika kita memberi rasa nyaman kepada pihak yang satu lagi..semoga semua bahagia till jannah insyaAllah
Vitamin Ibu Berpantang
fuhh bagus2 kritikan yang membina dan bernas..en titan pun dah reply..semoga u berjaya k..aminnn…
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
good luck aju….. rajin join contest review2 ye..
heee… tang syariah tu memang kene betol2 praktik..
There’s definately a lot to find out about this subject.
I like all the points you made.
Bila lagi nak adakan contest ni ye. Nampak macam best.