Semalam saya temankan Najiha yang memulakan persekolahannya bagi Darjah 1 dan Najwa pula Darjah 3. Tiba-tiba hati sayu melihat anak-anak saya makin membesar. Masing-masing dalam usaha mencari arah hidup menuju dewasa. Jika kita bentuk ianya bulat maka itulah hasilnya begitu juga sebaliknya. Semua impian ibu bapa ingin melihat anak-anak berjaya. Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Semakin besar dah anak-anak ibu abah ni, tiba-tiba rasa rindu waktu mereka kecil dahulu.
Saya hantar mereka berdua ke sekolah, tengok diorang masuk dan duduk dalam kelas. Ajar Najiha membeli makanan di kantin. Tunjuk mana tandas dan semuanya diperhatikan ibu ;). Saya bercuti 2 hari semata-mata nak temankan dan rasa feel anak bersekolah ;). Rindu saat-saat ni nanti, lagipun sekali seumur hidup, tak rugi pun bercuti untuk anak kan ;).
Saya bekalkan air buat anak-anak, Najiha kata tak cukup air sebotol. Emmphhh lagipun cuaca panas, sebab diorang ni bersekolah sesi petang dari jam 1:00 hingga 6:30 petang. Ok nanti ibu belikan botol lagi besar ye. Takpe sebab kelas Najiha bersebelahan dengan tandas, so senang dia nak membuang ;). Selepas tengok diorang duduk dalam kelas, saya balik rumah dulu. Pukul 3:00 datang semula ke sekolah sebab Najiha rehat jam 3:15 petang. Kat rumah saya dah ajar nilai duit RM1, duit syiling semua. So semalam Najiha makan mee goreng berharga RM1. Pedas katanya, alahai makcik kantin masak untuk bebudak janganlah pedas sangat, sian bebudak.
Selepas Najiha abis waktu rehat dan masuk ke kelas semula, saya jenguk Najwa pula. Hari ini anak ibu bawa bekal ibu masak tadi ;). Waktu rehat murid ni tak sama, untuk elak berebut kan, yelah dah ramai-ramai tu nanti macam-macam halnya ;). Najwa dah besar, manis anak ibu ni, sweet macam ibu dia hahaha sapa lagi nak puji anak sendiri kan.
Selepas settle, saya balik rumah semula, dan datang lagi ke sekolah jam 6:00 petang untuk ambil diorang. Sesak sungguh depan sekolah, jadi saya letak kereta di seberang jalan sekolah dan exercise jalan kaki ;). Anyway seronok rasanya jadi surirumah sementara ni ;), dapat masak untuk anak-anak. Dan tengok diorang depan mata. Jadi hari ini saya biarkan mereka pergi dan balik sekolah menaiki bas pula. Tapi waktu rehat nanti wajib juga jenguk si Najiha bam bam tu.
Eh semalam banyak betul picture anak-anak tersepit di kerusi kayu tu ye. Alahai macam-macam ragam anak-anak ni ye ;).
banyak betul beg warna pink nih..
oklah ada kakak sekolah yg sama..nanti boleh tgkkan adik juga.
Mmg sayu hati tengoj anak anak dah besar kan..
Najiha comel…lizz dulu pun sama time memula sek pun nunggu juga.time rehat duk menjenguk uwais..nak tau dia mkn apa minum aper tp skang nehi2 hantar kat sek lambai2 jek maklumla dah dajah 2 dah beso katenye tapi tetap cuti 2 hari jugak hehe..bestkan jadi suri rumah masak2 tunggu anak2 balik sekolah…makan sesama..
Masa anak sulung kakak dulu pun macam Aju juga. Siap bergilir 3 hari kakak, 2 hari abang pula. Kira seminggu nak tengok macam mana pergerakan dari mula naik bas sampai balik. Bimbang Aju. Bas dahlah semua oren. Kena ajar tengok tanda bas. Bila anak ke dua dah senang ada kakak.
Bab duit juga kena biasakan dia membeli bila ke kedai bawa biar dia yg bayar jadi mudah dia tahu mengira jumlah duit Aju.
Selamat tahun baru dari kakak yg busy teramat ni:)
Sayu, sebak, pilu…mcm2 perasaan kan aju. Mcm tak caya jer anak dah darjah 1. Nasib kimi skolah kebangsaan pagi.
Assalamualaikum kak, dot my tu memang dah takleh buka. ni sheila bagi link yang skrg ye. hehe. thanks sudi singgah blog sheila :- http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2013/11/cerita-mengandung.html
Nanti nak ajar anak juga kenal duit senang nanti
Salam Aju,
Momen indah seorang ibu bila lihat anak2 membesar … pejam celik dah pun besar, pejam celik sekali lagi dah nak dapat menantu hihik ๐
Tahniah dan selamat berjaya untuk najiha ye
comelnya anak-anak sis..semoga mereka membesar dan menjadi anak yang baik dan bijak ๐
seronok tengok anak-anak mula masuk sekolah…
pelbagai perasaan ada kan AJu..anak2 dah semakin besar..lily ni qis baru jer masuk tadika dah sebak kemain…1st day qis sekolah kemain dia excited maknye ni yg rasa nak nagis..haha… ๐
seronok tengok anak-anak besekolah..semoga besar nanti jadi anak yang solehah dan blogger yang hebat
seronok bile terkenang Zaman skolah dulu2….
kesian pulak terkena mee pedas. akan datang ibunya kena masak hari-harilah…heeee
darjah 1 macam tadika lagi, macam-macam ragam ado.
oh bestnya bila mama teman anak siap cuti lagi heee…
suka tengok gelagat budak-budak dekat sekolah. ada yang berani, ada yang takut. comel betul
sebaya la anak2 kita ๐
Awal persekolahan akak paling suka tgk gelagat murid2 tahun satu…
Macam2 ragam dia orng..hihihi..