Terkejut betul saya bila melihat belakang badan Adam yang ada bintik-bintik merah ni. Terus saya terfikirkan kayap je, terus jantung berdegup kencang dup dap dup dap (saya memang jenis cepat panik). Ya Allah risau saya dibuatnya.
Kesian Adam, mesti dia rasa tak selesa sebab gatal fan kalau garu mesti rasa sakit. Kalau cakap tentang kayap apa yang korang bayangkan? Banyak perkara yang negatif sahaja kan? huhuhu.
Kalau nak tahu apa itu kayap, saya telah google dan ini maksudnya,” Kayap atau juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV).
[1] Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Jangkitan awal VZV boleh menyebabkan cacar air yang biasanya dialami oleh golongan kanak-kanak dan orang muda. Setelah penyakit cacar air sembuh, virus itu masih lagi berada dalam badan tetapi dalam keadaan tidak aktif. Jika tahap daya tahan selular seseorang itu menurun, maka VZV boleh aktif kembali dan merebak ke saraf periferi hingga ke kulit yang akhirnya membawa kepada penyakit kayap.
[2] Penyakit kayap adalah berbeza dengan penyakit herpes simpleks walaupun virus varicella zoster dan virus herpes simpleks adalah daripada subkeluarga yang sama iaitu Alphaherpesvirinae.
Saya ke klinik untuk dapatkan pengesahan doktor. Doktor memaklumkan bahawa ianya adalah kurap atau jangkitan kuman pada kulit yang menyebabkan kegatalan dan bukannya kayap. Ya Allah lega saya mendengarnya. Namun risau juga dengar kurap tu kan. Doktor berikan ubat krim sapu dan syrup makan untuk elakkan gatal.
Lepas tu saya cuba jugak sabun daun gelenggang yang saya beli di kedai jamu berdekatan dengan rumah. Kedai jamu di hypermarket pun ada jual sabun ni jugak. Daun gelenggang memang sinonim dalam perubatan penyakit kayap, saya just beli in case bintik-bintik di badan Adam ni tak elok.
Nampaknya bila letak krim klinik tu Alhamdulillah dah kering pun. Lega hati saya ;). Suami saya pernah dihinggapi penyakit kayap ni di belakang badannya sewaktu berumur 12 tahun. Sampai sekarang masih ada parutnya macam terkena api atau air panas. Yang bestnya parutnya tu sama je tempat dan lokasinya macam di belakang Adam ni. Belakang badan di sebelah kanan ;).
Sebenarnya ini cerita 3 minggu lepas, dan Alhamdulillah ianya semakin kering dan dah tak gatal lagi. Begitu juga muntah-muntah dan cirit birit akibat keracunan makanan, sudah beransur pulih sediakala. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami. TQ syukran Allah.
Assalamualaikum kak aju. alhamdullilah. Adam dah beransur sihat. sheila tak pernah kena ni.. mesti gatal gila kan.. kesiannya Adam, menahan gatal tu.. oh mak aihh bau sabun gamat tu. boleh bayang kak aju. heeeeeee
Anak saya pula tiada tanda kegatalan. Risau pula.
Legakan. Mak akk pun pernah kena kayap ni kat ketiak. Hancur kulit kat bahagian tu mcm kena air panas. Alhamdulillah baik.
Alhamdulillah~ mujur dah semakin sihat…
Kalau saya, beli sabun garam bukit. Sedikit pedih janji berkesan.
Nasiblah bukan kayap..Alhamdulillah Semakin baik..
Anak saya ada biji-biji di pehanya. Bawa jumpa doktor katanya jangkitan kuman pada kulit.
ohh..baguslah. kena jaga diri betul-betul la lepas ni jawabnya.
Pernah kena kayap masa sekolah menengah dulu. Kayap api pula tu,memang seksa …
Kurap…pernah kena jugak masa kecik2…gatalnya, Ya Allah…seksa boleh tahan jugaklah..nak2 bila berair..merah2 badan..
last, gi mandi pantai…pedihnya……fuuuuuh!
alhamdulillah…baik terus….
moga adam cergas kembali…yeay
rasa risau pula sekarang anak-anak musah terkena penyakit
macam pernah dengar je daun gelenggang tu
tapi tak tahu buat ubat apa
nasib baik bukan kayapkan ajue …saya kalo uwais n sara kena gatal2 memang pakai ecocort tapi dalam tube macam ubat gigi tuh sekejap jek ilang…
Emm betul dah tu aju..biasanya ibu lebih awal bimbangnya dari ayh..hahaha..