Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu, Adam
Alhamdulillah, anakku yang ketiga, the only boboy, sudah mencapai usianya yang ke 4 tahun. 4 tahun yang lepas ibu bertarung nyawa melahirkan Adam. Alhamdulillah anak ibu dapat melihat dunia jam 11.30 pagi, dan doa ibu abah untuk mendapatkan cahayamata lelaki dimakbulkan Allah. Alhamdulillah. Dan tak dinafikan sekarang ini saya amat merindukan saat-saat kecil anak-anak saya ni. Semua kawan ofis kata, apa tunggu lagi? dah bolehla si Adam nak dapat adik ni. Hehehhe saya senyum sambil mengaminkan doa mereka. Insha Allah kalau ada rezeki, adalah si Adam ni adik nanti.
Adam semakin hari semakin melasak, biasalah, anak lelaki memang begitu lumrahnya. Sentiasa petah bercakap dan suka sangat nak bermain basikal di luar rumah. Saya bukan apa, risau dengan kereta lalu lalang, ada juga yang memandu laju walaupun dah tahu kawasan perumahan. Kalau anak perempuan ni bolehla diajak main di dalam rumah, main congkak, main masak-masak dan sebagainya. Berbeza dengan anak lelaki, aktiviti diorang lebih mencabar ;).
Setiap kali balik kerja, memang kene teman Adam main basikal. Depan rumah je pun, tapi masih juga kene tengokkan. Naluri seorang ibu memang begitu, macam-macam kerisauan yang ada. Kalau kakak-kakaknya ada, boleh juga diharapkan nak memantau si Adam ni.
Malam tadi kebiasaannya Najiha akan tidur awal. Syukur juga bila bangun pagi tadi dia tak meragam sebab Najiha tak tengok si Adam potong kek. Kenelah tunggu Abah balik kerja jam 10 malam dan barulah acara memotong kek dirasmikan :). Nak tahu Adam dapat hadiah apa dari Abah? Tu helikopter merah putih tu ;). Tak boleh terbang pun, letak bateri je, then dia ada bunyi dan lampu-lampu lip lap lip lap. Seronok sangat dah si Adam. Main 10 minit je, then Adam request kat abah, “Abah, Nanti abah belilah helikopter yang boleh terbang tau :)”. Hahahhaa suami saya gelak je.
Apapun buat Adam, selamat hari lahir ke 4, dan kami semua doakan semoga Adam menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. Kami semua sayang Adam!!! Owh ye, kalau Adam terbaca entri ini nanti ;), dulu Adam selalu tidur di lengan ibu, tapi beberapa bulan lepas, Adam dah taknak lagi tidur berbantalkan lengan ibu. Ibu rindu saat-saat itu :)…..
Assalamualaikum kak aju. alhamdullilah. dah besar dah Adam.. selamat hari lahir Adam, semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. in shaa Allah, sheila doakan Adam dapat adik baru. hihihi
salam..haii wah bestlah dia dapat hadiah dapat lagi makan kek.
selamat hari lahir ya
besar ye keknya..hehehe.. untung anak2
Happy B’day Adam..moga menjadi anak yang soleh & cemerlang dunia akhirat…
selamat hari jadi abam adam…semoga jadi anak yang soleh dunia akhirat….
Kek itu nampak sedaplah
Selamat hari lahir Adam. Semoga mnjadi anak yg cemerlang dunia dan akhirat
Selamat hari lahir buat Adam , semoga membesar dengan sihat dan kuat ya..!!
Hepi besday ye Adam…moga panjang umur,murah rezeki dan jadi anak yang baik selamanya
Happy birthday adam hencem auntie nih….moga adam jadi anak yg soleh yer…ceria selalu..& sihat sentiasa hendaknyer…..
kejap je dah besar. hepi besday adam.
Happy belated birthday adam. Smoga membesar sebagai anak yg soleh.
Selamat hari lahir dikkk..tak jemput pun pak cik yer…hahaha..semoga menjadi anak yang baik dan dimurahkan rezeki selalu..aminnn