Assalamualaikum, heheh tajuk ustaz, tu yang kene bagi salam tu. Wajib jawab ye uolss. Apa khabar semua? Hari ini saya nak bercerita input yang saya dapat sewaktu training 2 hari di Grand Season Hotel minggu lepas. Kursus 2 hari yang sangat bermanfaat dan banyak memberikan input berguna buat kami semua. Saya dan 3 orang lagi rakan sekerja telah menghadiri kursus ini yang bertajuk “Seminar Pengurusan Masa, Stress, Amarah dan Kesihatan”. Weeii umur dah 3o series tak reti-reti nak uruskan masa ke? Bukan itu soalnya, tapi kami lebih berminat nak tahu bab uruskan stress dan amarah tu. Stress ni banyak segi dan sudut, bukan bulat, bujur petak mahupun segitiga.
Tapi boleh datang dan menjelma dalam pelbagai keadaan dan juga situasi. Stress dengan jem, client, anak-anak, kawan-kawan mahupun kerja. Dan yang tak menahan adalah, stress dengan bos hahahha. Wei bos baca tak entri ni?? Hehehehe kalau bos baca, bukan bos yang saya maksudkan ye, bos lain tu hahahhaha. Bos ok sebab markah appraisal saya adalah sangat best!! So bos jangan terasa tau.
Ustaz Amin Idris selalu juga saya tonton di kaca TV Alhijrah. Orangnya kecil molek, petah berbicara, sedap alunan suaranya ketika azan dan mengalunkan bacaan ayat AlQURAN, kelakar dan sepanjang 1 hari berkursus dengan beliau, adalah sangat tidak mengantuk dan tidak membosankan. Sangat recommended kalau ada yang ingin mengikuti kursus beliau, sebab korang takkan rasa rugi malahan sangat seronok dengan masa yang anda habiskan untuk program tersebut. Setiap jam beliau berkongsi tips seperti tajuk yang diberikan, dan setiap soalan yang diajukan akan dijawab sehingga kita puashati dengan jawapan yang beliau berikan.
-
AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan.
-
Perunding Latihan dan Motivasi sepenuh masa di Amin Idris Training Consultant
-
Penulis buku
-
Pengacara televisyen
-
Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
-
Penerima Sijil Iktiraf TAMRIN Basic Training
-
Ahli profesional diiktiraf oleh Malaysian Association Professional Sepakers (MAPS) – Sebuah pertubuhan profesional yang diiktiraf oleh IFFPS (Internatioanl Federation of Professional Speakers) yang juga dianggotai oleh pertubuhan penceramah profesional di Amerika, UK, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Jerman.
-
Pendidikan
-
Lulusan pengajian Undang-undang (LL.B Hons) di Universiti Islam Antarabangsa kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dalam jurusan Guidance and Counseling di universiti yang sama
Pencapaian Semasa -
CEO merangkap Prinsipal Trainer di Amin Idris Training Consultant
-
Penulis buku. Menulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti; RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, PDA Pemimpin Wibawa, PDA Mesyuarat Berkesan dan Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya
- Penyampai Motivasi dan Pengacara Rancangan Bual Bicara di TV al-Hijrah
- Penulis skrip untuk TV Pendidikan
- Pengacara sambilan di rancangan-rancangan TV Pendidikan di TV9
- Pengacara sambilan di RTM 1 (antaranya ialah Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008 & 2009, Majlis Tilawah al-Qur’an Kebangsaan 2008& 2009 dan Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa tahun 2008 & 2009)
- Menyampaikan klip motivasi Bahasa Inggeris di radio Traxx.fm (frekuensi 90.3)
- Penyampai Motivasi Pagi di Radio IKIM.Fm.
- Menjadi tetamu bualbicara di Radio 24 (frekuensi 93.9)
Kredit kepada http://muaturunsini.blogspot.com/
Hari ini saya cerita tentang biodata ustaz Amin Idris, dan besok baru saya kongsikan apa dia input yang saya perolehi sewaktu kursus ini ye. Tungguuu!!!
Haha, Bos tau ke blog ni kak? Tak best la kalau bos tau.
Ok tak sabar nak baca tentang pengisian Ustaz ni 🙂
Stress memang ada pelbagai bentuk, dan kita sendiri kena tahu kawal kan?
Hehe..seronok kan dapat ilmu macam ni..bukan selalu dapat peluang macam ni…
wah..untung sis eh…dapat ilmu..ustaz tu pun agak kacak..hehehehe
yang jenis pandai berseloka memang tak akan mengantuk bila dengar ceramahnya…
Bestnye..nampak muda & ensem ustaz ni.. 🙂
bukan senang nak jumpa orang boleh bagi kita motivasi ini nampaknya semakin up le orang punya aura eh
Wah untung la kak dpt jumpa ustaz amin nih..kalo kursus seeloknya ambik org yg bg input tuh seorg yg ceria n kelakar..so peserta xla mengantukkan
Majlis ilmu yang bermanfaat ..dapat pula input untuk kesejahteraan dunia dan akhirat …. confirm best lah !
Mesti best kursus ni…sekali sekala ader kursus gini kan best .boleh cadangksn kat opis saya ni buat kursus ngan ustaz ni jugek…
Bestnya dpt gi kursus ni.
Wahh bestnya dapat hadiri kursus macam ni…
Ayah saya minat sangat dengan ustaz amin ni.