Yeay hujung minggu tiba lagi. Seperti biasa suami bekerja Hari Sabtu dan Ahad masa untuk beliau berkonvoi. Suami dah janji nak bawa kami ke majlis kenduri rakan sekerjanya pada hari Ahad. Semalam sementara menunggu kepulangan beliau, saya siapkan anak-anak, mandi, pakai baju semua, dan bila suami pulang jam 12 tengahari, terus kami bergegas ke kenduri. Yummy dapat makan nasi minyak, ayam goreng berempah, gulai daging, acar buah, air laici dan bubur kacang hijau. Uishhh sedap sangat!! Maaf tak sempat nak snap gambar sebab gelojoh makan sampai lupa ambil gambar hahahaha buruk betul perangai ko Jah.
Selepas ke kenduri, suami ajak ke Mid Valley sebab Najwa teringin nak baju tidur pulak. Ishhh budak pompuan cengginilah, nak shopping sesaja ngalahkan maknya. Abah follow je sebab baju diorang pun perlu berganti. Yeayyy mood abah baik sangat, selalu kalau dah balik berkonvoi kan penat, memang agak keberatan suami nak bawa kami jenjalan, dan syukur dapat anak-anak pujuk abah shopping. Dan tak semena-mena mood ibunya sangat ceria dan gembira hahaha.
Mula-mula singgah di Dunkin Donut, ini semua kehendak si Najiha. Makan je kerjanya. Takpelah sekali sekala, turutkan jua. Bebudak kalau nampak donut dengan gula-gula warna warni terus mata tertumpu kat situ. Bayangkan Najwa, Najiha dan Adam ambil perisa yang sama. Gummy drops!! Hmmm korang ni kan, pujuklah macamana pun, tak makan saman. At least ambil flavour lain-lainlah kan, tapi takkkkk!!! Nak jugak! Nak jugak!!! Hmmm layannnn. Bila dah dapat donut, duduk sebentar kat bangku dan makan sambil bergurau senda. Suwwitt sangat!!!
Ok lepas makan donut barulah teruskan misi cari baju tidur bebudak. Padahal baru makan nasi kenduri kan, tak sampai 1/2 jam makan donut pulak. Takpe balik ni ibu minum Ephyra hahahah.
Sambil cari baju tidur, bebudak ni sempat menjeling kat Baby Alive ni. Kesian diorang nak sangat adik, pergilah cuci mata jap tengok barbie ni. Syukurlah diorang taknak beli, sebab doll tu berbunyi kalau tekan satu button tu, terus taknak dekat dah sebab risau kalau bawa balik nanti barbie tu mengilai pulak hahaha. Phewwww lega ibu ngan abah sebab beratus juga harga satu Baby Alive ni kekeke.
Inilah baju tidur bebudak tu dan baju kerja abahnya. Beli sikat yang asyik-asyik tercabut je hujung dia tu sehingga mencederakan kulit kepala. Jadi beli sikat baru ajelah. Tak lupa beli baldi baru sebab yang lama tu telah dihancurkan oleh Najiha kerana duduk berendam dalam tu. Ishh memacam hal bebudak ni. Minta maaf bang sebab beli warna baldi ikut citarasa majoriti penghuni perempuan di rumah kami hahahahahahaha. Semalam korang ke mana pulak? La ni mood nak update blog ke laut sungguh, jenuh juga mencari masa nak draft entry untuk seminggu. Owhhhhh kemalasan bergandaa…
Assalamualaikum kak aju, wahh bestnya jejalan. heheee takutlah anak patung tu… dari kecik memang mak sheila takda belikan patung barbie gini.. mak buatkan patung je, ala-ala Mr.Bean punya. hihihi… okeyyy pinkish sangat set dalam jamban tu. pasrah je kannn ~~~
amboi bestnya shopping.
Family time & bonding time.. Memang best… Kami prefer g makan-makan sebab semuanya hero dan memang tak minat nak bershopping..
dua hari terperap kat rumah jer… tak larat nak pergi jalan-jalan dgn keadaan cuaca sekarang ni aju…ema kalau beli brg dapur pun mestipilih kaler pink biarpun kami sekeluarga sama rata…hehe
Penuh aktiviti weekend yer aju. Lapar plak tgk donut tu.
bersama keluarga.. 🙂
sedapnye donut..peberet qis..paling dia suka yang ada almond kat atas tu… Pink kaler senonim dengan kaum wanita.. 🙂
Tak merasa beli girl’s stuff… Cik akak ada bala tentera jer huhu
shopping sakan, bukan macam tulah nampak makanan sweet semua nak beli kalau habis tak apa tapi tak habis.
ha comel suka saat begini sebab keluarga kita akan buat rasa gembira nak haroa budka sekolah dengan kerja pejabat tak ada dapat meriah begini.
Laaa..ingtkan ada gambar ayam berempah…emm murah gak baju tu ekk..cantik…