Jenama Yeo’s memang sinonim dikaitkan dengan jenama minuman yang segar lagi menyamankan. Pelbagai pilihan perasa minuman Yeo’s boleh didapati di pasaran antaranya termasuklah teh kundur, susu soya hitam, susu soya, laici dan teh bunga kekwa. Selain produk minuman, Yeo’s juga mengeluarkan beberapa produk makanan antaranya makanan dalam tin seperti kari ayam, kicap soya dan daging rendang. Setakat ni saya paling suka minum soya dan teh kundur. Mula-mula ingatkan teh kundur tu pahit, bila minum, emmmm nak pula teh kundur yang sejuk, memang enak dan sedapppp sangat!!
Tahukah korang bahawa Yeo’s mencatat rekod sebagai syarikat pertama di negara ini yang mengeluarkan minuman dengan Teknologi PET Minuman Isian Sejuk Aseptik (Aseptic Cold Fill PET Technology). Membawa slogan Pilihan Semulajadi dan mereka amat teliti dalam memilih sumber yang asli dan segar.
Teknologi ini membabitkan pemprosesan minuman dalam suhu bilik dan persekitaran yang telah disteril bertujuan mengekalkan kesegaran, keaslian dan khasiatnya serta bebas daripada tambahan bahan pengawet.
Teknologi yang tersenarai sebagai nombor dalam industri proses pembuatan minuman bermatlamat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang semakin peka terhadap kepentingan amalan gaya hidup yang sihat.
Jika kita lihat rentak gaya hidup masyarakat hari ini adalah cukup pantas dan permintaan terhadap produk nutrisi sedia-guna telah menjadi semakin penting untuk semua. Manakala, cabaran pengilang pula adalah membekalkan produk sedia-hidang yang mengekalkan nilai-nilai nutrisi setinggi-tingginya. Jadi produk Yeo’s menepati semua permintaan dan kehendak pengguna masakini yang tidak mengandungi tambahan pewarna dan bebas tambahan pengawet.
Lagi satu perasan tak minuman Soya Yeo’s menjadi minuman pilihan semasa berbuka puasa?? Susu soya Yeo’s sememangnya menjadi pilihan dalam memastikan tubuh mendapat khasiat secukupnya. Kandungan susu soya Yeo’s yang rendah gula, tanpa bahan pengawet dan hanya menggunakan 100 peratus kacang soya Kanada tanpa GMO menjadikannya pilihan terbaik bukan saja untuk berbuka malah ketika bersahur. Justeru, kandungan proteinnya mampu menyokong tahap tenaga, stamina dan dapat meningkatkan prestasi tubuh semasa berpuasa.
Seronok jika kita bersama-sama ingin menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga tersayang. Selain menjaga pemakanan, kita juga amat digalakkan bersukan contohnya berbasikal sekeluarga. Selain menyihatkan, kita juga mengeratkan hubungan kekeluargaan, secara tidak langsung anak-anak terbiasa dengan aktiviti sihat ini dan semoga ianya sentiasa dipraktikkan sehingga mereka dewasa kelak.
Eh korang join tak SBB 2014 ni nanti? Apa lagi mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Jangan lupa follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.
- Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
- Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
- Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
- Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
- YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia
EH ADA IKLAN LAGI HEHEHE
Good luck.
Nice post. Semoga dapat Note 3 tu.
cerita pasal yeo’s ni buat aku dahaga pula. 🙂
Fuh semangat anak-anak hendak menang Note 3. 🙂
semua dok pakat beli air yeos nampaknya ni. haha..
good luck aju…. dh like n G+ jgk…
biasa minum susu kacang soya tu
buat sejukkan tekak
berita terkini,Yeo,s habis di pasaran gara2 contest yeos ni..haha
good luck aju..semoga ada rezeki untuk aju ye…ema punya baru nak buat…huhuhu.
whoaaa….. siap ada model cilik yea…. ada rezeki la nanti yea….
Keluarga bahagia dengan Yeo’s.
Billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.
Sengit nmpknya contest ni…entry ni pun ada peluang. Good luck dear B-)
produk yeos sesuai untuk seisi keluarga…
PM sudah SHARE di facebook ya…=)
masa inilah detik tak dapat d i lupakan
Salam…. ada peluang nak menang ni… artikel sangat meanrik. Semoga berjaya buat anda.
good luck kak aju .. 🙂
air yeo’s memang banyak yg sedap-sedap…
saya support entri ini dgn FB Share & G+…
good luck, ya~
Good luck kak aju
Good luck Aju
dh like..good luck aju
Gud luck dear.
minuman peberet Qis jugak ni..
Good Luck Aju..^^
gud luck aju..pondok kecil tak join dah..tak sempat beli yoes hari tu..haha
Good luck Aju