Majlis Sepetang Bersama Blogger datang lagi ;). Hadiah cabutan bertuah memang menjadi tarikan utama untuk dimenangi oleh para peserta SBBYEOS2014 yang bertuah. Barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini.
Untuk melayakkan menang berbagai hadiah cabutan bertuah yang bernilai belasan ribu ringgit peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM20 sahaja. Sila ke halaman Pendaftaran untuk mendaftar sekarang. RM20 tersebut amat berbaloi kerana selain berpeluang memenangi hadiah di atas, anda juga dapat beramah mesra bersama rakan alam maya juga bertemu beberapa orang blogger hebat seperti Ben Ashaari dan Red Mummy di samping mengorek dan menggali tips untuk menjadi blogger berjaya.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014, dari jam 10 pagi hingga 5:30 petang di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. Yang bestnya, peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak (ada cendol dan kambing golek) dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Memang rugi sangat kalau tak join.
Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.
1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
- Minggu pertama : RM100 x 3
- Minggu ke dua : RM80 x 5
- Minggu ke tiga : RM50 x 5
- Minggu ke empat : RM20 x5
Jom daftar #SBB2014 #SBBYEOS2014 Sekarang.
2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti di link tertera di sini.
3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014.
Menarik kan? Jadi apa tunggu lagi, jom daftar sekarang kerana tempat adalah terhad ;).
jap, ada butan mingguan ehh??
Bestnya. Mcm nak gi jer rasanya ☺☺
Sudah daftar tunggu hendak menghadiri #SBB2014
Memang menggiurkan sekali hadiah yang disediakan di SBB2014 ini
bestnya kalau dapat join. ==’
wah nasiblah saya duk johor, kalau tak mesti dah daftar ni..
waaa best nie ajue….boleh jumpa kenkawan blogger nih….
Kalau kakak dekat boleh juga join Aju. Tapi jauh kakak tengok dari jauh ajelah..
Siapa agaknya yang akan menang iPhone 5s kat event SBB2014 nanti? Jeng jeng jengg..
Jumpa di sana..
Bestnye…hadiah sangat lumayan..Aju join ka..All the best ya.. ^^
Insya Allah PM akan menjelma di sana…hehe
tahun ni entah dapat pergi ke tak…sebab suami dah plan nak pergi bercuti…..
Myra xtau lagi dapat join ke tak 😉
ramai gak yg akan pi ni…. mesti gempak nanti…
mesti meriah majlis nih. rugi sesiapa yang tak join…
macam seronok jer dapat ilmu dapat cabutan nanti
Emm kalau dapat ini barang memang senyum seminggu lah jawabnya..haha
Dah daftar dan tunggu tarikhnya sja. Insya Allah akan datang jika tiada aral melintang. Semoga bro dpt top affliater nanti.
nak pergi jgk tp byk faktor nak kena fikir betul2.. kalau dekat mmg akan terjah jgk…. huhuhu
zakwan pun dah daftar jugak.. hope dapat jumpa Ajumohit kat sana nanti 🙂