Selendang & Dress Muslimah terkini di Butikalianajiha

20140222-233448.jpg
Cakkkk

Sebelum cerita pasal dress dan shawl, meh nak citer pasal Ephyra dulu ye ;). Minggu lepas saya ada kursus di Grand Season Hotel selama 2 hari. Bila masuk pejabat, lihat ada bungkusan baik punya landing atas meja lalu hati terus berbunga-bunga mekar. Ephyra ke tu? Kata hati saya, cepat-cepat saya lihat bungkusan dan membukanya. Ternyata sangkaan saya benar belaka ;). Tahu kan ini kali ke2 saya menang contest di blog KasihAleeya? Kalau masih tak tahu bolehla baca entri di sini dan sini. Seronok dapat mende free, lebih-lebih lagi bila dah berusaha untuk menangi hati penganjur dengan entri sebelum ni, bila menang memang terasa ianya dihargai owhhh syahduuu

20140222-233500.jpg
Saya request nak shaker tu
20140222-233510.jpg
Seronok tak hengattt hihi

Asyik update pasal hadiah Ephyra je kan? Korang mesti boring je nak baca ye dak? Oklah cerita pasal bisnes online ButikAlianajiha boleh? Muahahahah. Ok buat masa ni saya masih dengan perniagaan online di ButikAlianajiha. Banyak shawl, express hijab, dress muslimah, baju kurung muslimah dijual dengan harga yang berpatutan. Kalau korang berminat nak cuci mata jomlah ke Butikalianajiha. Saya memang suka berniaga, mungkin ikut gen arwah ayah dan mak yang dulu berniaga barangan runcit di rumah. Alah berniaga suka-suka je, takdelah sampai buka kedai semua tu.

Arwah ayah suka bercucuk tanam. Jual jagung, jual sayur yang semuanya ditanam sendiri, very the healthy sebab takde letak racun serangga bagai tu. Semuanya dijamin bersih dan fresh ;). Arwah ayah dan mak rajin, menurun ke anaknya pula, kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke roti canai banjir kan ;). Untung banyak or sikit itu belakang kira, yang penting seronok dan kepuasan berniaga tu ada di situ. Jual pun dengan jiran-jiran terdekat je, kalau tak habis hasil jualan tu bawa balik umah then kami adik beradik yang mengkokahnya sampai licin hahahha. Buruk lantak kan..

BACA  Amaran bandwidth limit lagi
20140222-233431.jpg
Kayra dress RM119
20140222-233612.jpg
Alda shawl

Apa tunggu lagi?? Kalau berminat nak dapatkan dress, ekspress hijap, shawl dan lain-lain produk silalah berkunjung ke butik Alianajiha. Di Facebook https://www.facebook.com/ButikAlianajiha dan Instagram http://instagram.com/butikalianajiha/. Harga boleh runding gitu 🙂 mana tahu berkenan dress kayra tu kan, kira harga kengkawan blogger la kan hehe.

 

12 thoughts on “Selendang & Dress Muslimah terkini di Butikalianajiha”

  1. Emm kalau isteri paki ni mesti cantik..hehe..emmbiasalahaju kan..hobi ni leh buat tambah pendapatan gak..tak semestinya ada kedai baru leh meniaga..kan?hehe

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: