Kelmarin (18/2/2014) saya mendapat panggilan telefon dari pihak Nuffnang untuk event berbayar di The Gardens Mid Valley pada 8/3/2014, hari yang sama dengan event SBB2014 di Saloma Bistro. Bila dengar Nuffnang terus seronok sebab bukan selalu dapat phone call cenggini, husband call pun tak excited cenggini tau hahaha. Terpaksa saya tolak advertorial tersebut kerana tarikhnya bertindih dengan event blogger Sepetang Bersama Blogger 2014 kerana nak gali ilmu dengan otai-otai blogger yang hebat dan bertemu rakan blogger yang lain.
Ada juga rasa kecewa kerana saya memang teringin sangat nak join event begini, mana tahu impian saya ingin jadi blogger sepenuh masa dipermudahkan ;). Sponsored post ni macam raya jugalah, setahun sekali baru merasa kan, betul tak? Bagi blogger biasa macam saya ni, kalau dapat tu sengih sampai ke telinga. Kebetulan tarikh dan masa memang sama dan bertindih-tindih. Hati yang tadi berbunga-bunga terus hampa hahaha.
Takpelah sebab di SBB2014 lebih meriah, jumpa kawan alam maya, ada peluang menang cabutan bertuah, dan yang penting dapat bertentang mata dengan blogger hebat dan berkongsi rahsia kejayaan mereka. Lagi hebat bukan? Ni ayat nak sedapkan hati sendiri dan moga ada rezeki lain kali ;). Tak sabar nak ke SBB2014 sebab dah janji dengan beberapa blogger untuk sama-sama ke sana dan taklah rasa kekok macam event tahun lepas ;).
Tak lupa terima kasih buat Nuffnang kerana murah hati bagi CPUV baru. CPUV pertama dan kedua untuk tahun 2014. Walau takde rezeki untuk sponsored post tapi masih ada peluang nak dapat CPUV hoyey!!! Nampaknya beberapa hari ini tak sempat nak update blog seperti kebiasaannya. Ok tak lupa nanti saya kongsikan input semasa training 2 hari lepas ye, memang seronok dan berinformasi sangat ;).
Assalamualaikum kak aju, alaa tak dapat jumpa. sheila tak dapat hadir ke sepetang bersama blogger tu. huwaaa ~~~
Mungkin ada rezeki lain lagi aju. Jgn sedih2 erk.
Tahniah. Daku pon dpt 2 ketul BE โบ
mesti ada punya nanti rezeki ..hehehe… sabar kak sabar
Insya Allah pasti ada rezeki lain tuh…=)
Untung jun dapat cpuv..
TAKPER LOM ADA REZEKI NAK PG LAGI..MAYB NEXT TIME
Cpuv kitercsama la ajue…takper nanti ader rezeki lagi tuh…
Wah. Dpt panggilan nuffnang.. Mmg power ๐
Xda rezwki buat masa ni tp pasti ada utk masa hadapan ๐
INSYA ALLAH, ada rezeki lain menanti. ๐
jangan sedih ada sebab tolak rezeli lain menunggu
Emm adaketikakalau tak bertembung leh pergi lagi..kan?dua2 majlis ilmu..hehe..dua2 sama penting kot..kan?
bila NN dah mula call tu insya Allah ada rezeki lagi lepas ni.
selamat berjumpa dengan rakan2 blogger di SBB2014