Parenting Tips menjaga tuala mandi agar tahan lama February 21, 2014

Spread the love

Ok hari ini saya nak bercerita tentang tips penjagaan tuala mandi ye. Semua suka tuala mandi yang bersih dan harum kan? Emmm ok, kalau nak tuala sentiasa bersih dan wangi, satu je keyword kat sini yakni RAJIN.

Rajin ni kalau selalu diamalkan semua kerja menjadi cepat, mudah dan teratur. Buat kerja apapun ye, kerja rumah, kerja pejabat, kerja amal mahupun kerja ibadah, kalau rajin semua masalah selesai ;).

20140211-182116.jpg
Sidai tuala di luar rumah

Tips 1 : Sidai tuala mandi selepas digunakan

Saya memang pantang kalau tuala mandi tidak disidai selepas digunakan. Kenapa? Ada sebabnya ye puan-puan, antaranya bila tuala basah dan lembap untuk beberapa ketika, kebarangkalian tuala mandi berbau masam dan bertahi lalat adalah sangat tinggi. Jadi jangan sesekali membiarkan tuala tersebut bergumpalan merata-rata tempat begitu sahaja ye.

Jadi amalkan menyidai tuala tersebut, baik di penyidai atau ampaian luar rumah mahupun yang ada dalam rumah, hmmm pantang juga kalau sidai di kerusi atau sangkut kat mana yang boleh, No No No (sambil geleng kepala dan menggerakkan jari terlunjuk kanan).

Anak-anak ni memang jenuh nak mengajar diorang sidai tuala selepas mandi. Mau bergaduh dibuatnya. Hari-hari duk bising, tapi masih juga tak berubah. Harapkan si Najwa aje yang sidai tuala tu, harapkan si Adam tu memang tidaklah kan ;).

20140211-182130.jpg
Pilih tuala yang serap air

Tips 2 : Kerap basuh tuala mandi

Pastikan juga tuala mandi dibasuh sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau terlebih rajin tu bolehla basuh 2 atau 3 kali seminggu. Tak susah, sekarang kan majoriti semua rumah ada mesin basuh kan, jadi campakkan ke dalam mesin basuh, letak sabun basuh sesedap rasa dan masukkan pewangi, hmmmm berbau harum gitu.

Nak pula sekarang ni musim panas kering, jemur kain pagi, balik kerja macam keropok rangup rasanya kain di ampaian ;). Seronok sebab kain kering, terus angkat dan lipat, eleh yeke? hahahhaha yyeeeeeee..

20140211-182137.jpg

Ok itu sahaja tips dari saya ;), sekarang ni saya memang dalam mood rajin menjaga tuala mandi sebab baru borong tuala mandi masa Member Day SOGO bulan lepas, kualiti kain terbaik dengan harga RM20 sehelai, memang selesa.

Ya ampun, seronok sangat sebab dapat tuala baru, tuala yang lama tu saya buat lap kaki sebab dah bertahi lalat kan. Lagi satu saya suka beli tuala yang berwarna gelap, jadi kurang nampak kecomotannya tu.

20140211-182123.jpg
Tuala baru semangat nak lipat 😉

Sekian tips mudah kali ini, selamat mencuba ya semua 😉


Spread the love

Tags : , , , , , ,

19 Comments

  • Sheila Salim posted on February 21, 2014 at 11:25 am

    Assalamualaikum kak aju. hehee nice tips. sheila pun pantang tengok tuala tak sidai. hangin satu badan. hiewhiew ~~~
    Sheila Salim recently posted..Give Away Birthday AkiffMy Profile

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on February 21, 2014 at 12:18 pm

    Kalau tak sidai lepas guna tu tak tahu la nak cakap apa kan. Terima kasih untuk tips kak.
    Hazmin Hamudin recently posted..Sakit Badan Selepas BersenamMy Profile

    Reply
  • ema posted on February 21, 2014 at 4:11 pm

    kat rumah memang bertekak dengan anak dara pasal tuala ni…tak reti nak sangkut..kena bebel baru lah nak buat.
    ema recently posted..3K crawl error di webmasterMy Profile

    Reply
  • titan posted on February 21, 2014 at 9:25 pm

    memang harus la sidai maa..
    titan recently posted..Limpahan Rezeki Dunia BlogMy Profile

    Reply
  • lizz posted on February 21, 2014 at 9:27 pm

    Sama la kiter…pantang tuala tak sidai…tp bila anak2 dah beso nih tuala dah pandai sidai sendiri..lepastu peyidainyerpun depan bilek air senang lepas mandi psksi baju terus sidai gitu konsepnyer..
    lizz recently posted..anak manja mamiMy Profile

    Reply
  • akubiomed posted on February 22, 2014 at 12:31 am

    Tuala kalau tidak kering dengan betul akan berkulapuk dan hapak.
    akubiomed recently posted..Churpremiere menonton The Monuments MenMy Profile

    Reply
  • Mimie posted on February 22, 2014 at 11:34 am

    Terima kasih kak shate tipa berguna
    Mimie recently posted..Pizza Segera : Sunshine Hawaiian ChickenMy Profile

    Reply
  • hafiz posted on February 22, 2014 at 1:08 pm

    Biasa memang basuh seminggu sekali
    hafiz recently posted..Baju melayu anakku siap dijahitMy Profile

    Reply
  • Teena Tna posted on February 22, 2014 at 5:42 pm

    Saya memang jaga towel saya. And, walupun dah guna lama, still bertahan sebab pandai jaga. Hehe
    Teena Tna recently posted..Cerita Petang TadiMy Profile

    Reply
  • dja@sishaza posted on February 22, 2014 at 9:13 pm

    bab mengajar anak2 ni sidai tuala kat tempat sepatutnya memang mencabar … jangan sampai mama tumpang melonggok sekali nanti….haaa grrrr

    Reply
  • TehR posted on February 23, 2014 at 12:22 am

    siapa yang tak suka sidai tu
    bagi kain pelikat je buat lap mandi
    haha

    Reply
  • suri posted on February 24, 2014 at 8:49 am

    nak hantar cuci sini boleh?

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on February 24, 2014 at 10:26 am

    lily memang basuh tuala mandi seminggu sekali..& wajib sidai lepas guna…^^
    lily@Mamaqistina recently posted..Festival Layang-Layang Antarabangsa 2014.My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on February 24, 2014 at 3:11 pm

    Good tips. Towel anak² byk yg bertahi lalat. Ni yg hantar kat nursery. Maybe dorang tak sidai kot.
    Fiza Rahman recently posted..SHAKLEE banyak Kesan Sampingan!!!My Profile

    Reply
  • Hafizul posted on February 24, 2014 at 9:45 pm

    Emmjemur kat cahaya matahari lepas guna memang leh hilang bau dan tahi lalat tu..haha..ingt masa belajar dulu..sebulan kali pun belum tentu basuh lagi tiala..kahkahkah..
    Hafizul recently posted..Rujukan Menghadapi Exam Pegawai Penerangan S41My Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on February 25, 2014 at 10:45 am

    Hheeee lawak la akak ayat yang macam kerepek rangup tu 🙂

    TQ for da tip, mcm sekarang mesin pengering rosak, kena perah guna tangan, lg ‘malas’ nak basuh tuala mandi..hehee
    Myra Jay recently posted..Mega Giveaway di blog Celoteh MJMy Profile

    Reply
  • umiaya posted on February 25, 2014 at 8:04 pm

    akak lak suka tuala kaler putih, bersih jer nampak
    umiaya recently posted..Ala2 pengantin gitu..My Profile

    Reply
  • adilah manaf celikvitamin posted on February 28, 2014 at 12:32 am

    Terima kasih memang petua yang berguna.

    10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu

    Reply
  • limie Shaklee posted on June 3, 2014 at 1:28 am

    tip yang sangat bermanfaat..
    elak tuala kluar bintik2
    limie Shaklee recently posted..Shaklee Mighty 3 Gems Set Berpuasa Shaklee Bantu Kekal Cergas Semasa BerpuasaMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge