Sekarang ni kalau pergi pasar malam, bukan setakat makanan dan pakaian je ada tapi juga aksesori telefon kan. Saya bukan jenis branded punya orang wooaa, tapi saya amat mementingkan kualiti, gitu. Walaupun murah, kira macam pakai buang, tapi duit juga kan. Kalau sekali beli RM10, cepat rosak, beli lagi sampai pat ploh lapan kali, ha dah berapa tu kan? Tapi minggu lepas saya tertewas jua, kengkonon taknak beli yang tak ori kan, gitu hahaha. Charger telefon saya ada 1 je iaitu yang dapat masa beli iphone tu, kira original lah kan. Charger itu juga yang saya usung ke pejabat dan ke rumah sehinggakan kekadang saya terlupa nak mengusungnya.
Asal balik opis sampai je tempat parking, alamak charger!! Asal charger je, alamak kat tempat parking dah Cik Jah!!! Handphone pulak waktu tu baterinya ada 50% je hayat dia. Jawabnya kat rumah takdelah nak jenguk handphone sangat. Padahal saya perlu menggunakan handphone untuk update blog, urusan business online, blogwalking dan sebagainya. Sebab tu kekadang tak dapat nak blogwalking blog korang hahaha alasan jemah sangat!! Dah beberapa kali juga ianya terjadi, sehinggalah satu hari tu pergi Jalan Pasar dengan suami dan anak-anak.
Bang, Aju nak beli charger Iphone la. Ok jap lagi lepas beli wire ni kita gi beli, waktu tu husband beli wire untuk speaker gedabak ni. Eiiii geram je saya tengok speaker tu, menyemak rumah kecik saya ni je. Dahla saya jenis tak suka dengar muzik kuat-kuat. Suami beli pulak si gedabak ni. Eiii eiii eiiiiiii..Nak membebel dah minat dia kan, so saya redha, redha itu pasrah, pasghah itu menyeghahhhh arrggghhhhh!!!
So sampai kat pasar tu saya tanya apek tu. Apek charger Iphone ada? Dia jawab, owhh ada u mau yang macamana? Cable saja atau dengan plug kepala tu? Saya mau cable saja. Dia jawab, harga RM15, warranty 7 hari ha amoii!! Kalau tak ok u bawa sini semula nanti tukar lain punya. Siap dia tulis tarikh kat kotak tu. Yang tak menahan, amoi, tq aaa Amoi, See u again!! Saya bisik kat suami, bang dia kata see u again??? Maksudnya charger tak oklah kan??? Hahahhahahah suami saya senyum je.
Setakat yang saya guna untuk beberapa hari ni ok lagi lah, takpe kita tunggu lagi ok. Kalau tak, see u apekk Jalan Pasar!! Risau juga barangan tak original akan merosakkan gajet ni. Yelah bukan seringgit dua harga handphone ni kan, beratus beribu harganya. Boleh nangis kalau rosak woaa. Kalau fikirkan nak pergi tukar tu pun kos minyak semua, so tak payahlah gedik nak pi tukar kalau rosak pun hahaa. Apalahhh….
Assalamualaikum kak aju. risau gak kalau beli murah tapi cepat rosakkan. sheila pun baru rosakkan charger phone sendiri. skrg ni terpaksa pakai suami punya charger. hari2 dok ulang alik bawa ke ofis dan balik rumah. malas nak singgah kedai beli charger baru. hiewhiew.
Takut jadi macam kes Eyriqazz beli usb kereta kot nak caj iPhone at last iPhone rosak..
Hopefully akak punya okla kan.,.
Kalau saya aksesori lain boleh layan. Kalau jenis gadget, laptop fikir banyak kali wooo
Risau gak aju takut rosak plak klo pakai yg tiruan. Dah lah HP mahal.
Kalau kabel ok lagi Jun…
Betul tu jun. Ip5 ni nak carger yg ori je. Klw tak kuar notification. Tp belasah jugak. Nk beli yg ori mahai gabak.
Ada yang kata kalau chegar iphone bukan yang ori tak masuk charge..wahh speaker tu nak buat karoke ke?haha
saya takat ni pakai charger or usb yang dapat tme beli hp tuh yg ori …takut jugek beli yang biasa2 kang pening phone kita tuh susah jugek..
Saya pun ada satu kabel charger iphone yang tak ori..setakat ni pakai ok je..biasanya yang selalu ada masalah kepala charger yang tak ori..kabel jarang ada masalah..
Harap2nye Ok je lah kan AJu…phone mahal tu.. ๐
tak pernah beli benda alah kt pasar malam kalau makanan mentah oklah ..
harap semua akan baik-baik sahaja.
kalau cable ok lagi jangan plugnya. Saya guna cina punya brand hp jadi gile terus cepat-cepat beli charger original nasib tak mahal dalam RM30 untuk samsungla.
assalam akak. aik tu kat kotak rm45? hehe