Sepanjang 2 hari training di Grand Season Hotel, pada 18/2 dan 19/2 yang lepas memang menyeronokkan. YA ampun lama giler ambil masa nak update entri ni, mana taknya bulan ni sibuklah beb. Banyak benda yang perlu dilunaskan dalam satu-satu masa. So sekarang entri ini sudah tersedia untuk tatapan anda :). Sebab utama saya memilih topik SEMINAR PENGURUSAN MASA, STRESS, AMARAH DAN KESIHATAN ini kerana ianya sangat bersesuaian dengan kehidupan harian saya. Selalunya saya akan pilih topik berkaitan dengan kerjaya saya, seperti topik perakaunan, kewangan dan pengurusan, tapi kali ini saya memilih untuk mengikuti topik untuk peningkatan rohani dan sahsiah diri, barulah tak rasa macam zombie sangat waktu seminar tu ye dak?
Kenapa saya pilih tajuk ni? Terlalu tertekankah saya? Panas baran ke saya ni? Sebenarnya topik ni memang ada kene mengena dengan kehidupan harian. Tersepit dalam kesesakan jalanraya, tertekan dengan kerja di pejabat, kerenah pelanggan, kerenah anak-anak, memang sedikit sebanyak menyebabkan “stress”. Jadi untuk mengurangkan stress mohlah kita ke kursus ini yang dianjurkan oleh Breakthrough Consultant. Korang bayangkan, bila stress akibat jem di tengah jalan nak ke pejabat, mesti marah-marah kan? Bila marah, sampai je pejabat ada pulak songeh lain, lagilah bertambah marah pulak. So kalau korang pun cenggini, baiklah pergi seminar ni haha.
Pilih kursus ni pertama sebab tajuk, dan kedua sebab penceramahnya ;). Kedua-dua penceramah ini memang dikenali kan ;). Ustaz Shaari terkenal di Radio Ikim manakala Ustaz Amin Idris di program TV Alhijrah. Bukan apa penting tengok penceramah ni sebab nanti barulah bersemangat dan tidak mengantuk sepanjang kursus berlangsung ;). Takmo jadi zombie, takmo, takmo!!
Ternyata apabila mengikuti kursus ini, ramalan saya benar belaka. Memang banyak manfaat yang saya dapat dari kursus ini. Bagaimana caranya nak mengurangkan stress? Ustaz Amin kata semua orang punyai tekanan peribadi masing-masing. Cuma perlu ada cara yang betul untuk menguruskan tekanan tersebut. Tekanan dalam hidup memang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Tetapi kita boleh mengurangkan atau mengelakkannya.
Contohnya, kesesakan jalanraya. Kita selalu merungut jalan sesak atau jalan jem sana sini. Dalam kereta sentiasa rasa panas hati duk membebel tak puashati dan tak sudah-sudah asyik lewat tiba di tempat kerja. Apa yang kita boleh buat? Korang boleh keluar rumah lebih awal dari kebiasaannya atau memilih untuk menaiki kenderaan awam ke tempat kerja. Selesai tak masalah? Mungkin ya atau mungkin tidak. Tetapi percayalah jika kita mampu berubah, ianya dapat mengurangkan sedikit tekanan yang kita alami.
Kemudian jika bengang dengan bos dan tak puas hati itu ini begitu begini. Ok mulai hari ini tanamkan dalam hati, kita SAYANG bos. Walau macamana pun bos tu kita perlu hormat dia, barulah orang akan hormat kita kan. Kalau disuruh buat hitu dan hini, tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan sambil dalam hati doa lembutkanlah hati bos aku ni, hehehe ini saya saje tambah ekekekeke. Apapun kene terima seadanya sebab sudah takdirnya kita untuk bekerja di bawah arahannya. Bersyukurlah dengan gaji yang kita terima setiap bulan dan cuba untuk menjalankan tugas sebaiknya. Baru rezeki berkat kan?
Dan jika sentiasa merungut tak cukup masa, begitu begini, sila uruskan masa anda sebaiknya. Rancang setiap aktiviti yang ingin dilakukan, contohnya blogging, business online, blogwalking, balik rumah layan anak, layan suami atau isteri, sediakan makanan, basuh baju, lipat kain, tengok tv, ajar anak mengaji, iron baju bajan, ehhh ni dah macam senarai kerja saya je hahahhaha. Takpe biar banyak kerja dari takde kerja. Sebab akan terasa waktu yang cepat berlalu tu sudah dipenuhi dengan aktivit yang bermanfaat. Sayangi diri kita, dan orang sekeliling kita.
Sebenarnya hati saya tak berapa sedap je kebelakangan ini, mungkin akibat dari pelbagai cerita dan insiden yang berlaku sana sini. Satu je cara untuk tenangkan hati, dekatkan diri dengan Allah, banyakkan amal ibadah, mengaji, zikir dan moga Allah berikan Nur dan HidayahNya untuk saya berubah ke arah yang lebih baik dan istiqamah. Insha Allah, abang aju akan sedaya mungkin berubah mengikut syariat dan nasihat abang, doakan Aju.
Assalamualaikum kak aju, rasanya sheila pun kena join ni. heee dah macam tak terurus diri ni haa. hihiii singgah menabung digi sini ~~~
tq sharekan tip ni ajue..lepas ni kena kurangkan rungutan dan banyakkan bersabo…kekadang saya mengeluh juga penat huhu…
Seronoknya kalau dapat ikuti kursus mcm ni…kerja kat mana2 pun ada Stress , cuma berbeza cara atasinya..terima kasih dear atas prkongsian ni…
InshaAllah. Allahumma Ameen.
Bagus ada training macma ni kan kak..
Kadang kita tak sedar yang kita ni dilingkari stress ๐
tak marah saya mahu muda selalu bolehkan heee
Thankas atas perkongsian aju.