Berapa kerap korang basuh beg sekolah anak ya? Biasanya hujung minggu adalah waktunya buat semua ibu-ibu membasuh baju sekolah anak-anak, betul kan? Buat kerja rumah tu wajiblah kan.
Kebiasaannya kasut sekolah Najwa dan Najiha ni diorang basuh sendiri je. Ibu pulak akan lenguh menyental baju putih diorang yang melegam tu.
Lokasi degilnya adalah di bahagian siku, poket baju dan hujung baju di tempat mereka selalu duduk. Sebelum membasuh baju putih saya terlebih dahulu akan merendamnya dengan. clorox dan sabun basuh serbuk semalaman.
Cara saya hilangkan kesan minyak
Pagi Sabtu saya akan menyental sekuat tenaga dan mencuci baju sekolah diorang ni sampai hilanglah kesan kotoran tu. Kalau korang tengok kesan minyak adalah kesan degil paling susah nak hilang kan?.
Ok fine, kalau korang sental tapi kesan minyak tu susah nak hilang, korang jangan risau. Ambil sabun mandian korang, tepek kat kesan kotor dan terus sental. Terus hilang kata ko!!!
Basuh beg sekolah anak
Bukan setakat baju, saya juga akan basuh beg sekolah diorang ni 2 minggu sekali. Kadang-kadang pejam mata je tengok kekotoran tu tapi kalau dah kepam sangat memang takleh nak pejam mata pun, kesian tengok depa galas beg kepam pulak.
Nak pulak kalau cuaca panas, jadi cuci pagi, di waktu petang memang dah kering beg sekolah tu tadi. Saya basuh guna tangan, kalau guna mesin memang susah nak hilang kesan kotor tu. Dan risau beg tu pulak rosak zipnya.
Baik baju sekolah mahupun beg sekolah semuanya basuh manual. Bolehla nak jadi senaman tangan kan? Bila beg bersih barulah semangat rasanya nak pergi sekolah, malahan bila tengok beg anak bersih, puas hati ibu ni, kalau tak menggigil je tangan ni nak memberusnya haha.
Membebel sendiri
Bila dah jadi macam ni baru terfikir kenapalah tak beli beg warna hitam je aritu kan? Ni gara-gara mengikutkan kehendak bebudak ni ha, nak kaler pink, oren, pastu ada gambar kucing ngan loceng kat beg.
Hmm takpe tahun depan beli kaler hitam je semua. Tak payah pink, tak payah kucing bagai tak payah loceng semua tu kan.
Saya pun pesan kat diorang ni kat sekolah letak kat tempat yang elok. Jangan letak merata-rata dan jaga supaya bersih je. Kat rumah pun ada tempat yang dah dikhaskan untuk diorang simpan beg ni. takla sakit mata kita tengok kalau bersepah kan.
Ok selesai misi ibu hari ini. Jadi bila baju dah kering, misi seterusnya bermula yakni iron baju anak-anak, saya dan suami untuk seminggu. Owhhh dah nampak muscle kat lengan mulus ni hahaha!!!
askm aju..tak ada catuan air ke.Memang kelibut kita ni kalau sabtu Ahad
Tahniah Aju, jarang jumpa orang zaman sekarang yg still rajin menyental kerana adanya tukang cuci auto kat rumah …emmm termasuk yang sedang mengomen ni juga huhuhu
aku selalu sental sabun mandi kt tempat degil, pastu rendam ngan sabun cosway…sok pg…genyeh sikit2 guna tgn…
alhamdulillah..berkesan..
hihi
Girl kan..semua pun nak pink.. 🙂
Since Qis sekolah tak penah lagi basuh beg sekolah dia..hehe.. ^^
Basuh…gosok jangan tak gosok..sesekli best sy last hujung tahun kje membasuh itu masa dia bawa bekal tertumpsh dlm beg
Ada jugak la aktiviti nak buat tu kan kak. hehe. Kalau cuaca panas ok je nak menyental beg ni. Cepat sikit nak kering.
Dah mcm beg baru. Memang penat menyetal. Beg skolah kimi tu pon nak kena sental. Hitam dah.
wah rajinnya ibunya…
tak pernah pun basuh beg sekolah anak ni..tp kerja menggossok seminggu tu sama rutinnya.
Tak lama lagi leh saya basuh beg sekolah anak pulak..hehe
wahh..rajin betul membasihnya ye..
molek sangat
dah 2 bulan beg sekolah diguna
Yeay…dah macam bag sekolah baru dah….rajinnya mama Aju ni…
Kalau dah rajin tu mmng semua mnjdi kan…nampak baru bila di basuh…