Pelik kan baca tajuk, tunggu hari hujan baru boleh pergi Ikea. Kenapa? Jap lagi saya cerita. Alhamdulillah nampaknya usaha pembenihan awan diberkati Allah dan hujan turun selebat-lebatnya pada petang Sabtu minggu lepas. Syukurlah sebab ianya berjaya dengan izin Allah, lega sikit sebab jerebu semakin berkurangan dan cuaca terasa sejuknya. Hmmm terasa nyaman nak tarik nafas, kalau tidak bau asap sesaje huk huk huk (batuk)
Pagi Ahad pula, hujan renyai-renyai bersambungan dan cuaca waktu tu sejuk sangat. Rasa nak tarik selimut je tapi apakan daya perut berkoroncong minta diisi. Saya dah plan baik punya, wah boleh sarapan roti canai kat kedai mamak ni, amma nallerekek!! Dalam pada gembira tu, rupanya ada yang bersedih dengan kedatangan hujan rahmat. Hohoho tak lain dan tak bukan suamiku yang seorang itu.
Bukanlah bersedih apa, suami saya baru beli riding suit dan kasut seperti gambar di atas nun. Hmm dah macam kasatria baja hitam tak? Ataupun ultraman kuasa lapan? Dan saya pula SailorMoon, dengan kuasa bulan akan menghukummu!!! Hehehe. Bila dah beli baju dan kasut baru ingat nak ngetest lah kan, tetapi apa yang berlaku tidak seperti dirancangkan. Biasa kan Hari Ahad adalah hari ride sedunia, kalau tengok sana sini banyak je motor besar vroom vroom vroom. Tak mengapalah bang, tak jadi plan A kita tukar plan B, iaitu mengukur keluasan IKEA!!!! Dah berbulan kot tak melawat kawasan kat IKEA ni (nampak sangat menipu kat situ hehe) sampai dah rindu rasanya nak tengok susunan perabot kat situ kih kih kih.
Apalah yang nak dibeli sangat tu, sekadar cuci mata Jemah je. Saya sukakan home deko. Saya suka sangat konsep English Sytle, rasa macam umphhh!! Tak terungkap dengan kata-kata dan dekorasi ni boleh release rasa serabut kat kepala ni. Perabot kat rumah saya yang tak seberapa ada ni, sentiasa diubah kedudukannya. Tau-tau je bila suami balik ke rumah, mesti dia tanya, aikk?? Ubah lagi??? Cantik tak? tanya saya kepada beliau, hmmm bolehlahhh, hai, bolehla je jawapannya?? Maksudnya tak menariklah tu, takpelah janji mata saya suka hahahaha. Saya tak pandai sangat bab mendeko, tapi banyak belajar dari buku, rancangan dekorasi di televisyen dan idea dari IKEA. Hmm bukan semua orang kot diberikan hidayah untuk mendeko ni, tapi kalau rajin pasti semuanya boleyyyy.
Suka sangat tengok perabot berwarna putih, bersih je dan nampak kawasan rumah pun luas. Emm suka sangatlah sebab ianya juga terapi minda kan. Tu dia kalau tak beli benda meraban tak sahkan? Susah untuk katakan tidak, betulkan Jemah??? Antara yang saya angkut ialah frame ini semua. Suami saya tepek koleksi gambar dia kat situ, hmmm saya pulak frame kan langsir kat situ. Suka atilah janji puashati sendirik kan.
Rumah saya biasa-biasa sahaja tau, just sharing dan tak berniat untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi riak
takbur, sekian.
Assalamualaikum kak aju. wahh cantiknya deko2.. barang Ikea memang comel.. haihh geramnya.. ada rumah sendiri, bolehlah deko sepuas hati. hihi rumah sewa cam takda perasaaan nak deko sangat. cukuplah setakat rumah bersih dan kemas. hiewhiew. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~
aju..ececeh..makin cantik la skrg….fewiittt…
aanie lagi la x pandai deco…kosong je rumah sb xtau nak buat apa…
memang cantik barang2 di ikea tu
Akk klw bab bab deco deco ni mmg kantoi hbs. X reti.
Dengar cerita barang2 di Ikea memang cantik2..saya tak pernah ke sana..:-(
Hijau memang pilihanku …dulu,kini dan selamanya …hihihik
sama kaler rumah kita..hijau.. Hijau sungguh mendamaikan.. ^^
Emm apa boleh buat..tak kan nak naik motor besau pakai payung pulak..haha..emm bila nak ada rumah sendiri ni..nak design macam2 perabot ni..haha
Dah lama tak gi ikea.
Saya suka round kat Ikea juga!!! ๐
Hmmm lama tak pusing sana, mmg syok tengok deco dia
kira ok umh dah dah siap cat.umh saya dah 5 tahun duduk still tak cat lagi.takat ni cat tulisan anak jelah dari ruang tamu, bilik jer.mujur part lain tak boleh conteng sb mamar katanya heee