Sebenarnya jarang saya nak tulis entri luahan perasaan macam ni. Cuma nak berkongsi apa yang saya rasa. Setiap hari kita akan diuji dengan cabaran yang tak terduga. Kadangkala cekal, tabah, pekak telinga, buta tuli dan seangkatan dengannya, tetapi kadangkala tewas juga. Sebagai manusia biasa yang punya perasaan itu adalah normal untuk semua, gitu. Apabila tahap kesabaran diuji kita, kita sebenarnya akan belajar bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut dengan tenang ataupun sebaliknya. Biasalah tu sebab kita bukan mesin atau robot kawalan jauh, dan apatah lagi jentera berat di sawah padi yang luas terbentang. Tidak tidak tidak.
Sebelum saya meneruskan entri ini, nafas ditarik panjang-panjang sebab rasa geram dan bengang. Korang yang berhadapan dengan pelanggan mesti biasa dengan situasi sebegini kan. Tak kisahlah apapun jawatan dan walau di jabatan mana pun kita bekerja, mesti berhadapan dengan manusia yang pelbagai peel kan. Kalau pelanggan korang adalah kucing comel, arnab gebu di klinik haiwan rasanya stress juga ke? Tak kot saya rasa, mesti hari-hari rasa nak cubit-cubit je binatang tu hihi.
Semalam saya terima satu panggilan telefon dari seorang client. Saya angkat je gagang telefon, terus orang tu maki saya. Saya kata, sabar encik sabar, dia meninggi suara dengan bercakap sesuka hati mak dia. Lelaki ok!! Korang bayangkan lelaki marah-marah sambil ton suara dia volum paling tinggi. Aiyoo respek orang lain boleh? Ko pikir saya takde perasaan ke? Saya manusia okey!!! Bila saya jelaskan saya BUKAN pegawai untuk kes dia, dia macam cool sikit. Dahla salah officer, maki orang sesedap rasa dia je. Eiii memang tak boleh terima.
Dalam hal macam ni saya masih boleh berfikiran waras lagi. Kalau dua-dua marah mesti keadaan bertambah teruk kan? So saya sebolehnya tahan amarah saya, kalau ikutkan hati memang sebakul maki hamun saya hamburkan. Tapi saya cakap dalam hati, sabar ju, sabar!!! Nanti dapat surat komplen dah satu hal nak menjawab pulak. Surat tu pulak c.c pada bos, CEO dan Chairman, emm saya tak kisah pun pasal surat, nak menjawab surat tu yang kisah tu. Nak mengarang ayat, buat kronologi, tolonglah saya letih ok.
Tu belum masuk dia cakap, saya kenal Chairman awak, selalu minum kopi sama-sama, meeting together, excuse me sir, ada saya kisah??? Tak kisahlah minum kopi, main golf sama-sama, prosedur tetap prosedur ye tuan, tan sri, datuk, datin….(tapi saya taklah cakap macam ni dengan dia, mau dapat warning letter ko!!)
Selepas saya letak gagang telefon, dan menjanjikan saya akan follow up kes dia with the right officer, terus dia letak gagang tanpa salam dan ucapan terima kasih. Dan saya tak harap pun ucapan tu, yang saya nak highlight kan sini adalah sikap kurang ajar dia. Saya tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Bergenang juga airmata menahan marah dan geram. Takpe ada ubi ada batas, next time Allah balas!!! Emmm rasa lega sikit selepas meluahkan perasaan di sini. Owh hati bersabar ok, ini baru sikit punya ujian kan.
Tak kurang juga dapat client yang memahami dan sangat profesional. Walaupun keputusan yang dia terima tidak menggembirakan dirinya tetapi diorang tetap cool dan boleh terima dengan rasional, terima kasih saya ucapkan kerana memahami. Saya hanya menjalankan tugas, yang baik dari Allah, yang buruk dari saya sendiri. Saya sudah bekerja di sini hampir 6 tahun, dan ini adalah tempat yang paling lama saya berkhidmat, syukran ya Allah. Semoga banyak lagi pengalaman yang saya akan dapat dan semoga sentiasa sabar melayan kerenah semua orang. Di samping saya dapat memperbaiki kelemahan diri sendiri, betul kan? Saya tak suka stress dan tak suka sedih-sedih. So saya berazam untuk lebih bersifat kalis maki di masa hadapan ;). Peace!!!
Aduhai. Skrg ni mmg byk perkara pelik berlaku kan kat opis ni sejak ada dia. Sume org pening.
sian ajue kena maki cam tu…kalo saya pun nangis kalo gitu ..tak der adab agaknyer orang ni…banyakkan sabo yer ajue…
Sabar jer lah. Memang stress dgn client mcm ni.
Pelanggan? Saya yang tiap2 hari mengadap pelanggan di warung ni lagi lah awakkk 🙁
Sabar je lah layan client macam tu..Macam gitu jugaklah keja hubby lily ni..setiap hari layan kerenah pelanggan..stress jgn cakaplah..hari2 dia ngadu kat lily..masa mula2 keja tu teruk gaklah..kena maki..tapi sekrang dah lali dgn semua tu katanye.. 🙂
SA pun macam tu jugak Aju..kadang2 engineer yang diorang cari ni xde..nak plak no hp..tp procedure mana boleh bagi no hp sebarang…bg email x nak..nak jugak bercakap…lantak ko la di situ…
Anggap je orang tu ‘ ada penyakit ‘. Biasalah tu kan manusia, ada yang perasan dia bagus. Emm, cakap dengan dia kalau selalu minum dengan chairman tapi bab adab zero tak guna juga … huhu tumpang panas hati ni 😐
Subhanallah sabar aje lah. Kalau kenal sgt Chairman, kenapa tak go direct je dgn Chairman, kan
Takpe.. Allah nak bagi pahala sabar kat kita…
Orang yang macam tu sebenarnya bising je lebih..sebenarnya takde apa2 pun..minum kopi dgn Chairman la konon..ntah2 tak kenal pun sapa Chairman..sabar banyak2 je la dengan kerenah pelanggan macam ni..
Errr..saya suka gambar yang keempat tu.. 🙂
Mcm2 karenah orng ni..sabar ya dik..
Bab terapi minda tu akak setuju..hihi
SA pun sama Aju…suka deco2 rumah…tp tu la..rumah ada budak2 x leh nak deco sangat…confirm jahanam..hehehe….kaler hijo tu mmg santek..SA suka putih ngan pepel…
Emm tu la kan..tak apa lah..jadikan asam garam kehidupan aje..
hmmm manusia..bukan semua sama..saya pun kena jugak camtu kadang2..bila kena cam nak berenti kerja kan?