Betul kan kalau sehari tak bergaduh manja dengan anak-anak memang tak sah. Kekadang penat tau nak berleter tak tentu pasal. Adik-beradik bertiga ni kalau sehari tak bergomol tak sah. Bergomol sampai nangis tak hengat menjerit dia tu. Macam kene tomoi pulak, padahal yang ni cuit yang tu, yang tu cuit yang ini, dah menangis. Bila tanya kenapa??? Semua tak mengaku usik siapa dulu. Aiyoo situasi kita sama kan? Anak nak membesar cenggitulah. Redhoo je..Pandai je nak melepaskan diri dari kene rotan kan, memasing diam jadi batu bila ibu dia pegang rotan, hmm bijak, bijak sebijik perangai ibu korang masa kekecik ngeeeee.
Satu hari tu Najwa tanya saya, ibu kenapa kaki ibu busuk? Waktu tu batang idung dia betul-betul kat tapak kaki saya. Apa pulak dia buat kat ujung kaki saya tu. Padahal punya besar ruang kat umah ni, hujung kaki saya jugak dia nak melepak. Busuk ke? tanya saya. Ye busuk, bukan ke syurga tu wangi bau dia? Ohmaiii…Rupanya Najwa duk mencari syurga dia bawah tapak kaki saya ni. Subhanallah, Najwa kene buat baik, dengar kata, solat, then baru boleh bau harum syurga tu nanti tau ;), Ohmaii terasa sejuk perut ibu mengandungkan kamu. Syurga kan di bawah telapak kaki ibu, Insha Allah moga kita semua dijanjikan syurga Allah hendaknya.
Yang ini pulak cerita si Najiha. Anak-anak saya sudah memang diasuh basuh kasut mereka sendiri. Syukur semua boleh mendengar kata, kadang-kadang merungut juga tapi saya ingatkan diorang, ibu dah tolong korang basuh baju, jadi korang basuh kasut, fair and square kan? Jadi bila dah basuh, tiba masa untuk dikapur. Najwa kasutnya hitam sebab dia kan pengawas PSS, jadi kerja Najwa lebih mudah haha. So selepas kapur kasut, jemur pula di luar rumah.
Dalam pada angkat kasut tu, saya ni tak perasan rupanya Najiha ada buat aktiviti tulis nama kat kasut dia, ha korang tengok kat bahagian mana dia tulis namanya tu. Huhuhu nak cakap apa pun tak boleh dah ni, tak pernah dibuat orang ni hahha. Aritu dia tulis kat belakang kasut tu ok lagi, ni bahagian depan pulak!!!! Huwaaa hahahahahaha… Puas dia kene gelak dengan kitorang semua. Najiha mana tahu, jawabnya. Itulah lain kali tanyalah dulu, marah si kakaknya Najwa. Heheheheh sian Najiha, takpelah, nanti basuh hilanglah tulisan tu. Harap-harap cikgu tak marahlah hendaknya kan ;). Ini kalau ada yang tertukar kasut ni tak tahulah nak cakap apa kan, hmmm terpampang dah nama kat depan tu, memang confirm tak tertukar dengan kawan dia hehe.
Begitulah ragam anak-anak saya. Adam ni banyak cerita dia, paling tak boleh blah asyik nak main basikal je kerjanya. Tak dapat kayuh luar rumah, dalam rumah pun jadik. Anak lelaki dan anak perempuan memang berbeza peel diorang ni. Orang kata kalau ada anak perempuan sulung, mesti adik lelakinya lembut macam kakaknya. Eh tak juga, si Adam ni saya tengok lasak sesangat. Kalau tak dapat tumbuk belakang abah dia, belakang saya ni disepak dan tumbuknya. Saya letih nak bercakap banyak dengan diorang ni, kalau dah letih bercakap tangan saya pulak bercakap hahaha. Oklah sekian kisah tulis nama kat kasut, tetiba banyak juga yang saya merapu kan hehehe.
await najiha tulis nama kat kasut…takut hilang ker tertuko ni…gelak auntie nengok tau…haha…
anak laki memang la lasak sikit…memang aktif sangat..ader jek aktiviti lasak yang dia cuba lakukan….
Assalamualaikum kak aju.. sejuk dengar, anak kak aju mencari bau syurga kat kaki tu. hehe pasal kasut tu, tak pernah pula sheila buat dulu. hihiiii. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~
Kelakarlah Najwa… Ragam anak-anak ni macam-macam.
Bagi aku kalau semua anak sama jantina macam aku lagi senang nak urus kot sbb peelnya sama…
Nak kata ganas takdelah sangat…
Adoiiii aju. Gelak besar daku membacanya. Tak tahan part najla tulis nama kat kasut tu ☺☺
Ya allah…macam2 hal…boleh plak macam tu kan…itu bila boleh hilang tu…x kan nak rendam dalam clorox kan…
samalah aju dgn anak-anak ema..baru dua orang tp kecoh macam sepuluh orang…yang kakak usik adik..yang adik usik kakak..pastu gaduh…
cuci jangan tak cuci haaa..bab hilang selalu terjadi masa anak masuk taska umur 4 tahun sekarang makin kenai kasutnya cuma…
cuma…
cume kekadang dia salah pakai kasut ..kasur kiri pakai untuk kanan, kanan sarung di kaki kiri pulak heeee
Alahai. Sampai conteng. Kelakar juga kalau tengok. hehehehe
SA x pernah beli lagi kat pasar malam tp tau la ada jual..ari tu ada pi Petaling street pun nampak gak stall jual menda ni..ramai gak pi beli..hehehe….
Ha ha ha. Macam macam peel kan.
hahaha..tak sabar nak lalui pengalaman best macam ni..sekarang anak baru sorang tak nampak macam meriah lagi ni ha..haha