Salam Isnin semua!!! Hmmm kita kembali ke rutin harian setelah seminggu sekolah bercuti. Seminggu jugalah merasa keamanan maksima bila mana tidak perlu terkocoh-kocoh bangun pagi menyiapkan anak-anak ke sekolah, tidak perlu bertolak awal ke tempat kerjaan dan jalan juga tidak sesak seperti kebiasaannya. Relaks, tenang dan aman memandu dan tidak berpeluh-peluh setelah berkuntau bagai dengan kerenah bebudak ni kadangkala tidak dapat dibendung amarahnya kalau susah nak dikejut, lambat berjalan ke bilik air, termenung dalam bilik air, pakai baju dan sebagainya.
Hari ini rutin kebiasaan berulang kembali. Selagi mana mata ini tidak tertutup selagi itu hidup perlu diteruskan. Semoga kita sentiasa bersemangat dan berusaha untuk masa depan yang gemilang dan terbilang #sangat ;). Hmm malas nak berceloteh panjang, saya nak kongsikan masakan hujung minggu yang penuh dengan kasih sayang. Ini pun setelah berhempas pulas memikir nak masak apa. Teruk kot sampai kene berhempas pulas. Mak-mak kita dolu-dolu rileks je kot, hari-hari masak takde pulak bising memikir nak masak apa, oklah udahla membebel moh nengok apa yang masak ni, sedap ke tak belakang kira, janji mesti licin sebab penat masak ni, siap harap dapat pujian lagi, entah apa-apa ntah hehe pompuan cenggitulah haiii…
Ok menu pertama udang sambal petai. Korang suka petai? saya suka tapi jaaaarang sangat masak petai ni sebab tak tahan ngan bau dia, satgi bilik air harum semerbak kan, lepas tu sendiri mau ingatlah hehehe. Eh korang tau apa khasiat petai ni? Bagus tau khasiat dia, saya dah google dan korang boleh baca ni.
1) Dapat merawat masalah hati,kencing manis (Diabetes), dan buah pinggang.
2) Daun petai dapat merawat demam kuning.
3) Mengurangkan risiko penyakit strok.
4) Membantu perokok untuk berhenti merokok kerana vitamin didalamnya dapat membantu mengurangkan ketagihan kepada nikotin.
5) Mengurangkan derita penghidap anemia kerana petai kaya dengan zat besi yang dapat membantu menstimulasikan pembentukan sel darah merah.
6) Petai dapat mengurangkan depresi kerana mengandungi Trytophan.
7) Mengurangkan risiko tekanan darah kerana mempunyai nilai potasium yang tinggi tetapi garam yang rendah.
Siap boleh kurangkan depresi, kalau agak-agak stress jalan sesak teruk sila spare petai dalam kereta, sambil tu boleh kunyah petai kot hahahah, dap dap sangat ;). Elok stress korang kurang, orang lain plak stress ngan korang hahaha.
Selain menu udang sambal petai, saya rebus aje petola ni. Hiris bawang merah, bawang putih dan sedikit ikan bilis. Selepas tu masukkan aje petola yang sudah dipotong dan tunggu sehingga mendidih. Mudah sahaja dan akhir sekali ikan goreng. Ini lagi mudah, pejam mata je goreng atas dapur tu, tau-tau aje dah sedia untuk dimakan. Saya oklah nak masak ni sebab bebudak ni semua melayan kartun. Bolehla saya tumpukan perhatian sepenuhnya nak memasak ;).
nampak sedap sambal udang tu….
Wah! Ada sayur kegemaran ustazah dan anak2. Cantik umah aju
sama la menu kita…SA menabung ford kat sini…
Kebetulan petai juga ni..cuma ganti bilis sebab udang eeelek. Petola tu memang best la Aju ๐
Sedapnya kak sambal udang petai tu, dah lama tak makan ๐
Sedapnya sambal udang petai tu.