Ini cerita bulan lepas huhu
Saya memang kaki cendol, nak-nak cendol pulut pulak, orang kata kalau mak mertua lalu lalang depan belakang pun tak sedar ;), emmm rosak terus diet Kak Ton. Saya biasa nampak CB ni di Kuala Selangor tapi memang tak pernah nak singgah sebab orang memang sentiasa ramai je. Siap boleh jem jalan ko, tu yang tak jadi nak singgah kan, satgi nak order, nak cari tempat duduk pula nak makan. Emm abaikan sahaja.
Dah beberapa bulan juga nampak CB di tepi MRR2 ni tapi minggu lepas baru ada masa nak bercendolan sekeluarga. Pada yang tak tahu lokasi Cendol Bakar, landmark terdekat adalah berdekatan Shell Petrol Station berdekatan Taman Melati. Alah jalan nak exit ke Tol Gombak atau menuju ke UIA, Gombak tu. Nampak tempat sangat cantik dan mendamaikan. Mula-mula fikir nak bungkus, last-last husband kata, makan sini ajelah, kamipun, follow jelah.
Saya memesan cendol durian, cendol pulut dan cendol tapai. Setiap cendol berharga dari RM3.00 ke RM4.50 mengikut jenis, perasa dan aksesorinya ;). Siap ada drive thru uols!! Ingat McDonalds je ada drive thru? Pak Bakar pun ada tau!! Tempat selesa dan selain cendol, ada gerai kecil berdekatan dengannya yang menjual makanan bergoreng dan berkuah. Semestinya rojak, mee goreng, maggi goreng, laksa, kuih muih dan keropok lekor. Dan sistem pesanan pula adalah layan diri sendiri okeh. Alah lagipun jarak meja dan stall tu sejengkal adanya, jadi tak menyusahkan para pelanggan kekdahnya.
Rasa cendol pula, emm sedap, tak berapa nak manis, rasa semua durian, pulut dan tapainya dan Saya suka suasana santainya tu. Waktu saya pergi ni diorang hidangkan rambutan untuk pencuci mulut para pelanggan. Air sirap pula hanya RM0.20 secawan dan bebudak ni siap pergi ambil dan beli sendiri je, sebab layan diri. Jadi kepada yang belum mencubanya, bolehlah berhujung minggu bersantai bersama keluarga di sini ;).
Pray for MH370, doakan yang terbaik buat mereka.
wow..macam menarik jer ni…next leh jjcm ngan cik abg kat sini….
semalam lalu masa balik dari Kelantan..tp arah seberang sana..kalau tak dah singgah juga.
Assalamualaikum kak aju, wahh nampak cam bersih je tempatnya. masa sheila pergi tu memang pack gila. nak bergambor pun malu-malu dibuatnya. hiewhiew. btw sheila klik tabung nuff kak aju ya ~~~
Macam mana lah rasanya cendol bakar ni ekk..kat sini tak ada…susah2..haha
tak pernah makan cendol bakar..sedap ye…selalu makan cendol pulut jer…
Bestlah cendol tu nampak lazat
lizz tak penah lagi cendoi bakar ni..setakat paling sedap penah saya makan kat kampung jek cendol ckup rasa sedap sangat…
sedap nooo nengok najiha makan mee goreng mamak tu…terlio lak nak makan mee mamak…kena carik esok nih
mana2 kalo tgk cendol bakar punya trademark msti color kuning..dah confius dgn cendol bakar kuala selangor,,
pernah cuba pekena cendol bakar yang kat Kuala Selangor tuh , tapi beli drive-thru…beratur memang panjang siap ada kawalan oleh RELA lagi…
Sedapnya. Dah lama tak makan cendol.
dulu tetipu dgn nama die, ingt cendol yang dibakar, rupanya nama owner die Bakar hehehe.. tp sedap cendolnya.. salam pekenalan kak..
ah tak kira kalau turun kl mau ajak sis aju makan kt sini orite hiii
sedapnya…saya pun suka kalau cendol pulut ni..lama dah tak makan..terliuq la plak…waaaaaaa