Saat pertama kali membelek buku Denaihati yang saya dapat sewaktu Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 yang lepas, saya sangkakan ianya adalah buku nota kosong seperti yang diterima pada tahun lepas, rupanya tidak. Di dalamnya penuh dengan pengisian yang bermanfaat. Bermula dengan biodata tentang founder blog denaihati.com iaitu Tuan Mohd Ilham @ Amir, yang serba sedikit ringkas tetapi padat. Banyak pencapaian beliau dalam dunia blogging ini dan menjadikannya sumber inspirasi kepada semua. Agak mustahil bagi saya menjadi seperti beliau, tapi kata orang jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan? Jadi Malaysia boleh!!
Kemudian diikuti dengan kata-kata aluan dari CEO YEO’S yang merupakan penaja bagi Majlis SBB2014. Seterusnya entri dari pemenang contest Yeo’s Gaya Hidup Sihat. Ketika saya baca mukasurat ini waktu di majlis pagi Sabtu 8/3/2014 tu saya secara automatiknya sudah tahu siapa pemenangnya. Sebab saya ingatkan semua entri peserta diabadikan dalam buku ini, rupanya tidak. Jadi sah-sahlah blogger HafizMohd adalah pemenangnya, tahniah diucapkan kepada beliau. Bila baca entrinya, sememangnya beliau layak untuk hadiah tersebut kerana padat dengan info yang menerangkan produk dan kebaikan minuman Yeo’s.

Ok berbalik kepada review ringkas tentang buku Denaihati ini. Sememangnya banyak tajuk yang dikongsikan oleh Denaihati. Antaranya ialah Hidup untuk memberi, blogging, kisah keluarga, kembara dunia, berani gagal dan aktiviti blogging. Seribu satu kisah dirangkumkan dalam satu buku agar ianya dapat dimanfaatkan bersama. Tajuk yang menarik perhatian saya ialah tentang blogging. Bukan mudah untuk kita menjadi seorang blogger sepenuh masa yang mana ianya merupakan impian saya. Tetapi selagi pendapatan blogging belum cukup menampung komitmen kewangan keliling pinggang ini, selagi itu saya akan cuba untuk memperbaiki cara dan kelemahan berblogging.
Blogging bukan hanya menulis sahaja, betul kan? Setiap orang punya cara masing-masing dalam menulis. Tapi selain menulis, kita juga perlu mempunyai ilmu IT contohnya mengenal blog sendiri dari sudut teknikal seperti Google Webamaster, Google Analytics, SEO Tools dan lain-lain. Ya saya akui banyak yang saya perlu pelajari untuk meningkatkan tahap kemahiran teknikal saya ini. Lemah bab-bab ini, tapi jangan risau semua info ini boleh didapati di blog-blog yang sememangnya suka berkongsi tips berkenaan, tidak kurang juga kelas blogging anjuran Akademi denaihati, so pakat join kelas lepas ni kan ;).
Hidup untuk memberi juga antara tips untuk menjadi jutawan. Antara rahsia orang kaya bertambah kaya adalah mereka berjimat cermat, suka memberi atau bersedekah, banyak sumber pendapatan, berkongsi ilmu bermanfaat dan berdisiplin. Kalau kita sentiasa amalkan semua ini, kita boleh hidup serba mencukupi dan lebih baik. Walaupun tak kaya tapi jika amalan bersedekah sentiasa diamalkan, Insha Allah hidup kita sentiasa bahagia. Rezeki yang Allah kurniakan bukan dari segi wang ringgit sahaja tetapi juga kesihatan, keluarga bahagia, kawan-kawan yang baik dan pelbagai lagi. Ok sekian perkongsian saya tentang buku Denaihati ini. Juga tak lupa jom follow denaihati jom!!!
https://www.facebook.com/NetworkDenahati
instagram.com/denaihati
Wahhh seronok la dapat buku ni..leh jadikan inspirasi kearah kejayaan hidup kita pulak..hehe
Nampaknya tepat sekali komen akak di blog hafiz yang beliau calon layak menang dalam contest YEO’S tu …. Hmm dan tentang buku ni, alangkah bertuahnya kalau akak dapat buku tu. Aju boleh beri kot … hihi
Terima kasih sis haza…mmg terus ingat komen sis flm entri tu…terima ksh atas doa tu…alhamdulillah
Buku yg mmg cukup bagus utk kita jadikan rujukan…idea buku ni mmg terbaik..
Terima kasih aju!
tak sabar nak miliki buku ini…nasib baik masih goodies bag masih ada di tangan team denaihati.
Hye, I’m a new blogger ๐ Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com ๐
Inshaa Allah…Aju pasti boleh..usaha tangga kejayaan..chayok..^^
Dah habis baca ke ni? Hihihi
Tak baca lagi buku ni aju.