Apa istilah kecantikan sebenar bagi seorang wanita ini? Adakah dengan berpakaian cantik dan make up tebal seinci sudah cukup dikatakan cantik di mata kasar? Bagi wanita kecantikan bukan sahaja dilihat dari kecantikan luaran malahan kecantikan dalaman juga dititikberatkan. Baik dari segi aktiviti harian seperti senaman, amalan pemakanan, gaya pertuturan, hubungan sesama insan dan segalanya adalah berkaitan dengan kecantikan bukan?. Istilah cantik boleh diterjemahkan dengan pelbagai maksud dan terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilainya.
Wanita dan kecantikan umpama irama dan lagu, bagai aur dan tebing. Sesekali dapat merehatkan diri di salun atau spa kecantikan juga salah satu cara menjaga penampilan dan kecantikan dalaman diri. Owhh apakah? Hahaha…Seingat saya dah lama rasanya tidak ke spa untuk merehatkan badan setelah penat bekerja dan melaksanakan tugasan sebagai ibu, isteri, pekerja dan melunaskan urusan rumahtangga. Orang kata, badan kita ni perlukan rehat dan selain merehatkan diri dengan beradu dan melunjur kaki menonton televisyen, kita juga lebih seronok jika ada yang ingin sponsor untuk diri ini dibelai manja ewwahh. Kotlah suami kita baca blog ni kan, so faham-fahamlah kan.
Saya juga ingin kongsikan kebaikan berurut badan yang saya baca di sini.
1. Melancarkan perjalanan darah :
Apabila seseorang wanita itu rajin berurut, perjalanan darah di dalam tubuhnya akan menjadi lebih lancar. Sama juga halnya dengan sistem perkumuhan iaitu pembuangan air besar, air kecil dan peluh. Semua ini juga akan menjadi lebih lancar. Perlu anda ketahui, apabila perjalanan darah di dalam tubuh menjadi lancar, seri kecantikan semulajadi itu akan terpancar dengan sendirinya.
2 Mencantikkan kulit tubuh dan wajah :
Seperti yang anda ketahui, urutan memerlukan minyak. Kebanyakan orang menggunakanminyak kelapa untuk tujuan melancarkan kerja-kerja urutan sahaja. Daripada menggunakanminyak kelapa yang mempunyai satu fungsi, ada baiknya kita berurut dengan minyak halia. Selain melancarkan urutan, khasiatnya juga mampu membuang angin-angin yang terperangkap di dalam tubuh. Minyak yang digunakan ini mampu meresap jauh ke dalam liang-liang roma kulit. Sifat minyak yang panas memudahkan pembukaan liang roma untuk menjadi lebih besar lagi. Secara tidak langsung, ia memudahkan proses penyingkiran sebarang kekotoran yang terperangkap di dalam kulit.
3 Menenangkan perasaan dan mengurangkan tekanan:
Siapa kata kesihatan emosi tidak penting untuk kecantikan? Walaupun anda mempunyai wajah dan penampilan yang menarik, belum tentu ianya akan terserlah jika kesihatan emosi anda terganggu. Sebenarnya urutan yang dilakukan secara konsisten membantu menghilangkan tekanan tidak kira pada fizikal mahupun mental.
4 Membuang toksin
Urutan juga diyakini mampu mengeluarkan toksin yang berkumpul di baeah permukaan kulit.
5 Membantu mencantikkan kulit bahagian luar
Jika suplemen yang anda makan membantu menyihatkan kesihatan dalam tubuh, urutan pula bertindak sebaliknya. Minyak aromaterapi yang digunakan untuk berurut mampu menyihatkan kulit bahagian luar. Jika ia dijadikan kebiasaan, kulit akan menjadi lebih sihat, tegang dan cantik.
Semakin usia meningkat, urat-urat di dalam badan tidak aktif seperti usia muda. Apabila urat menjadi pasif perjalanan darah tidak lancar dan tenaga juga tidak kuat seperti dulu. Dengan mengamalkan rutin berurut, urat-urat dalam tubuh dapat dibangkitkan. Dengan ini, seri kecantikan akan terpancar dari dalam apabila perjalanan darah di dalam tubuh akhirnya berfungsi dengan betul.
Mana tahu ada rezeki untuk mendapat sesi rawatan percuma di Anjung Jelita Spa & Beauty Centre yang mana contest ini adalah anjuran blog Denaihati.com dan Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. Walaupun lokasi spa ini terletak jauh dari rumah saya, iaitu di 115-1A & 1B, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor, namun saya akan gagahi jua demi mendapat rawatan percuma, kalau menanglah kan hahaha. Ok moh kita baca serba sedikit tentang Anjung Jelita Spa & Beauty Centre.
Moh ke Anjung Jelita Spa & Beauty Centre
Melangkah ke dalam Anjung Jelita Spa & Beauty Centre, mata pasti terpaku melihat dekorasi dan suasana spa yang tenang dan menyegarkan. Sinonim dengan konsep tenang dan mendamaikan pasti menambat hati pelanggan untuk mendapatkan rawatan badan di sini. Konsep Anjung Jelita Spa & Beauty Centre diinspirasikan oleh konsep tradisional dan moden. Maka dengan itu, terhasil lah konsep moden-kontemporari. Mereka percaya suasana dan persekitaran memainkan peranan besar bagi membolehkan para pelanggan berasa tenang dan selesa dengan wangi-wangian dan diiringi bunyi muzik yang menenangkan.
Yang bestnya adalah produk badan yang digunakan disini adalah 100% organik dan tidak mengandungi bahan pengawet. Produk muka juga tidak mengandungi bahan kimia. Jadi sudah terjawablah persoalan tentang produk yang digunakan, penting tu tau bagi memastikan kulit muka kita terpelihara dari gejala yang tidak baik atau tidak mahu muka dan badan kelihatan menakutkan dari biasa.
Motto mereka ialah 3R, iaitu :
- Relax
- Revive
- Rejuvenate
Relax :
Anjung Jelita Spa & Beauty Centre mahu anda berasa selesa apabila anda berada di spa mereka. Disebabkan itu, mereka menggunakan wangian aromaterapi, air pancutan dan muzik perlahan supaya anda berasa tenang apabila melakukan rawatan di bilik rawatan kami. Bilik-bilik rawatan kami juga luas untuk keselesaan anda.
Revive :
Anjung Jelita Spa & Beauty Centre percaya bahawa wanita adalah rajin dalam melakukan tugas-tugas harian. Namun demikian, kadangkala kulit muka dan kesihatan badan diabaikan. mereka ingin membantu mengembalikan keceriaan kepada anda. mereka ingin membuatkan kulit dan badan anda segar semula selepas rawatan yang dijalankan.
Rejuvenate :
Anjung Jelita Spa & Beauty Centre berazam untuk memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda. Oleh itu, mereka hanya menggunakan produk 100% organik dan tiada bahan pengawet. Mereka juga berazam untuk mengembalikan kecantikan kepada keterampilan anda. Oleh itu, mereka tidak menggunakan apa-apa produk yang mempunyai bahan kimia bagi menjaga kesihatan anda luaran dan dalaman.
Antara rawatan yang disediakan di sini ialah:-
1. Urutan Badan
2. Rawatan Muka
3. Rawatan Kuku
4. Rawatan Badan
Wanita alaf baru masakini yang sibuk dengan pelbagai tugasan pasti tiada masa untuk memanjakan diri dengan alasan , banyak kerja dan sebagainya. Sudah, untuk kali ini tidak boleh berkata tidak lagi, yang penting badan sihat dan perlukan rehat secukupnya kan. Duit yang banyak tidak dapat membeli kesihatan untuk kita. Tapi gunakan lah duit yang ada untuk memanjakan diri anda sendiri ye. Wahhh giteww!!!! Jadi apa tunggu lagi? bagi yang berrminat untuk mendapatkan rawatan badan di sini bolehla menghubungi talian telefon di bawah untuk sebarang temujanji. Temujanji rawatan badan je, temujanji lain sila jangan gatal tangan nak telefon okeh!!!
Assalamualaikum kak aju, wahh bestnya. teringin nak g spa. berurut bagai. lenguh2 dah badan skrg kak aju. heheh semoga berjaya dan murah rezeki ya kak aju ~~~
dah lama tak berurut di spa..sekali sekala manjakan diri..rasa sihat badan…anyway, good luck aju.
mmg best kalau dpt manjakan diri kat spa…
bestnyer ajue…
lizz jarang pi spa nih tapi bila baca entry ajue nih teringin pulak…….
AJue Good luck tau…
Billion terima kasih kerana sudi sertai kontes Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru dan semoga berjaya.
Wanita cantik…dan isteri solehah..memang tak jemu mata memandang../hehe
tu dia..siap ada main lilin lagi tu..
Cantik dalaman adalah segalanya, tapi jika cantik fizikal juga itu merupakan bonus berganda..
P/s: info terperinci, ada peluang tu Aju …good luck yer Aju 🙂
wah ni memang dunia wanita ni
cantik menarik dan tertarik
ada chance monang nih…good luck yer…=)
memang bagus untuk wanita ni
Sy memg suke berurut…sedap je bdn…
Gokd luck kak
wah manjakan diri sahaja..jom…jom…
Good luck aju.
kalau la dapat berurut macam ni selalu…kan best…lagi best kalau dapat hadiah package kan…apapun tahniah Aju…good luck…