Hujung minggu adalah hari memasak sedunia. Almaklumlah suami saya kan bekerja di Hari Sabtu, jadi demi mengisi perut memang wojib saya memasak untuk anak-anak dan diri sendiri. Anak-anak tak kisah apapun lauk yang dihidangkan kepada mereka janji tak pedas melampau, memang senang nak jaga diorang ni. Jadi suami saya akan pastikan lauk di rumah mencukupi sebelum beliau ke tempat kerja, biasalah ikan, ayam, sayuran. Jadi menu paling mudah adalah sayur masak lodeh bersama ayam masak sambal. Emm memang terbaik sebab diorang ulang makan sampai 4 kali, hebat!!
Kemudian rezeki saya dalam blogging. Masih ingat entri review buku DenaiHati? Alhamdulillah saya telah menerima RM100 untuk entri tersebut. Kalau nak tahu, Denaihati memang selalu bermurah hati untuk berkongsi wang tunai dengan follower dan pembaca blognya. Jadi jangan lupa follow untuk mendapat peluang begini ;).
Rezeki dapat tuala mandi dan powerbank. Hahaha sudah lama kot teringin nak beli power bank. Kebetulan masa mesyuarat KSK semalam, kami rakan sekerja menerima tuala mandi dan power bank sebagai door gift. Oklah nampaknya doa saya dimakbulkan ;). Alhamdulillah rezeki datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Berusaha dan berdoa Insha Allah akan dipermudahkan ;).>
alhamdulillah..orang rajin in sha Allah rezeki mesti tak putus2
Tahniah Aju…betul tu,kalau rajin tentu ada hasilnya
alhamdulillah..murah rezki
Tahniah Aju, rezeki yang tak disangka-sangka ye..
Assalamualaikum kak aju. tu bukan contest kan? Alhamdullilah. murah rezeki kak aju. bestnya.. Tuan Denaihati memang pemurah orangnya. singgah menabung ford sini~~~
Alhamdulillah dan tahniah aju
Bertuahnya dapat pbank…
ALHAMDULILLAH REZEKI YANG TAK DISANGKA KAN :d
Tahniah aju. Murah rezeki.