Assalamualaikum…
Hmmm rasa seram sejuk dah badan ni. Semalam lagi waktu kat opis dah terasa sakit-sakit badan, tersumbat hidung, sakit tekak, pening-pening. Tapi cuba lawankan perasaan ni sebab banyak pula kerja yang perlu disiapkan. Workoholic? Tak juga, kadang-kadang malas juga haha. Badan saya ni jenis susah nak demam, Alhamdulillah. Tapi, kalau kene sakit sekali memang teruklah terbaring, nak pula dapat makan ubat, baring kat katil sambil berselimut litup, perghhh indahnyaaa. Kesimpulannya kalau betul-betul tak larat baru saya ambil cuti sakit. Hmm boleh dapat anugerah pekerja terbahek ke? Bolehlah kelaut sangat semangat ni hahahahha
Hmm nak cerita pasal semalam, waktu saya nak pulang ke rumah selepas habis waktu pejabat. Tempat parking kereta sejauh 1.5km dari pejabat dan perlu melalui 2 kali lampu trafik. Selalunya saya akan bersama dengan geng kapak (carpark) yang sudah bertahun adanya kot dengan my buddy tu. Berjalan bersama-sama, bercerita sambil gelak-gelak, lepas tu feeling-feeling macam semua orang tengok saya melintas jalan. Eleh dulu kan berangan nak jadi model, tapi tak kesampaian. Eh kesitu pulak perginya, nak balik ofis je kot sampai feeling macam model, ko dah kenapa kan?
Nak tanya, korang perasan tak? Kalau lampu traffik dah bertukar dari kuning ke merah, korang perlu tunggu beberapa saat sebelum korang melintas atau berjalan. Macam itulah saya dan geng kapak saya amalkan. Lampu trafik memang dah merah, dan tak semestinya korang boleh terus melangkah. Kalau perasan untuk sesetengah pemandu, lampu kuning tu bermaksud SEDIA UNTUK MENEKAN MINYAK SEKUAT-KUATNYA!!!! Guna huruf besar sebab saya GERAM!!! Semalam sorang brader tu hampir-hampir dilanggar kereta VIOS KALER GREY yang saya tak ingat no plat nya. Ya Allah!!! Sikit lagi dia hampir dilanggar kereta tersebut, sipi lagi. Kalau tak kerana saya dan rakan saya tu menjerit kuat, dia tak berpatah balik. Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami waktu tu.
Selangkah lagi dia kedepan, saya yakin 100% memang dia akan dirempuh oleh kereta tersebut. Syukurlah kerana jeritan kami, dia sempat berhenti dan berundur. Saya dan kawan hanya mampu menjerit sekuat hati sambil kedua-dua tangan saya menekup telinga. Allah masih sayangkan brader itu, waktu kejadian, semua motor dan kereta yang berhenti hanya melihat adegan itu dan berlalu pergi. Saya dah rasa macam dalam drama tau semalam. Kereta tu laaaaju sangat-sangat!!! Waktu tu jantung ni berdegup sekencangnya, pertama kali menyaksikan situasi macam ni depan mata. Lepas insiden tu saya beristighfar berkali-kali, Ya Allah masih ada kesempatan brader tu bertemu dengan anak isterinya. Walau tak mengenali beliau, dan parking di tempat yang sama, namun semua manusia punya hati yang lembut kan, kecuali kereta mangkuk tu tadi.
Alhamdulillah Allah berikan kesempatan untuk kami bernyawa lagi. Saya rasa kan, kami yang ditepi jalan tu pun dalam bahaya juga, mana tahu kereta tu rempuh brader tu sambil dia memusingkan stereng keretanya ke arah kami untuk mengelak?? Ya Allah, saya masih berdebar lagi. Demam saya semakin menjadi-jadi pulak ni. Aduyaii. Setelah menelan panadol malam tadi, syukur demam semakin kebah. Terkejut gamaknya, Ya Allah terima kasih atas nikmat yang dipinjamkan ini.
Selepas 17 hari kehilangan MH370, akhirnya malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi. Kita doakan semoga mereka tenang dan damai di sana. Mati itu pasti tetapi bila, di mana dan bagaimana, itu persoalannya namun ianya sudah tertulis di Loh mahfuz.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
1. “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
2. “Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
3. “Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
4. “Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)”
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa’iyyâka nasta`în
5. “Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
6. “Tunjukilah kami jalan yang lurus”
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim
ghayri l-maghdhûbi `alayhim
wala dh-dhâllîn
7. “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”
My dad kena langgar semalam..memang sakit jantung dengar dia call…walau xde apa2 tp as a daughter mmg risau kan…dah la i keja jauh…terus sesak nafas kejap…begitulah suratan kan..pergi mereka x akan kembali…innalillah…
Bahaya ada di mana2 saja kan..
Kita perlu lebih peka dan berhati-hati..
Apapun salam takziah buat semua keluarga mangsa pesawat mh370
Assalamualaikum kak aju. Allahuakbar. mujur tidak dilanggar. semalam sheila naik kereta dengan suami. lalu dekat satu jalan kecil dekat kawasan tempat kerja. selisih dengan sebuah lori panjang. boleh pula time ngam2 lalu tepi lori, dia pecah tayar. habis berdentum bunyi macam bom meletup. Astagfirullah. terperanjat sheila. ingatkan barang dia jatuh hempap kereta. mujur suami steady pegang stereng kereta. kalau tak, masuk longkang kereta kitorang… sheila memang pucat gila time tu.. istighfar banyak2..Mujur takda kena apa2.. Alhamdullilah Y_____Y
Kena beringat selalu,bukan semua orang akalnya panjang. Takziah & Al-Fatihah buat waris & kaum keluarga mangsa tragedi. Sesungguhnya tak ada yang kekal melainkan DIA
Pemandu vios tu takde otak agaknya
Nasib baik selamat. Saya dah boleh bayangkan perempuan kalau menjerit dalam kereta mahu nak bingit telinga ni. hehe. Peringatan ni.
pernah juga terjadi situasi begini, Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan lagi pada orang yang terlibat.
Emm seriau gak baca ni…mujurlah ada tindak balas yang baik dari geng kapak tu….
Ya! allah aju. Dapat ku bayangkan situasi itu. Alhamdulillah tak apa2 kan.
Al-fatihah dan takziah buat penumpang dan anak kapal/
alhamdulillah..
harap boleh lebih berhati-hati lepas ni.
Allahuakbar…Brader tuh masih berkesempatan bjumpa dgn fmly dia…Tahniah utk akak n kwn ken sbb bjaya selamatkan brader tuh…Allah masih sygkan dia…Nsb baik dia bertindak pantas…Mesti dia pun tergamam kan kak..
Hah belum ajal dia,hampir saja.