Perjumpaan sesama blogger 2014, telah selamat dijayakan dengan santai dan meriah. Banyak ilmu yang dapat digali dan dikorek dari majlis himpunan blogger ini. Selain dapat bertemu rakan blogger, dapat juga mempromosikan blog peribadi dan perniagaan online saya dengan mengedar kad nama saya yang simple ;). Dalam perjalanan ke Saloma Bistro, sempat berjanji dengan blogger fiza untuk datang bersama ke majlis ini. Hampir-hampir terlajak tertinggal si fiza, alhamdulillah sempat juga nak datang bersama.
Slot Perkongsian ilmu dengan BenAshaari, Redmummy, Hazmanfadzil dan Zarul Umbrella sedikit sebanyak memberi semangat kepada blogger untuk berblogging dan menulis tentang niche masing-masing. Yang paling ditunggu-tunggu adalah tips dari RedMummy, dan paling tak menahan adalah nak mendengar suara beliau haha. Biasa baca kat blog dengan suara hati kita je kan, ni dapat dengar suara tuan punya blog pulak. Tips dari Kak Redmummy? Ok meh saya kongsikan dengan anda ye.
Tips blogging yang dikongsikan adalah blogger mesti pandai bahagikan masa antara kerja, keluarga dan blogging. Tiga tahun pertama blog beliau adalah biasa-biasa sahaja, selepas itu barulah beliau mula sibuk apabila blog sudah mula dikenali. Kak Red kata kita mesti cari masa untuk menulis satu entri dan jangan bagi alasan tiada masa atau tiada idea untuk menulis blog. Banyak perkara yang boleh dikongsikan dan juga moga entri tersebut memberri manfaat kepada pembaca.
Ada juga yang bertanya, patutkah blogger terima event free? Untuk peringkat permulaan untuk tujuan networking kita boleh terima tawaran tersebut, tapi walaupun free korang akan diberikan produk mereka sebagai balasan kan. Tapi dari situ juga pihak advertisor akan melihat gaya penulisan dan tak mustahil kita akan dapat peluang event berbayar. Contohnya saya, dulu saya rajin juga pergi event tak berbayar. Siap ambil cuti kerja separuh hari untuk memenuhi undangan tersebut. Tapi sekarang tidak lagi kerana faktor cuti dan kerja sangat dipentingkan. Alhamdulillah saya baru terima satu job berbayar sebanyak RMX00 dan insha Allah saya akan ke event tersebut yang amat bersesuaian dengan niche blog saya, Alhamdulillah.
Tidak mustahil untuk mencapai apa yang kita impikan, walaupun blogger separuh masa, namun kitalah yang sepatutnya bijak membahagikan masa. Tagline saya, Blogging Untuk Suka-Suka, jelas menyatakan blogging adalah sekadar untuk memenuhi minat menulis. Namun sekarang dah boleh membantu menjana pendapatan tambahan. Syukur.
Tahniah buat ustazah ain yang menang cabutan bertuah 2 tahun berturut-turut. Jika tahun lepas menang Ipad mini, tahun ini Iphone 5S pula, tahniah kak, terus tangan saya naik ke bahu ust ain kerana nak ambil berkat bertuah beliau heeeee. Last but not least, lets pray for MH370, walau apa yang terjadi kita doakan yang terbaik buat mereka. Ameennn
Assalamualaikum kak aju, bestnya… alhamdullilah. dapat hadiah ephyra tu. hehe murah rezeki kalian semua ~~~
Waa bestnyer ajue..teringin tau pegi event mcm ni…teringin jugak nak jumpa ajue..siap ader redmummy lagi…
alaaaa…..x dapat amik gambar aju…x perasan yang mana..bila tgok gambar2 ni terus..eh..sebelah meja jer….rugi x tukar2 kad ngan aju tau….
Wah…dah update. KIta tak sempat pon nak salin apa yg kak red cakap. NNt nak amik info dari blog aju erk. Ngan gambar skali ☺☺
tahniah diucapkan sebab menang hadiah juga..:D
Beberapa kali bertembung. Mampu lemparkan senyuman sahaja. 🙂
alhamdulillah semua berjalan dengan lancar pulang dengan semyuman kepuasan 😉
seronoknya dapat berkumpul & beramah mesra dengan blogger2 yang hebat..
Tumpang dengar dari jauh je
Bestnya ju. Jeles tau. Tapi kalau pegi pun malu. Maklum la blog cikaincikai je
mesti seronok sangat ni dapat pergi. hehe..
tahniah sebab menang voucher rm300 tuh yer…=)
Tahniah Aju.. Teruskan usaha, suka melihat kegigihan Aju dlm menyertai contest dan selalu ada luck
penganjuran kali ini nampak lebih meriah dan tersusun… seronok sebab ianya dijalankan secara santai…..semoga dapat jumpa lagi untuk event lain di masa akan datang….
tak ada rezeki nak join kali ini..tahniah Aju, siapa yang menang contest Yeos dan Ephyra lagi…ema punya goodies ada dengan aju tak?
Bila la boleh menghadirkan diri untuk menimba ilmu di SBB ni..hehe
dduk meja jauh2 xdpt lah nk berborak lama2.. kita ni malu2 skit..haha
dhla jauh meja plk dgn cikgunaman naman..hehe
mama singgah dari blog kak fiza rahman…
terima kasih atas tips yang dikongsikan.. 🙂
akak.. ingat aien tak?? hehe.. terima kasih sebab tolong miscol no aien masa phone terjatuh… 😉
KALAU DEKAT,NAK JUGAK BUI JOIN..APAKAN DAYA BUI JAUH DI KUCHING..LENKALI BAGITAU MEREKA BUAT EVENT KAT KUCHING PULAK YER..HEHE
Awat kita tak terjumpa ye kak Ju?
Klau tak sure dapat bergambar lagi.. 🙂
Myra meja 24 🙂
Kita jumpe mase kat pintu masuk tu je…
Lepas tu dah hilang dah…
Rupanya sebelah meja je ye?
hehehheheh..