Saya yakin anda semua tahu tentang kepentingan sarapan pagi. Bayangkan jika melakukan tugasan tanpa bersarapan, pasti perut berkeroncong lagu irama dondang sayang, lebih teruk jika perut berbunyi memecah kesunyian pagi, owh malu beb. Semua kerja yang dilakukan tidak sebaik yang dimahukan, dan pastikan anda mengambil sarapan pada setiap pagi. Selalunya saya akan membekalkan anak-anak dengan sarapan yang mudah dan senang untuk disediakan. Tahu sajalah setiap pagi akan kelam-kabut menyiapkan anak-anak ke sekolah di samping menyediakan sarapan mereka. Antara menu yang saya sediakan seperti kebiasaannya ialah roti telur, roti sosej dan roti sardin. Dan yang paling seronok adalah setiap kali balik sekolah, bekas bekal mereka licin tanpa meninggalkan baki makanan. Hmm puas hati saya melihatnya
Menerusi kempen “Breakfast Love” ini, F&N Seasons NutriSoy mahu semua ibu-ibu di Malaysia mempamerkan kasih sayang mereka dengan menyediakan sarapan yang sihat penuh nutrisi dengan menggunakan susu kacang soya F&N Seasons NutriSoy untuk kebaikan semua ahli keluarga bagi memulakan hari yang indah.
Secara amnya, nutrisi kacang soya yang ada di dalam F&N Seasons NutriSoy mengandungi protein yang tinggi. Ianya dipek dengan tahap kebersihan yang tinggi, bebas bahan pengawet dan sangat mudah dibawa kemana sahaja. Ianya dapat membantu :-
1) Mengurangkan kolesterol– Kajian menunjukkan pengambilan protein soya sebanyak 30 gram sehari mampu memberi kebaikan dalam sistem kardiovaskular kita.
2) Ianya rendah lemak
3) Tiada bahan pewarna mahupun perasa tambahan
Susu kacang soya ini juga minuman terbaik sewaktu bersarapan dan pilihan terbaik untuk para ibu bagi memastikan keluarga mereka sentiasa menikmati makanan sihat dan hidup bahagia.
Baru-baru ini saya telah menerima jemputan dari F&N Seasons NutriSoy untuk sama-sama mempelajari beberapa menu sarapan pagi yang mudah untuk disediakan. Ok pastinya korang sudah tidak sabar nak mempelajarinya kan? Apa tunggu lagi jom lihat menu pertama iaitu Penkek F&N Seasons NutriSoy buatan sendiri bersama pisang dan buah badam. Tengok gambar pun sudah bisa merembes ailio korang kan? Resipi ini mudah sahaja, dan jomlah mencubanya 😉
Penkek F&N Seasons NutriSoy buatan sendiri bersama pisang dan buah badam
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil garam
1 cawan minyak biji anggur
2 cawan F&N Seasons NutriSoy
2 sudu kecil esen vanila
3 pisang, dihiris
1/2 cawan kepingan buah badam (dibakarkan)
Sirap maple
Kaedah:
1. Tapis tepung gandum, campurkan gula, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk besar.
2. Di dalam mangkuk yang lain, memukul minyak biji anggur, F&N Seasons NutriSoy dan esen vanilla sampai campuran menjadi sebati.
3. Panaskan kuali tidak melekat dengan api yang sederhana tinggi.
4. Tuangkan 1/3 cawan adunan di tengah-tengah kuali. Masak sehingga tepi penkek kelihatan kering dan gelembung udara mula membentuk berhampiran dengan tengah penkek.
5. Membalikkan dan masak sisi lain sehingga keemasan.
6. Keluarkan dari kuali dan letakkan di atas pinggan hidangan.
7. Ulangi sehingga baki adunan dihabiskan.
8. Menghidangkan penkek panas, bersama dengan kepingan pisang, buah badam bakar dan sirap maple.
Mufin pisang dan walnut bersama coklat buatan sendiri
250g tepung gandum
1 + 1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil serbuk soda
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
50g gula
50g gula perang
110g telur (2 telur)
200g mentega (dicairkan)
460g pisang (dilenyekkan)
Segenggam walnut (dicincangkan)
200g coklat (dark chocolate) dicairkan
Kaedah:
1. Panaskan ketuhar sehingga 180C.
2. Campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik, serbuk soda dan sedikit garam di dalam satu mangkuk besar.
3. Di dalam mangkuk yang sederhana, campurkan pisang yang dilenyek bersama dengan telur, mentega cair dan serbuk kayu manis. Campurkan bahan basah (pisang) dengan bahan-bahan kering sampai campuran jadi pekat. (Jangan campur adunan dengan terlalu banyak supaya adunan tidak terlalu. Adunan yang terlalu banyak bercampur akan menyebabkan mufin keras dan kenyal.)
4. Masukkan adunan mufin ke dalam acuan mufin dan taburkan sedikit walnut di atas.
5. Letakkan sedikit coklat cair atas aduan.
6. Bakar mufin di dalam ketuhar yang dipanaskan sebelum sepanjang 25 minit ataupun sampai masak.
Omelet cendawan dengan tomato panggang
Cendawan
150g cendawan, dicincang atau dihiris
1 sudu besar minyak
2 sudu besar mentega
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Sedikit pasli kering (secukup rasa)
Omelet
2 sudu besar mentega
4 telur, dipukul ringan
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Tomato
4 tomato, dipotong separuh
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Kaedah:
1. Panaskan ketuhar sehingga 180C.
2. Letakkan tomato di atas dulang pembakar, taburkan minyak zaitun, garam dan lada hitam. Membakar tomato di dalam ketuhar.
3. Panaskan minyak dan mentega di dalam kuali sehingga mentege berbuih. Tambahkan cendawan dan taburkan pasli kering, garam dan lada hitam. Menumis kira-kira 4-5 minit sehingga cendawan masak cukup. Pindahkan dari api dan letak sebelah.
4. Panaskan mentega di kuali yang lain. Apabila mentega panas, tambahkan telur dan masak untuk kira-kira 2 minutes.
5. Letakkan cendawan di tengah-tengah omelette.
6. Masak selama beberapa minit, melipat omelet dengan cendawan di tengah-tengah dan masak untuk 2 minit lagi.
7. Letakkan omelet di atas pinggan hidangan perlahan-lahan. Keluarkan tomato dari ketuhar, meletakkan bersama omelet dan sedikit cendawan yang ditinggalkan. Taburkan sedikit garam dan lada hitam diatasnya.
Balutan sarapan mil penuh dengan sayur-sayuran dan ayam panggang
2 keping dada ayam
Sedikit garam (secukup rasa)
Sedikit lada (secukup rasa)
1/2 sudu kecil sos Lea & Perrins
1/2 paket daun salad campuran
4 keping tortilla mil penuh
Sos salad mustard madu
2 sudu besar madu
1 sudu besar Dijon mustard
1 sudu besar jus lemon
1 cawan mayonis
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam (secukup rasa)
Sedikit lada hitam (secukup rasa)
Kaedah:
1. Memerap dada ayam dengan garam, lada hitam dan sos Lea & Perrins.
2. Letakkan ayam di atas kuali panggang dan memanggang sehingga kedua-dua belah masak, kira-kira 6-8 minit setiap belah. Rehatkan ayam dan memotongnya kepada kepingan.
3. Untuk sos salad, campurkan bahan-bahan di dalam mangkuk dan memukul sehingga bersebati.
4. Meletakkan sekeping tortilla di atas pinggan yang bersih, menyapu 1 sudu besar sos salad pada bahagian rendah tortilla. Letakkan 1/4 kepingan dada ayam dan diikuti dengan beberapa daun salad campuran. Taburkan sedikit lagi sos salad mustard madu di atas dan menggulungnya. Teruskan langkah ini dengan tortilla yang lebih. Hidangkan serta-merta.
Memang seronok dapat pengalaman berharga menyediakan sarapan kali ini, nak pula semua anak-anak memang suka makan menu sebegini. Selepas ini banyaklah menu yang mereka boleh nikmati setiap hari. TQ F&N Seasons NutriSoy. Dengan pengalaman tersebut saya rasakan amat mudah untuk menyediakan sarapan pagi kepada keluarga. Selama ini saya rasakan tiada masa untuk belajar memasak sarapan yang lain dari yang lain. Rupa-rupanya sangat senang dan cepat selain cara hidup sihat dengan F&N Seasons Nutrisoy, betul!! Anda patut mencubanya sendiri :). Dan yang paling mudah adalah cereals dimakan begitu sahaja dengan F&N Seasons Nutrisoy, emmm nyummmy
Nak belajar resipi sarapan bersama F&N Seasons NutriSoy? Layarilah dan LIKE Facebook F&N NutriSoy di http://www.facebook.com/NutriSoy.MY untuk mengetahui lebih banyak tips dan resipi!
Wah… Kelas ko Jah…
Memang event yang seronok, kan? 🙂
tgok pun dah seronok…hehehe
nampak sedap sangat muffin tu. terima kasih sebab kongsi resepinya. nanti boleh cuba..
bukan takat nak leleh ailio ambe ni…dah leleh dah ni..nak2 tgk muffin tu…kcau betullah..
argh….ailio tak nak berhenti…camne ni?
Subhanallah .. Bestnya Aju tengok muffin tu memang best mesti sedapkan. resepi tu ustazah nak cubalah
Muffin tu….macam dah kat dalam mulut je ni. Mmm yummmy . P/s:Tahniah Aju ….impian menjadikan fulltime blogger nampaknya dah tak jauh ni hihi 🙂
Resepi yang mengancam..hehehe, jenama yang tidak asing buat Malaysia.
ni memasak ke..sesi ambil gambar. haha..
Kalau macam ni panduannya, bukan mak2 je yang boleh buat sarapan..abah2 macam saya pun boleh nampak gayanya..
Assalamualaikum kak aju, wahh bestnya. sarapan semuanya mudah dan sihat. hehehe singgah menabung schick sini. hehehe~~~
waa bestnyer ajue..terasa lapo nengok pancake ngan omelet tu lahai…
gambo2 nyer semua mabeless….
nanti boleh la try buat …
boleh wt menu diet nih…
omelet dgn ayam panggang tu nampak sedap…
Menggoda betul tau. Especially muffin tu.
Hehe..terbaik lah aju..nanti leh bagi jiran2 rasa nih..hahaha
nyum..nyum sedap menjamu mata dari sini sahaja
wah, pengalaman yang best ni.
Sedapnya tengok menu2..
Nak kena salin resepi ni..heheee
TQ kak ;D