Salam Isnin semua!! Monday blues ke uols?? Tak sompeklah nak blues sangat pagi-pagi ni, jap lagi pukul 11 pagi ada meeting dengan retis, korang mampu? Hahaahaha besok saya story k. Tajuk kat atas tu nak cerita pasal catuan air ni. Selama 6 tahun bertapa kat rumah ni, inilah pertama kalinya air dicatu untuk tempoh yang lama. 3 hari je kot, lama ke? Pada saya lama, sebab kat rumah, kita dengan air memang member kamceng sangat sejak azali.
Nak nak solat, memasak, membasuh kain, mandi, kencing, berak. Bila air dicatu memang serba serbi tergendala. Tapi syukurlah sebab saya dah tadah air awal-awal lagi. Walau air tiada Jumaat tu, sempat lagi basuh kain guna mesin untuk 1 trip, 45 minit, lepas tu risau air cukup ke tak, dah kenapa kan? Berani ambil risiko macam tulah, berniaga macam itu jugalah kene berani, jadi jom jenguk ButikAlianajiha hehehe sempat pulak iklan kejap ;). Ha kat dalam jadual tu kata 2 hari kan, sebab mula tiada air pada Hari Jumaat. Jiran yang beritahu sebab balik kerja memang air dah menitik-nitik je walaupun buka dah besar pili tu.
Haaa mula menggelabah, syukurlah dah tadah awal2. Lega, tapi yang tak bestnya baju sekolah tak sempat nak basuh lagi. Saya ni kumpul baju sekolah putih rendam sama-sama dan baru menyental. Untuk baju hari Isnin-khamis sempatlah basuh. Yang Jumaat punya tu hold dulu, 3 helai jugalah. Baju sekolah kebangsaan dan sekolah agama Najwa dan Najiha. Relaks arr ingat Ahad ada air, rupanya sangkaan saya melecet. Entah kenapa Hari Ahad air ngakk muncul-muncul. Kok Syabas janjinya tak ditepati??. Waduh bikin panas aje hehehe, kata suka cabaran??
Itu cerita bab basuh kain, kita masuk bab memasak pula. Hmmm so kita gantung kuali selama 2 hari. Kasihan anak-anak makan nasi bungkus aje, maaflah ibu tak dapat nak masak sebab air tiada dengan alasan kukuh tak dapat nak basuh ikan atau ayam dan susah nak mencuci perkakasan memasak. Takpelah Hari Sabtu makan nasi bungkus, dan Ahad pergi kenduri officemate husband. Hmmm bertaburan dan berkeliaran mencari makanan kekdahnya bila air tiada.
Semalam kami pergi 2 kenduri, 1 di Bandar Seri Putra dan 1 lagi di Meru, Klang. Wah wah rezeki bergolek di kala air tiada, syukur ;). Alhamdulillah semalam jiran-jiran whatsapp katanya jam 1:12petang air mula memasuki tangki dengan perlahannya. Bolehla tadah air untuk 2 hari ini. Owh 2 hari tanpa air sungguh menggusarkan.
Layanlah gambar tu ye, itu kenduri kat Bdr Seri Putra, yang kat Meru tu tak sempat ambil gambar sebab tuan blog dah rasa belengas dan belemuihh satu badan, dari pagi sampai petang ke kenduri, jadi ketiak melekit, so tiada gambar untuk ditepek hahahah.
kemain jelita dia…apa petuanyer…
bestnyer makan lauk kenduri..door gift nyertu bestnyer…
Assalamualaikum kak aju, alhamdullilah. datang balik airnya. tempat sheila alhamdullilah takda masalah. tapi risau gak, sebab bulan depan sheila berpantang sini je. harap2 takda masalah air melanda. hehee kalau tak, terpaksa lari balik kampung mertua. hihiiii…
Sukanya baca coretan Aju..memang serba tak kenalah kalau air tak ada..mai datang umah ustazah air banyak.
heaven…x yah pening2 nak fikir masak..pi mkan kenduri je…lagipun xde air kan….SA pun rumah kena catu air…area kepong tgh mlm bawak ke pagi xde air…kul 9 pg sampai kul 10 mlm ada air…
memang susah kalau tak de air ni
Kat umah tu ada plak air…alhamdulillah…even kata kena catu start ahad tu.
Kalau buat pilihan antara elektrik dan air..saya akan pilih air..penting tu..hehe