Ok sebelum meneruskan entri ini.
Anda ada menghidapi sakit jantung?
Lemah semangat??
Atau tinggal bersendirian??
Atau berumur kurang dari 18 tahun??
Jika jawapannya tidak, anda dibenarkan untuk membaca entri ini tetapi jika jawapannya ye, anda juga boleh je baca entri ni sebab tiada gambar yang akan mengganggu emosi anda hheheehe. Sengal tak?
Ok ceritanya macam ni. Suatu petang jam 4 lebih macam tu, cleaner di pejabat ni sedang mencuci tandas, mop lantai, cuci sinki dan lap cermin sambil dalam hatinya menyanyi lagu Kris Dayanti, mana saya tahu? Saya agak-agak je hehehe. Ok sorry kita sambung semula.
Cleaner tu bersendirian dan itulah rutin harian beliau, iaitu memastikan tandas dalam keadaan bersih dan wangi untuk kegunaan staff di sini. Memang wajib dibersihkan setiap masa sebab ramai kan pengguna toilet ni, jadi haruslah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk diguna. Tiba-tiba matanya terpandang akan sepasang selipar yang berada di belakang pintu tandas yang sedang terbuka separuh. Biasalah fikirnya ada orang yang mungkin hendak keluar setelah selesai membuang hajat.
Emm takpelah dia fikir selepas orang tu keluar, dia nak mop lantai dan cuci mangkuk tandas tersebut. Sambil itu dia mengalihkan perhatian seketika untuk melakukan cucian di tempat lain dan kemudian perhatiannya difokuskan semula ke tandas berselipar tadi.
Alamak!!! Selipar tu sudah tiada dan bila ditolak pintu tandas tu tiada sesiapa pun di situ dan dia yakin dan amat pasti tiada sapa yang melintasinya sejak tadi.
Noktah!!!!!
Korang fikir apa??? Jeng jeng jeng….Selepas mendengar cerita makcik cleaner tu saya dan officemate semuanya takut nak ke tandas bersendirian. Sebelum ni ok aje ke tandas tak kira jam berapa pun, berseorangan pun, walau untuk tujuan apa sekalipun. Aduyaiii kali ini memang tak sedap hati langsung nak buang hajat, sebab terfikirkan hal tu. Nauuzubillah minta dijauhkan dari berselisih dengan ‘dia’. Ya Allah mintak jauhkanlah hendaknya.
Saya seram juga beb!! Bila masuk tandas tu ok je, bila dah buang hajat dan nak keluar ke sinki untuk basuh tangan tu, dia terbayang macam-macam, korang boleh bayangkan kan? Eiii meremang bulu tengkuk, orang kata kalau meremang tu maksudnya adalah kan? Jadi saya paksa bulu tengkuk saya jangan meremang, boleh???
ishkk seram plak nak pi toilet opis ni, dahlah sunyi je time tghari ni..
perkara macam ni..bukan sesuatu luar biasa…sebab itu baca doa sebelum masuk tandas dan pastikan kepala bertutup!
Haha..mungkin makcik tu saja buat cerita kot..supaya tak ramai orang pegi toilet dan kurang la sikit kerja dia..mungkin je la..tak berani jugak nak cakap lebih2..
SA punya opis ni berdepan ngan toilet…SA selalu balik lambat dari opis kan…pernah sekali tu sebelum balik SA memang yakin hanya SA sorang je..pas tu masuk toilet..tgh melepaskan hajat..tetiba dengar orang flush kat tandas sebelah…terus meremang bulu roma…sebab SA yakin sangat hanya SA sorang je kat opis…xde orang lain..sejak tu memang x berani nak tunggu lama2 kat opis dah kalau sensorang…
Nama pun tandas. Memang tempat jin berehat. Sekali sekala dia pun nak bergurau senda dengan manusia.. heheheh
Biasalah tuh. Dulu time sekolah kat tandas sekolah lah tempat paling angker. huhuhu ๐
Mana2 tandas or bangunan, memang depa ada …. kita memang perlu percaya ada makhluk Allah selain manusia yg menghuni di muka bumi ni. Dah beberapa kali juga kena usik … sekali tu akak siap ikut dia dari belakang lagi otw ke tandas sebab ingatkan dia kawan, rupanya menyamar jer…huu nasib baik tak tunjuk rupa sebenar ๐
Akk pun seram nak pi toilet sensorang dah skrg.
issh, kalau tak tahu memang tak rasa apa-apa..tp kalau dah tahu ada seram..memang tak berani nak pergi sorang-sorang.
Hisyyy kalau myra pun seriau kak.. mula terbayang macam2.. huhuu
Misteri nusantara ni…hehehe…
Buat berani jer aju. Lagi kita takut lagi benda tu suka.
ohh..tu selipar gua yang punya..