Sabtu lepas adalah Hari Pembukaan Zawara Wangsa Melawati. Sebagai agen dropship produk ni, memang patut saya ke sana sebagai tanda sokongan ;). Teringin juga nak buka butik Zawara tapi rasanya komitmen adalah sangat tinggi baik dari segi kewangan mahupun perhatian terhadap proses permulaan renovasi sehinggalah butik beroperasi sepenuhnya ;).
Memang tidak dinafikan sambutan terhadap produk Zawara adalah sangat baik sekali. Harga yang ditawarkan untuk selendang, dress, skirt, dan palazo adalah sangat berpatutan. Hari Sabtu saya dan anak-anak ke butik ini jam 11:15 pagi. Ramai nampaknya pelanggan yang menyerbu ke majlis pembukaan ini. Bestnya punya perniagaan sendiri, my dreams ni, bilalah akan jadi kenyataan ye? ;).
Suami? Kan setiap hari Sabtu suami saya bekerja, jadi saya dan anak-anak sahaja yang ke sini. Diorang ni riuh rendah juga dalam butik tu. Tercuit sana sini selepas tu bergaduh bercakar, tarik tudung semua. Sabar je saya tengok gelagat diorang, nak marah nanti orang adalah ramai, tegur dengan nada lembut ajelah hehe. Yang tak menahan diorang main sorok menyorok sebalik kain yang tersidai tu. Kalau melambaklah kain baju tu, haru dibuatnya. Sekali lagi saya menegur dengan nada baik sekali hihi. Tengoklah tu dalam fitting room pun nak diikutnya, sudah disuruh makan kuih kat luar pun tak mahu juga. Yelah mana pernah berenggang dengan ibu, kemana pun mesti ada ibu ;).
Selepas ke Butik Zawara, saya bawa anak-anak ke Giant. Bagi diorang main permainan free kat dalam Giant. Kasihan, cuti sekolah tak kemana-mana, abah terlalu sibuk. Kasihan abah..So sebagai nak memujuk anak-anak, bagilah diorang peluang bermain jap. Riuh rendah dalam Giant, makan tengahari kitaorang di foodcourt Giant depan play area tu je. Senang ibu memantau diorang.
Pertama kali juga saya masuk ke dalam pasaraya berempat dengan anak-anak. Saya tak yakin boleh handle diorang sendirian. Nampaknya Alhamdulillah saya boleh kawal diorang dengan baik. Diorang dah besar kan, jadi sudah boleh mendengar kata. Bukan apa saya risau Si Adam berlari dan menyorok tanpa sempat saya mengejarnya. Syukur sebelum itu saya sempat terangkan pada diorang, kalau masuk dalam Giant mesti ikut cakap ibu, bagus diorang memang patuh hehe.
Sempat juga belikan jam tangan buat Najwa dan Najiha. Sudah lama diorang nakkan jam ini, jadi bila lalu depan kedai jam, singgahlah kejap. Anak-anak nakkan jam digital dan pastinya dengan warna yang menarik seperti pink dan merah. Hmmm boleh tahan harganya setiap satu tu ;), janji korang kene belajar bersungguh-sungguh dan jaga jam ini sebaiknya ye.
Assalamualaikum kak aju, wahh bestnya. lawa2 bajunya. singgah menabung ford dan digi sini~~~
wah….bagus la …nanti aju update la product zawara ni…senang beli kat aju je…kan?
Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan semoga terus berjaya..
InsyaAllah turn akak akan menyusul.. ๐
Belajar dari owner Zawara tu ๐
Shopping sakan…hehehe,…
Tak berani lagi bawak bebudak tu tanpa abah dorang. Kalau kimi & qahirah ok lagi kot.
Lucu baca gelagat anak2.. Memang gitu la kanak2 bab menyorok kat baju yang berhanger tu kegemaran mereka
Isteri baru je beli tudung zawara ni
mesti tudung warna yang dia suka ๐ kan
oh jenama baru yer Zawara nih , 1st time dengar…mungkin wife PM pernah dengar kot…hehe
wah bukan main lagi mereka sukalah tu dapat barang baru
cantik2 gak tu baju dalam tu…boleh usha2 bawak fieza tgk nanti..hehe
kedai jam tu jugaklah kami beli jam anak2 kami..hohoho
ooo zawara ada kat melawati ek. senang la nak pegi nanti.
akk pi mana mana mmg dgn anak anak je aju. dah biasa berdikari.