Assalamualaikum semua!! Hari Karnival Sekolah Uolsss
Wahh hari yang penuh semangat dan keceriaan Hari Karnival Sekolah!! Isnin no blues ok, seronok apa permulaan hari ceria setelah 2 hari meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Jadi cintai dan sayangi apa jua aktiviti harian anda dan barulah anda akan lebih bersemangat dan tidak rasa bluesss gitewww!!!
Ok nak habaq tentang aktiviti anak-anak saya pada hari Karnival sekolah pada Sabtu lepas. Sekolah mereka mengadakan Hari Karnival Sekolah dengan diikuti aktiviti sukaneka dan hari kantin sekolah. Memang happening!!!
2/3 hari sebelum tu dah kecoh duk suruh beli kupon RM10 satu buku. Uikks 1 buku? Diorang ingat besor sangat nilai RM10 tu agaknya kan. Memang kecil pun nilainya, bukan apa harga barang sekarang dah mahal Cik Jah, bukan setakat makanan, aktiviti masuk rumah hantu je pun RM5 sekali masuk, hmmm pikirlah sendirik kan.
Diorang ni memang teringin sangat nak masuk rumah hantu, saya kata tak payahlah nak masuk rumah hantu tu, tunggu malam nanti kita buat kat rumah kita. Ibu korang ni naik hantu memang menakutkan sangaatttt!!! Ngeri sampai termimpi-mimpi hahahah.
Syukurlah diorang nak dengar cakap saya, saya habis idea dah nak memujuknya. Suami kan kerja jadi saya handle mereka sendirian hahaha. Itu je modal aku kan, nak menagih simpati pembaca kekekek.
Kami tiba di sekolah jam 7:30 pagi dan aktiviti dimulai dengan bersarapan dengan diorang bertiga. Saya beli mihun goreng dan sosej. Kongsilah berempat, lagipun pagi-pagi tak berapa selera nak makan, beli sikit dulu, kalau tak cukup beli lagi, lagipun banyak gerai yang menjual makanan.
Takdelah susah mana nak beratur, sebab Najwa tu dah besar, saya bagi arahan, menggelupur dia beli makanan hehehe. Dalam hati rasa sayu sebab anak-anak dah besar, kita pula semakin dekat denganNya isk isk isk.
Seronok uols!!! Seronok sebab kita rasa sesama parents dan guru amat rapat sangat. Bebudak pula kita boleh tengok kegembiraan diorang masa tu. Nasihat saya, kalau sekolah anak-anak anda ada aktiviti macam ni, luangkanlah masa dengan mereka.
Mereka akan rasa sangat dihargai dengan adanya kita di samping mereka. Duit bukan segalanya tapi berbelanja berpada-padalah kan, biar kene dengan cara dan gayanya.
Owh ye, selepas bersarapan, acara sukaneka bermula. Anak saya, Najiha menyertai aktiviti lari berhalangan. Waktu tu Najiha tak berapa sihat sebab demam.
Tapi digagahi jua untuk sertai acara tu walaupun dah beberapa kali saya bertanya tentang keupayaan dia nak melompat tu. Najiha kata, najiha boleh bu, takpe Najiha boleh lari. Lagilah saya tak sabar-sabar nak tengok Najiha beraksi, pilu taw hati ni, dannn yang paling menggembirakan kumpulan Najiha dapat no 2!!!!!!
Tahniah sayang ibu!!! Ibu ingat badan gebu macam Najiha tak kuat nak berlari, tapi sangkaan ibu meleset, Najiha dah pun buktikannya!!! Ibu bangga dengan Najiha sayang!!!
Tapi sejurus habis berlari, Najiha mula lembik dan dah tak larat lagi, kesian sangat tengok keadaan beliau dan waktu tu jam menunjukkan pukul 10 pagi. Saya pujuk Najiha selepas acara penyampaian hadiah kita balik ye. Ok, angguknya. Sempat juga diorang bertiga ni masuk mini zoo dan tiket adalah RM4 seorang.
Hmm diorang bertiga je masuk ke dalam zoo tu, saya hanya tunggu di luar, dalam hati diam-diam je sebab kupon tak cukup hahaha. Padahal kitaorang dah tukar RM40 kupon tu taw, hmmm betul tak cakap saya? Duit sekarang ni macam kecil aje nilainya kan, belanja itu dan ini sekejap je habis.
Selepas Najiha menerima hadiahnya, Najwa dan Adam masih belum puas nak main permainan kat situ. Tapi saya berjaya pujuk diorang untuk balik sebab Najiha semakin tak larat dah nak berjalan. Mata dia layu je, korang bayangkan kita yang dewasa ni kalau demam tu dah macam hape je kan, inikan pula bebudak.
Alhamdulillah semua bersetuju nak balik ke rumah dan Najiha saya pimpin perlahan-lahan ke tempat letak kereta. Masuk je dalam kereta terus Najiha baring dan tidur lena!!!! Kesiannya anak ibu!!! Tak sabar ibu nak balik rumah, mandikan Najiha, bagi makan nasi dan ubat.
Pakaikan stokin dan tidurkan dia dengan selesa!!! Alhamdulillah kami semua terbongkang tidur dengan lenanya selepas makan dan mandi, mana taknya keluar rumah pagi-pagi, kepenatan dan dapat pulak makan tengahari nasi bungkus perghhh terbaiklah lenanya kitorang petang Sabtu tu heheheh.
dah ada aktiviti kat sekolah yer…sekolah anak ema belum lagi…mesyuarat AJK PIBG pun belum lagi….
Seronoknya… tertunggu jugak bila sekolah .anak aku nak buat hari Kantin ni
sesekali attend program anak2 memag seronok kan…
Assalamualaikum kak aju, bestnya hari karnival! rindu zaman sekolah. tukar rm40 pun tak cukup kan kak aju… duit sekeping rm50 tu sekejap je dah makin mengecil nilainya. sabar banyak naaa~~~
tunggu juga sekolah anak saya buat karnival macam ni..
saya kena tunggu 2 ke 3 tahun lagi kot heee
layan karenah anak memang seronok kan sis aju ๐
Cikgunya mesti penat yang amat sangat bila buat program begini..masa meniaga seronok bagai..bila balik macam nak tercabut kaki rasanya
Kesian Najiha..demam la pulak ye..apa2 hal pun acik ucapkan tahniah sebab Najiha berjaya dapat pingat tempat ke-2.. ๐
Semasa dibangku sekolah dahulu aktif mengambil bahagian didalam sukan neka. Naik sekolah menengah langsung tidak acara yang masuk sebab ada lagi yang hebat-hebat. Sekarang ini memberikan sokongan kepada anak-anak sahajalah. ๐
Tahniah Najiha ๐
Kak, eskrem ke yg coklat atas tu? mcm sedap je ๐
Waa happening sungguh..kemain seronok la dierang berkarnival siap najihs menang hadiah lg yer…
Seronoknya! ๐
Sekolah anak saya belum start apa apa lagi…
17/5 baru nak Hari Sukan. Aktiviti charity drive tatau bila.
ok la jugak jun baru rm40. akk ni 2 kali ganda jun. tak bagi kesian. tak bagi dok merayu situ la. rimas dengan pujuk rayu terbang la rm.
Mcm2 ada.
Meriahnya. Tunggu skolah kimi buat karnival mcm ni plak โบ