Hmmm Salam Selasa semua, hahha beberapa hari lepas blog dibiarkan tanpa entri terbaru, memang terbaik punyalah relaks tu ye. Jadi malas pulak nak update dengan entri terkini, hmmm urat malas dah berselirat sana sini haishhh!!! Eeemm baguslah hari ini boleh update entri jalan-jalan cari makan daripada jalan-jalan cari pasal kan, hahaha dah ke lain nanti tu.
Hari ini saya nak bawa korang ke tempat makan favorite kami, eh kami ke? Hahaha padahal saya je kot yang suka makan santai kat sini. Bebudak tu pulak kalau dah dapat makan tempat best memang diorang request nak datang situ sebab teringatkan air longan yang crunchy tu ;).
De Chiengmai Thai Seafood Restaurant
No 95, Jalan Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, SelangorJalan Kusta Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Contact Info 03 – 61401870, 03 – 61563225, (fax) 03 – 61402953
Kedai makan kali ini terletak di Sungai Buloh berdekatan dengan jalan menghala ke hospital Sungai Buloh. Dalam setahun tu adalah 2/3 kali je makan kat sini, tak bolehlah selalu, botak kepala abahnya nak membayar nanti hahaha.
Sesekali takpe sebab kalau makan selalu pun diet saya yang lari, sekarang ni pun dah rasa bambamnya, huhuhu risaunya!!! Nak diet, tapi selera makan kuat, dah acaner tu??? Pening memikirnya ;).
Kebiasaannya, menu wojinbulghunnah yang kitorang order adalah air longan, tomyam yang sememangnya killer menu kat sini, butter prawn, ikan siakap, dan semestinya sayur kegemaran saya iaitu asparagus, dan tak lupa telur dadar untuk anak-anak. Nasi pula 5 cawan dan lihatlah bekasnya tu unik kan, nasi ni dikukus agaknya, saya tak tanya pula, dapat aje terus ngapppp!!!
Semestinya mulakan dengan bismillah. Saya seronok dengan suasana dan makan di sini sebab anak-anak akan duduk di tempat masing-masing dan menikmati makanan mereka, maksudnya behave ;). Emm bolehla ibu dan abahnya makan dengan tenang dan aman, takde nak bergaduh nak suruh duduk dan makan dengan sopan, baguslah seronok ibunya.
Nasi dalam cawan tu kelihatan macam tak cukup aje pada permulaannya, tetapi nampaknya bila dah makan segala lauk dan sayur, emm kenyangnya Alhamdulillah. Hmm biasalah kalau lapar semua nak banyak dan lebih aje kan, padahal cukup aje pun. Bagus-bagus jangan membazir, bukankah membazir itu amalan syaitan, lagi tidak berpahala. Jadi jangan membazir ye
Sesekali dapat makan di luar bersama keluarga adalah sangat menggembirakan sebab bagilah reward kat anak-anak sebab asyik duduk rumah aje kan. Nak buat macamana dah abahnya begitu kerjanya, tapi abah dapat belanja kita makan oklah kan anak-anak, abah kerja cari duit untuk kita semua kan, jadi sila jangan bising kalau abah balik lambat, asyik pikir kerja aje so takpe next time kita ajak abah shopping pulaklah hahahha.
assalamualaikum Aju…wah..makan busarrrrr….x pernah pi sini lagi..nanti nak ajak cik abe SA makan kat sini la…hehehehe…dapat bonus ari tu x banje dia makan lagi…
sedapnya tomyammm
Sedapnya tgk tom yam tu.
Ada PR HOTEL rekomen makan kat sini sebab dia kata tomyam kat sini adalah terbaik….. tengok tempat selesa je……boleh terjah la next time
Aku yang duduk dekat ni pun jarang nak terjah ke sana… Nampaknya next Jalan-Jalan cari makan kena ke sinilah gamaknya..
menarik… cantik pemandangan kat sini ๐ tenang…
kenyang perut suka ati la katakan…
Alamak… terliurnya
tak pernah lagi makan di sungai buloh…sebab jauh dengan rumah. melayan sekali sekala makan diluar memang seronoklah.
Terliur tengok longan n asparagus tu …biasa kalu pakej gini ada kailan je kat sini
saya suka telur dadar…itulah makanan yang sedap dan mudah pula nak buat!
Huwaaaa kak, nanges tengok butter prawn tu…
sedapnyaaaa ๐
Menu2 lain pun menggoncang perutku ha ๐
tengok namanya dah tahu mahal tempat ni, tapi yg penting sedap ya tak..
asal dapat makan luar kita tak masak itu kira best
bab makan memang best kalau lama duduk rumah macam suri seminggu tak keluar rumah ok lagi kalau 2 minggu haru gak…
kena take note nih mana tahu terbabas kesini
oh tom yam ๐
mcm menarik je nasik tu..
harus cba kalau ada masa ke sana.hihi
tenkiu akak berkongsi
Salam,
Jemput ke Warung kami Ayam Penyet Mar di Kampung Melayu Sg. Buloh.
Rasai keenakkan puyuh penyet, keli, talapia, bawal, kembung dan ayam penyet yg di perap dgn rempah giling,
terasa rempah hingga ke tulang. Sotong dan udang penyet kami menggunakan tepung tempura yg terbaik.
http://ayampenyetmar.blogspot.com/