Kem kepimpinan sekolah Najwa

20140408-074709.jpg
Gmbr dari FB sekolah
20140408-073907.jpg
Gmbr dari FB Sekolah

Sabtu lepas Najwa menghadiri Kem Kepimpinan di sekolahnya dan Aktiviti tersebut bermula jam 7:30 pagi sehingga 2:30 petang. Bila anak ke sekolah di waktu cuti ni memang kasihan menengoknya tapi sudah begitu aktivitinya kan, saya sokong aje. Lama betul rasanya nak menunggu Najwa habis kem tersebut, biarpun menunggu di rumah dengan Najiha dan Adam tapi tak lengkap keriuhan di rumah kalau tak cukup geng berkelahi tu ;). Naluri seorang ibu begitulah kekdahnya, bila berjauhan rinduan, bila dekat bercakaran kekeke. Bebudak ni tinggal berdua pun macam sekampung riuhnya. Najiha memang kuat mengusik orang, geram aje dengan dia ni.

Sementara itu di rumah, saya dan bebudak tu melayan kartun, mengemas rumah, kata air tiada kan, jadi cuti memasak jugalah. Terpaksa juga keluar rumah beli nasi bungkus untuk bekalan dari pagi hingga tengahari. Malas nak keluar 2/3 kali. Wah penuh orang kat kedai tu hehe, memasing cuti memasak ni rupanya ;). Oklah ada geng takla rasa segan sangat, amboi penyegan sangatlah saya ni kan heheh.

20140408-073919.jpg
Berlarian kekdahnya
20140408-073925.jpg
Berapa pusingan dah ni

Oklah bila jam tunjuk pukul 2 petang terus saya pecut pergi sekolah. Rindu kot kat Najwa, sunyi juga tak dengar suaranya walau sekejap. Bila saya sampai di sekolah parents lain tak sampai lagi. Hmmm saya orang kedua selepas pak guard sekolah tu. Oklah kan senang nak parking sebab depan sekolah tu sempit benor jalannya, berselisih kenderaan tu boleh nampak orang dalam kereta sebelah heheh.

20140408-074439.jpg
Mushroom tu dia!!!!!
20140408-074448.jpg
Boleh buat soup ni

 Korang tau ajelah, namapun budak. Dia punya seronok dapat tempat luas macam tu punya berlari dia. Ketawa kuat sampai menggeletek sesama diorang. Allah korang ni kan, di mana-mana aje sama aje peel nya. Hmm biarlah dah resam dia cenggitu kan, marah pun buat sakit tekak aje, jadi jangan marah, tekak pun tak sakit huhuhu. Tetiba sambil mata saya melihat kebersihan sekolah ni, nampak pula pokok cendawan. Wah diorang ni jarang dapat tengok pokok tu. Saya pun panggi diorang tengok sama. Wahh excited diorang ni, dah tu ditunjal-tunjalnya cendawan tu. Alahhh korang ni sukahati je kan, sib bek cendawan je, ibu boleh sabar lagi.

20140408-074545.jpg
Kejar dia
20140408-074631.jpg
Goli den

Nampak pula ulat gonggok hitam ni. Wahh Adam kemain lagi seronok. Minta saya carikan kayu. Nak tunjal jugak dia kat ulat tu, saya dah kata jangan usik ulat tu. Budak, biasalah lagi kita larang lagi dia nak buat. Ulat tu tak tentu arah dibuatnya, saya kata biarkan ulat tu, dia nak balik rumah, ibu dia tunggu kat umah tu, nanti risau ibu dan abah dia. Barulah Adam tersentap kejap, dan biarkan si ulat berlalu pergi, Hehehhe menjadi taktik. Hmmm rasa macam mini zoo pun ada sekolah ni hehehe.

Bila jam menunjukkan 2.50 petang, Najwa pun dah bersurai. Bebudak ni nampak kakaknya macam setahun dah tak berjumpa, korang ni drama sangat taw!!! Siap peluk-peluk dan jerit nama lagik hehehe. Seronok dapat luangkan masa bersama dan lihat anak-anak membesar depan mata kita. Wahh giteww…

7 thoughts on “Kem kepimpinan sekolah Najwa”

  1. Ulat gonggok memang banyak kat rumah aku.. anak aku pun dah biasa.. siap boleh angkat pakai tangan lagi… Aku nak usik pun seram..

  2. penolong ketua kelas best saya dulu pernh gak pegang jawatan tu dua tahun tingkatan 4 dan 6 tapi mana ada kurus cam budak sekarang ni aduh…duh…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: