Alhamdulillah rezeki
Saya baru sahaja mendaftar dan menyertai 80 days drink Yeo’s to cash contest ini pada 25 April, beberapa hari yang lepas. Kebetulan suami beli 1 pek yang mempunyai 6 kotak tetra pek 250ml sempena meraikan Hari Lahir Najiha pada 23 April. Syukur rezeki kan, tak siapa yang tahu kalau kita tak mencubanya. Join suka-suka je sebab kebetulan ada contest dan kebetulan pula suami beli air minuman Yeos. Hehehe berbulu je suami saya sebab dia yang keluar belanja saya yang dapat hadiahnya. Oklah oklah bang nanti aju belanja ok heheheh.
Saya hantar penyertaan 6 kotak sekaligus pada 26 dan 27 April, syukur ada rezeki menang RM3,000 eh, RM100 hahaha. Oklah modal pun beberapa hengget je kan, dapat pulangan berganda. Tq Allah. Pada anda yang nak join sama, mudah aje caranya, sila baca langkah-langkah di bawah ini ye. Mudah sangat macam makan ABC kacang. Masih ada masa lagi nak join kerana contest ini akan berakhir pada 31 Mei 2014.
Langkah 1:
Beli mana-mana minuman Yeo’s, Justea atau SoyRich dibawah dengan Kod Peraduan pada pek minuman atau boleh menggunakan nombor resit rasmi yang bercetak bagi produk minuman Yeo’s, Justea atau Soyrich yang tidak mempunyai Kod Peraduan.
Tetra Pak 250ml ,
Tetra Pak1L ,
botol PET 350ml,
botol PET 500ml atau
botol PET 1.5L
Langkah 2:
Sertai Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas Kod QR pada pek atau menambah ID WeChat : YeosMalaysia
Langkah 3:
Hantarkan Kod Peraduan dan lampirkan gambar kepada Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia sebagai bukti pembelian. Terdapat 2 cara untuk menghantar Kod Peraduan: –
1. Menggunakan nombor resit rasmi sebagai Kod Peraduan bagi sebarang produk minuman Yeo’s Justea atau Soyrich yang tidak mempunyai cetakan Kod Peraduan atau;
2. Kod Peraduan yang dicetak pada produk minuman Yeo’s Justea atau Soyrich
Gambar yang dihantar hendaklah memenuhi kriteria berikut: –
a) Bagi minuman Yeo’s tanpa Kod Peraduan
– gambar mestilah jelas menunjukkan kuantiti minuman Yeo’s yang dibeli dan juga nombor resit rasmi. Resit yang berlipat tidak diterima.
b) Bagi minuman Yeo’s yang mempunyai Kod Peraduan
– gambar mestilah jelas menunjukkan kod produk Yeo’s yang telah digunakan iaitu: – Tetra Pak 250ml : Penyedut minuman dimasukkan dalam produk ataupun pek dilipat. Tetra Pak 1L : Tarik dan penutup mesti dibuka atau dilipat.
Botol PET : Penutup botol mesti dibuka dan diletakkan sebelah botol tersebut.
Langkah 4:
Jika penyertaan anda berjaya, peserta akan dimaklumkan oleh pihak WeChat Yeo’s Malaysia dengan hyperlink untuk melihat iklan komersial Yeo’s melalui Youtube.
Langkah 5:
Jawab soalan yang mudah berkaitan dengan Yeo’s. Penganjur boleh mengubah soalan dalam tempoh peraduan pada bila-bila masa.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan Kod Peraduan yang berlainan. Setiap Kod Peraduan hanya untuk satu penyertaan sahaja bermakna 1 minuman Yeo’s untuk 1 penyertaan peraduan.
Tahniah Aju.. Dah selalu hantar tapi tak de tuah lagi.. Semoga ada rezeki di hujung nanti
tahniah…kita pn menang rm100 gk awal apr aritu….rezeki antar 1 kotak je..tgh tgu cek
Assalamualaikum kak aju. alhamdullilah kak. murah rezeki akak. hehee selalu nampak menang2 hadiah gempak camni. bestnya. tumpang gembira. singgah menabung inti dan darlie sini~~~
Tahniah Aju….bestnya menang kan…
tahniah aju.
wah tahniah jun…lepas duit minyak kereta
Tahniah kak Aju.. rezeki kan siapa sangka..
Myra belum ada rezeki nak menang
Dah berpuluh kotak, dah berhari2 join ha… heheee
Wah tahniah. Tak rugi kalau rajin mencuba kan. Nanti belanja ye.
tahniah!!!
Allah beri rezeki…
Wah,wah,wah ….sekarang juga akak gi beli Yeo’s tu hihi. Tahniah Aju,rezeki mencurah-curah
Tahniah aju.
tahniah aju! mana tahu lepas ni ada peluang menang wang lebih besar =)
p.s – kalau tak silap, tuan Denaihati ada tawarkan sesuatu kalau blogger menang wang tunai..ce aju risik2 timeline denaihati network =)
Hehe..seronok lah kan..tahniah aju..huhu