Tahukah anda bahawa pengambilan sarapan di waktu pagi adalah sangat penting? Kita perlu mengambil sarapan kerana ia membekalkan anda tenaga segera untuk sel-sel otak ‘menjalankan tugas’ dan berhubung dengan baik pada waktu pagi. Malah, ia juga mengelakkan tubuh badan anda menjadi lesu.
Amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan kita di dalam kelas mahupun di tempat kerja. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya akan memastikan anak-anak mendapat sarapan yang seimbang pada setiap pagi. Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu kita dalam mengamalkan pemakanan diet seimbang.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi menu sarapan pagi yang mudah untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Seperti yang saya pelajari pada sesi demo masakan “Breakfast Love” F&N Seasons NutriSoy, soya mengandungi khasiat yang tinggi, iaitu:-
1. Dengan pengambilan F&N Seasons NutriSoy, dapat mengurangkan rasa lapar di waktu pagi dan membantu untuk fokus.
2. Kandungan protein membantu membina tisu badan
3. Ianya tiada kolesterol
4. Rendah lemak
5. Tiada perasa mahupun pewarna tambahan
Ok jom saya kongsikan resepi untuk menu sarapan pagi kami sekeluarga. Menu kali ini sangat mudah iaitu roti sardin gulung.
Resepi Roti Sardin Gulung
Bahan
Roti
Sardin
Tepung gandum
Telur
1. Pertama sekali, anda letakkan sardin di atas roti seperti dalam gambar di atas.
2. Kemudian gulungkan roti tersebut mengikut kreativiti dan penting ianya mesti kemas
3. Kemudian tepung tadi dicampur bersama telur dan dikacau sehingga sebati. Tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair, just nice
4. Celupkan roti sardin gulung tadi ke dalam campuran telur dan tepung seperti di dalam gambar
5. Sambil itu anda boleh panaskan kuali dan apabila minyak dah panas bolehla gorengkan roti gulung tadi dengan api sederhana.
6. Bila dah nampak ianya kuning keemasan bolehlah ianya diangkat dan diletakkan ke atas pinggan untuk dihidang
7. Jangan lupa hidangkan bersama air F&N Seasons NutriSoy bagi memastikan setiap ahli keluarga mendapat khasiat kacang soya yang sebenar
Selain menikmati F&N Seasons NutriSoy dengan bijirin sarapan pagi, ia juga boleh dinikmati bersama dengan mee goreng, sandwich ataupun roti bakar berkaya. Emm penuh berkhasiat dan menyihatkan dan sedap kan? nyummy!!! Jadi jangan lupa memberikan makanan yang terbaik dan berkhasiat untuk keluarga anda, makanan berkhasiat, keluarga ceria, hidup sempurna!!!
Nak belajar resipi sarapan bersama F&N Seasons NutriSoy? Layarilah dan LIKE Facebook F&N NutriSoy di http://www.facebook.com/NutriSoy.MY untuk mengetahui lebih banyak tips dan resipi!
wow..sedapnya 🙂
ini favvy SA dan family ni…lama dah x buat….sedapnyaaa…..separuh orang dia gorengkan dulu sardin tu kan..mcm SA x pun…sebab dah tentu2 lepas tu nak di goreng kan…
wahhhhhhhhh
akk pun curi2 masa buat macam nie
sesekali layan anak2 best kan
kalau buat x padan sikit2 uhuhu
miss aju
tq sudi singgah blog akk 😉
Baru je draft entry sarapan pagi.. huhuhu . Memang pecah selera, seeedappp 🙂
Sedapnya. Dah lama tak buat sardin roll.
kami suka juga tapi dia pula kurang berminat uh
apa bila pagi datang semua benda nak isi lagu ni le saya hee
ya..nampak senang je nak buat!..terima kasih kerana berkongsikan perkara ini.
Saya memang suka makan roti inti sardin. Teringat zaman kat U dahulu petang-petang beli roti sardin ni untuk dimakan petang. Sanga sedap.
mudah caranya…bolehlah buat nanti..
Assalamualaikum kak aju, wallah.. breakfast dengan sheila sekarang memang takleh dipisahkan. lambat makan sket, meragam baby menendang umi dia. hihiiii… singgah menabung nissan sini~~~
Woww!! menarik..
Boleh dapat idea untuk berbuka satgi..heheee
Terliur Khai tgk picture tu.. boleh cuba ni sbb nampak simple jer caranya..
maklumlah org xpandai masak.. hehe
Simpke tp mengenyangkan.
Dulu saya rajin buat roti sardin gulung. Dah lama tak buat.
Tengok post ni naik pulak semangat nak buat balik. hehehe