Air owh air
Sesiapa yang merasai pengalaman air dicatu sahaja yang memahami perasaan dan hati ini. Susah kan bila air tiada. Nak memasak, mandi, basuh kain, buang air dan macam-macam lagi kerja berkaitan dengan penggunaan air. Saya sangat berharap dan berdoa agar catuan air ini ditamatkan hujung bulan ni. Janganlah berterusan sampai raya, kasihanlah kami semua.
Kebiasaannya hujung minggu sahajalah saya berpeluang memasak untuk keluarga. Hari bekerja saya tapau aje senang lagipun takde air ni malas nak kotorkan kuali dan pinggan, hehe selalu weekdays memang saya tak masak pun ;). Selalunya saya siap memasak menu makanan kami pada jam 9/10 pagi. Tapi hari ini jam 9:30 pagi pun belum mula memasak lagi. Sementara menunggu kedatangan air jam 10 pagi, saya menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu, potong-potong dan ketepikan dulu.
Bila dengar air masuk je jam 10 pagi tu, saya buka air paip, ya ampunn keruhnya air. Takpe buka dulu paip sehinggalah air kelihatan jernih. Kemudian mesin kain baju semua, kene 2 kali trip ni, maklumlah 2 hari punya baju untuk 5 orang hamba Allah dalam rumah ni. Sementara dah jalankan mesin basuh, masak nasi, dan kemudian barulah masak kari ikan merah. Hmmm dah lama tak makan kari, rindduu ammahhhh!!!! hehehe
Siap masak kari je, Adam dah menjerit dari depan. Ibu! Ibu masak mee meggi ke? Ishhh malu aihh jiran dengar, mak korang masak meggi je? hehehe.. Takla masak kari ikan, jawab saya. Kotlah jiran tu dengar, hahaha apa motipnya ibu ko ni. Saya bagi Adam rasa kuahnya, amboihhh dia punya memuji seronok hati saya mendengarnya!!! Hilang penat segala, terus saya ambil nasi, letak lauk kari ikan, dan suap anak-anak makan, dan waktu tu jam menunjukkan jam 11:15 pagi. Emmm senang bagi diorang makan awal-awal, sebab senang saya nak sental baju sekolah dan basuh bilik air pulak lepas tu.
Hmmm puashati saya, bilik air bersih, baju sekolah dah disental dan tinggal nak dinila sahaja. Saya suka letak nila pekat-pekat, takdelah nampak kotor macam belacan baju putih diorang ni. Dan begitulah rutin sebagai seorang mak-mak ni. Bila dah siap semua kerja rumah rehat dan lepak bersama anak-anak sambil nonton TV. Happy weekend uols!!!
as-salam
akak, saya dtg singgah ni sbb bau kari menusuk hidung. hihihi..
betul tu, xda air mmg menguji mental dan fizikal..
rumah saya pon xda air ni. tapi kira tepat juga la kan kata pukul 10 pagi ada air, terus ada ye..
rmh saya katanya petang esok baru ada air.
mula xda pagi kemarin.huhu
Stress jadinya kalau x de air kan. Nasib la rumah akk ada je air.
Itu la. Banyak kepentingan air ni kan…
memang susah kalau takde air ni
Assalamualaikum kak aju.. bersabar banyak je pasal catuan air kan.. in shaa Alllah, doa banyak2 semoga tangki air sentiasa penuh lepas ni. heeee terliur tengok kari ikan tu. hihi singgah menabung inti sini~~~
catuan pula dihari minggu memang menyusahkan…rumah ema yang ada air hari-hari pun membasuh sampai dua trip..ini baru 4 beranak je..
Alhamdulillah tak terlibat dgn catuan air..tp rumah sama berkecah macam kena catu juga. .heheh
Dengar desas desus hari Rabu ni berakhir catuan. Mudah-mudahan betul la desas desus itu.
Memang leceh klo tak der air.
Sedapnya tgk kari tu.