Salam hujung minggu semua!!!
So hari ini menu kami sekeluarga ialah udang goreng kunyit dan sotong masak sambal. Anak-anak saya memang sukakan masakan ibu dan saya pasti semua anak-anak pun sukakan masakan emak masing-masing kan. Air tangan tu yang merapatkan hubungan sekeluarga. Hari Sabtu memang hari memasak sebab suami saya bekerja. Kalau tidak malas pula nak keluar makan tanpa suami di sisi. Bukan apa nak handle anak-anak seorang diri bukan mudah kan, tapi kalau pergi shopping boleh pula kan hahaha.
Konsep masakan hujung minggu adalah simple dan main campak-campak aje. Janji ada lauk dan sayur sudah cukup menyelerakan. Biasa saya akan masak lauk berkuah lemak contohnya petola masak lemak putih, ayam masak kurma atau ikan kari. Tapi kali ni nak kurangkan penggunaan santan tu yang goreng-goreng aje, tapi yang penting kurangkan kuantiti minyak tu.
Saya mula masak nasi dan lauk jam 8:00 pagi untuk sarapan merangkap makan tengahari dan makan malam. Cukup jemu duduk di dapur lama-lama ni. Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan kan, basuh baju, sidai kain dan lipat baju. Jadi mengambil langkah mudah dan cepat, masak sekali tapi untuk makan berkali-kali, hehe bagus kan. Jimat masa dan tenaga, unless tak cukup lauk malam nanti, goreng telur dadar jawabnya.
Senang sahaja masakan untuk kali ini, emm menyelerakan udang goreng kunyit tu tau. Kali ni saya tambah sayur brokoli dan lada benggala. Tapi sayur-sayuran tu goreng sekejap aje, baru crunchy masa makan tu. Krup krap krup krap, warna pun memainkan peranan penting untuk menarik minat anak-anak makan. Minat saya ni tak perlu pun sebab selera aje makannya, bebudak ni pula bab makan sayur jenuh nak pujuk. So dengan cara ni moga diorang berselera nak makan sayuran berkhasiat ni. Oklah adios, lambat update blog, masa ni mesti korang sedang bermalas-malasan kan.
sedapnya lah kak. tapi tadi saya makan pun sodap gak.. ikan geli goreng.. heheh
Hari ni tetap mak mertua juga yang masak lagi kerana hantar kek dan ada program di sekolah..mengancam betul udang tu aju..
Butterprawn ada masak?hehe..sedap tuh..:D
Anak aju makan sayur ke…anak aku…nampak sayur macam nampak apa je…geram..
dua2 makanan favourite saya tapi udang la yang paling pantang jumpa sekali..hihi