Aiskrim buatan anak-anak

Wahh sekejapan je masa berlalu kan, hari ini dah hari Sabtu, dah cuti dan macam itulah putaran masa setiap hari. Minggu lepas saya ke Daiso @ Aeon Setiawangsa. Ingat saje nak tengok-tengok barang kat situ, dari tengok ingat tak terbeli? Kata harga barang semua RM5 kan jadi wajiblah rembat seketul dua, yeke seketul dua? 😉

Saya hanya bawa Najwa je masuk ke dalam kedai, yang lain semua ikut abahnya makan di KFC. Tak payahlah ikut ramai-ramai nanti apa yang saya nak tak dibeli, banyak yang anak-anak punya barang je nanti. Bila masuk dalam Daiso, wah rambang juga mata ni, saya tak sempat nak snap gambar sebab malas boleh? Eh dah nama blogger kenelah snap gambar, emm takpelah tetiba tangan rasa berat benor nak snap gambar, alah bukan apa ramai orang kat situ, saya segan.. Eleh auta sangat hahahah.

Oklah, bila dah dapat barang saya, Najwa kata, Ibu nak beli ni, nak buat aiskrim, nanti tak payahlah kita nak beli aiskrim lagi. Ni lagi sorang auta haha, oklah boleh aje, ibu no hal, kalau bab cenggini ibu suka sebab Najwa kalau kata macam tu, memang dia akan buat, adik-adik tengok and nanti diorang follow je. Bagus-bagus jimat duit tak payah beli aiskrim kat kedai, eleh jimat sangatlah kan hehe.

20140516-054427.jpg

20140516-054433.jpg

Sampai je rumah, semua semangat nak bancuh air sebab nak buat aiskrim. Kalau korang tengok aiskrim ni ada 4 ketul kan. Sebenarnya diorang buat, 2 perasa sarsi, 2 lagi milo, alah pakai milo kotak aje, tak payah bancuh bagai. Sebab dalam fridge memang ada stok air soya, milo, fresh milk. Wahh macam best je bunyinya kan. Bijak juga bebudak ni, yang penting tak kacau ibu dia heheh. Semua dah boleh Do It Yourself kan, bagus-bagus. Lagi satu hal, bila dah simpan air tu dalam freezer, duk kerja buka tutup pintu peti ais tengok dah keras ke belum. Aisshhh menguji keimanan betul bebudak ni, kejap kang Najwa jenguk, Najiha pula, pastu Adam. Ehh korang ni kan, siap diorang cakap peti ais rosaklah ibu sebab aiskrim tak keras-keras hahaha. Sabor je

BACA  Ingatkan nak ke JALAN TAR, tapi.....

Saya bagitau, korang kene tunggu 1 hari, nanti baru dia keras, kalau kerjanya buka tutup memanglah penat nak tunggu. Oklah fine. Jadi bila dah balik sekolah, masing-masing serbu petiais..wWahhh dah keraslah aiskrim ni, amboihh eksited ko!! Hahaha maknya pun sama gaklah seronok. So bila keras macam ni, rendam dulu bekas tu dengan air, dan tarik keluar aiskrim tu pelan-pelan.

20140516-080419.jpg

20140516-080426.jpg

Tengok tu balik sekolah aje dah serbu peti ais kan, tak sempat tukar baju pun. Hmm puashati diorang dapat makan aiskrim buatan sendiri. Bagus sebenarnya sebab menguji kreativiti dan tahap pemikiran diorang ini di samping menguji kesabaran ibunya kekekekek. Apapun ibu seronok anak-anak ibu boleh diharap dan boleh berdikari. Tahniah sayang-sayang ibu semua.

13 thoughts on “Aiskrim buatan anak-anak”

  1. Tentu ibu rasa seronok bila anak-anak dah pandai buat Aiskrim sendiri. . Tak payah lagi nak bersusah payah beli aiskrim dekat kedai. ..

  2. dekat tempat saya ada daiso tapi tak nampak pula dia jual benda alah ini.barnag dekat sana selalu murah dan berbaloikan..

  3. Anak-anak skrg bole la makan aiskrim acuan moden2 sket ni..hehe…tapi saya masih terbayang aiskrim mesia dlm plastik tu.mengimbau kenangan lama sungguh!:-)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: