November 26, 2020

Aktiviti menginai jemari anak anak

Aktiviti menginai jemari anak anak | Anak korang suka pakai inai? Anak-anak saya suka sangat, kalah pengantin. Asal lalu depan kedai jual jamu, diorang dah tau mesti ada jual inai.

Sebab diorang pernah ikut ibu beli inai kat sini. Biasa saya beli yang tiub tu aje, tapi memang itu je pun yang dijual di situ ;). Satu tiub ni rm5, oklah boleh pakai berkali-kali pada budak bertiga ni.

20140518-155239.jpg
Ni tangan Najiha

Kalau dulu diorang suka nak pakai di kuku sahaja, bila saya bagitau, nanti cikgu marah pakai inai ni. Tapi takde, nak jugak pakai. Berguling-guling nak pakai inai, makin dipujuk makin ligat bergulin. hehe padahal tak berguling pun, ibu saja nak sedapkan cerita.

Hmmm tak kuasa nak bingit di telinga ni, saya pakaikan aje. Sekarang ni bukan setakat di kuku, tapi dah melarat ke tangan dan jemari semua. Saya bukanlah berseni orangnya, belasah aje lukis-lukis atas tangan, itupun diorang rasa dah cantik sangatlah kan. Hehe redha je diorang.

20140518-155250.jpg
Ni tangan Najwa

Tapi kali ini saya dapat idea nak tiru contoh inai yang ada di laman web. Google aje, macam-macam corak lukisan inai yang ada. Saya pilih yang nampak mudah dan simple coraknya.

Nampak aje mudah tapi susah tau kalau tangan keras kejung macam tangan saya ni. Najiha dan Najwa seronok sangat!! Bukan mudah ibu nak melayan permintaan mereka, setakat inai kat kuku anytime pun boleh, bab melukis ni malas benar kot haha. Takpe saya cubalah.

Hahaha tengok tu bolehla kan, inipun dah sangat menggembirakan anak-anak perempuan saya ni. Rasa hebat sangat ibu diaorang ni ;), ibu adalah insan paling kreatif dan boleh jadi magician kan, apa je yang tak boleh? Mesti para ibu akan sediakannya mengikut permintaan anak-anak.

Insha Allah selagi permintaan tu tak memudaratkan, ibu akan menunaikannya. Owh ye kalaulah korang tetiba nak khidmat menginai ni, saya ok aje, korang komen je kat sini, harga boleh runding, kira harga kengkawan dahlah kekekeke.

20140518-155315.jpg
Adam pun nak tu hehehe

Taraaa!!! Dah siap aktiviti menginai bersama anak-anak, hmmm  saya tunjuk gambar ni kat group whatsapp adik beradik saya, anak-anak buah saya semua dah request nak makcik dia lukiskan inai raya nanti, boleh aje anak-anak buahku, jika itu yang menggembirakan kamu, apa saja untukmu hehehhe. Cheet poodah

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

14 thoughts on “Aktiviti menginai jemari anak anak

  1. SA masa kecik2 suka la bab inai2 ni..asal balik kg je cari inai daun..siap giling lagi tuh…hehehe..tp kegilaan tu x turun kat anak dara..x tau la kenapa

  2. dah lama tak buat last masa kawin hee..tu 12 orang anak sedara kembang setaman inikan makcu nayer hee..pasni giliran saya pula inaikan emreka heee

  3. Pandainya… aku suka inai kat jari tapi kat sini tak jumpa tempat jual inai tiub ni.. :(.. nak buat sendiri malas padahal pokok inai ada je kat belakan rumah tu

  4. anak ema pun suka pakai ina..tapi laranglah juga takut cikgu marah..baru terima whatsapp dari kawan tangan kena potong gara-gara pakai inai jenama Party Mehndi Red Cone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: