Entri ini sekadar titipan ibu untuk tatapan anak-anak ibu nanti.
Hari Selasa lepas, seperti rutin normal saya pulang kerja dan memang kebiasaannya juga petang itu hujan turun dengan lebat. Tetapi kali ini jem teruk dan akibatkan saya tersekat dalam kesesakan dan tiba lewat di rumah pengasuh.
Waktu itu jam dah pukul 7:15 malam. Saya dari luar memberi salam ke rumah pengasuh. Dan memang menjadi keseronokan buat saya apabila anak-anak menyahut salam dan berlari menerkam ke arah saya. Tapi petang itu salam saya 2 kali tidak bersahut.
Hujan kot, diorang kat dalam rumah tu tak dengar. Takpelah saya masukkan semua beg baju dan beg-beg sekolah ke dalam kereta terlebih dahulu. Najwa dari dalam rumah menjerit, Ibu!!! Kepala Najiha berdarah!! Banyak!!
Jantung saya laju, Ya Allah kenapa?? Waktu tu Najiha tak kelihatan, rupanya baru lepas dimandikan oleh mak (panggilan kepada pengasuh). Saya lihat kepalanya berdarah, rambutnya basah dengan darah. Jantung saya macam nak gugur. Ya Allah kenapa ni? Najiha jatuh dalam bas!! Jawab Najwa.
Kenapa teruk sangat jatuhnya??! Najwa kata Pakcik bas brek kuat!! Owh dalam hati saya, mesti brek mengejut ni. Takpelah mak, saya nak bawa Najiha ke klinik. Cepat-cepat maknya sarungkan baju Najiha.
Kedengaran suara pakcik bas di luar rumah mak. Haa tadi Najiha kepala luka berdarah gara-gara jatuh. saya tak dengar tadi, tau-tau je dah berdarah. Tapi nasib baiklah takde besi kat situ. Nasib baik????
Nasib baik apa kalau kepalanya dah berdarah macam tu?? Saya diam, memang diam tanpa sepatah kata pun. Terus saya bawa anak-anak masuk kereta dan meluru ke klinik.
Setiba di klinik, takde patient, dalam hati saya terdetik dah waktu maghrib kan dan jam menunjukkan 7:30 malam. Bila Nurse tanya kenapa ni dik? Luka jatuh bas, kata saya. Najiha terus dibawa oleh Nurse ke bilik rawatan dan lukanya dibersihkan.
Menitis airmata Najiha kesakitan tapi dia tak meraung atau menjerit. Saya terus menangis!! Menangis sedih lihat keadaan Najiha, geram dengan pakcik bas dan semua perasaan saya bercampur baur.
Saya memang macam ni sejak kecil, saya amat sensitif, dan mudah sangat menangis. Begitulah naluri seorang wanita yang penuh dengan sifat keibuan. Biarlah orang nak kata saya ni bintang air mata dan suka menangis, itulah saya dan saya tak malu pun.
Lukanya dah kering kata Nurse. Mana taknya Najwa cerita yang selepas Najiha jatuh, pakcik bas hantar yang lain-lain pulang ke rumah dulu. Selepas tu barulah Najiha dan Najwa dihantar pulang ke rumah. Yang saya kesal kenapa pakcik tu tak maklumkan saya? Kalaulah berlaku sesuatu yang tak diingini macamana?
Bila nurse dah siap bersihkan luka, doktor datang dan memeriksa luka Najiha. Owhh lukanya agak dalam. Kene 1 jahitan ye dik. Najiha terkejut dan minta simpati dan pertolongan dari saya supaya dia tidak dijahit oleh doktor.
Takpe sikit je Najiha, Najiha kuat kan? Doktor pun sama memujuk sambil jarum bius dihala ke tempat luka. Menggigil badan Najiha terkejut dan kesakitan, tetapi saya bangga sebab Najiha kuat sehinggalah proses jahitan dan pembersihan luka siap sepenuhnya. Syabas Najiha.
Selesai mengambil ubat, kami semua pulang ke rumah. Saya menunaikan solat dan siapkan anak-anak untuk makan malam. Nasi bungkus seperti kebiasaannya dan Najiha minta izin saya untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
Rajinnya, sakit-sakit pun masih fikirkan kerja sekolahnya. Owh takpelah Najiha kan dah dapat MC 3 hari, so rehat dulu ye. Saya pun nampaknya bercuti jugalah, tak mengapa anak-anak lebih penting dari segalanya.
Tentang pakcik bas tu pula, suami maklumkan yang dia dah menelefon pakcik tu. Berkali-kali dia minta maaf dan dia ingatkan takde apa-apa waktu kejadian tu, tak sangka cedera di kepala. Alahai pakcik ni, banyak alasan kan.
Ini dah kali kedua Najiha jatuh dalam bas tapi kali pertama tu tak cedera, cuma sakit di kepala sebab terhentak di tangga bas. Dan pasti saya risaukan akan keselamatan anak-anak saya. Dan suami suarakan rasa tak puashati.
Dan pakcik tu berjanji lepas ni dia akan pastikan najiha duduk di belakangnya, di tempat duduk belakang pemandu. Itu katanyalah, takpe lepas ni saya akan telefon dan pastikan dia tunaikan janji dan lebih utamakan keselamatan semua anak-anak dalam bas tu.
Saya dan suami tidaklah sampai tahap untuk mengambil tindakan terhadap pakcik tersebut. cuma peringatan terhadapnya supaya mengutamakan faktor keselamatan semua anak-anak dalam bas tersebut.
Kanak-kanak ni kalau tak sentiasa diingatkan mereka pasti leka dan terlupa apatah lagi di waktu umur begini mereka memang seronok bermain kan. Jadi harapan saya semoga pakcik dan pembantunya tu lebih prihatin keselamatan penumpang dan nyawa semua anak-anak sekolah ini.
Semoga entri kepala luka berdarah gara-gara terjatuh dalam bas ni jadi pengajaran buat kita.
Moga lukannya cepat sembuh..
Ya Allah kak… siannya… saya yg baca entry ni pun turut bergenang air mata… bab2 anak ni kita ibu2 ni mmg sensitif kan…
aduh..ciannya dia..bui baca pun rasa sebak..huhu
moga2 Najiha cepat2 sembuh
Ya!Allah…sakit tu…sy pun mempunyai pengalaman anak terkepit tangan van sekolah. Tapi nasib baik dah dekat sekolah dan pihak sekolah call bgtau kejadian sbnr dan bawk anak pi klinik terus.
Memang kita selalu pesan kat anak2…hati2 selalu tapi yelah..malang tak berbau kan….
terkadang dah pesan terjadi juga,kuasa Allahkan
waduh cemas di buatnya huhu..selalu anak aju duduk kt dalam bas ceruk mana? kalau duduk kat tangga bas memag bahaya.tapi tak kira pun anak duduk mana kalu pemandu bawa bas tak berkemah mmg jadi kes beginilah. tak minta ganti rugi apa2 pada dia?
bersabar ibu ayah mana tak risau kalau sis aju cuti saya rasa tak salah pun hee..memag ia amat memerluka sangat.harap lepas ini anak anak cepat sembuh dan kembali sihat ya 😉
Ade beberapa org yg meng contest nih yg sy knal…seng je syarat die kan kak
Alamak akak slh komen entry la…huhuhu
Ngerinye sy tgk luka najiha.. sepatutnya bila bwk budak skola pkcik tuh kne lebih alert…melibatkan nyawa tau…sy lak yg geram
Meh aku ketuk sikit kepala pakcik bas tum..suka ati je…luka kepala jgn main main…darah beku ke hapa ke…
Emm kecuaian pemandu bas lah ni..adoii la..memang mereman gak bulu roma ni..siapa tak sayang anak kan?semoga cepat sembuh yer dik,…
tu dia. merah berdarahhh..
Alangkah anak kena gigit semut pun… Kita dah rasa semacam.. Ini kan pula sampai berdarah.. Bahagian kepala pulak tu.. Memang hancur hati ibu..
Adehhh!! sakitnya tengok.. kesian Najiha..
Ya! allah aju, seriau tgk luka najiha tu. Bergenang gak baca ni. Sian najiha.
Aduhai kesiannya. Ngeri pulak tgk. Moga cepat sembuh ye.