Alhamdulillah Jahitan kepala sudah dibuka.
Kelmarin sudah genap seminggu kejadian kepala Najiha dijahit akibat terjatuh dalam bas sekolah. Doktor dah ingatkan saya supaya datang ke klinik selepas seminggu untuk dibuka jahitan kepala. Satu jahitan je, syukur dah kering dan elok aje keadaannya.
Dan rambut yang digunting di sekeliling luka tu pun sudah tumbuh semula sedikit demi sedikit ;). Awal-awal tu Doktor pesan jangan basahkan kepala atau lebih jelas jangan kenakan air pada luka selama 3 hari.
Selepas 3 hari luka semakin kering dan tidak lupa saya berikan ubat tahan sakit dan antibiotik juga krim sapu.
Budak-budak ni kan cepat lupa yang diorang sakit kan, saya tengok bukan main aktif je sehari selepas kepala berjahit. Hahah itu amat menggembirakan saya kerana ianya menunjukkan yang Najiha betul-betul sihat dan tiada perkara serius yang membimbangkan saya.
Alhamdulillah. Waktu nurse nak buka jahitan tu, katanya kesan jahitan dah kering dan luka pun sudah pulih sebaiknya. Hmmm tiba masa untuk digunting dan tarik benang keluar. Bila nurse tekan-tekan Najiha senyap, tak sakitlah maknanya kan.
Dan bila gunting kecil dihalakan ke kepala Najiha, Najiha pun mula kata isk isk isk…Sakit agaknya, ngilu kaki saya. Takpe tahan sikit ye, Najiha kuat kan.
Rupanya rambut yang tersepit digunting dan itu yang membuatkan Najiha sedikit sakit. Dan bila benang dapat dipotong, terus nurse tarik benang perlahan-lahan, dan dah selesai ;). Syukur ya Allah bila jahitan kepala sudah dibuka.
Dugaan kecil buat kami sekeluarga, moga kita semua dilindungi Allah dan sentiasa mendapat rahmatNya. Namun ujian yang dihadapi mereka di luar sana lebih hebat lagi kan. Beberapa hari ni terbaca di beberapa blog tentang kehilangan anak yang sangat disayangi, betul anak-anak ini kunang-kunang syurga dan dipinjamkan sementara kepada kita.
Tanggungjawab kita menjaga dan membentuk mereka mengikut acuan sebaiknya. Saya amat terkesan dengan ketabahan mereka yang dipilih Allah untuk mendapat ujian sebegini, mereka sangat-sangat sabar dan redha dengan ujian Allah. Saya juga punya kunang-kunang syurga yang menanti kami di sana.
Semoga kami semua dapat bertemunya, tunggu ibu, abah dan adik-adikmu ye sayang ibu. Sesungguhnya ibu rindu kamu, terlalu mendalam, masih segar lagi diingatan ibu saat mengandungkan kamu, biar sempat 5 bulan kamu berada dalam rahim ibu.
Memang betul kadangkala kerenah anak-anak yang bermacam-macam membuatkan kita emosi dan amarah, tapi bila lihat saat mereka tidur atau sakit, semua rasa emosi itu hilang. Macam itu juga saat kita dibesarkan dulu kan, sekarang kita rasa bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita dahulu.
Kepada pakcik bas sekolah anak-anak saya ni, kami masih baik dan hubungan masih seperti dahulu. Kalau jumpa di tepi jalan masih lagi bertegur dan angkat tangan tanda bersapa. Tapi dalam hati Tuhan aje yang tahu hehe, bukanlah berdendam tapi sedikit sebanyak mesti ada rasa tak puashati kan. Saya sentiasa berdoa semoga tiada apa yang tidak baik berlaku selepas ini, ameenn..
Alhamdulillah. ..budak2 ni semangatnya lagi kuat drpd kita yg dah tua ni
muda ok jiwa mudah heee.anak-anak memang selalu begitu asal sembuh deras lupa apa berlaku sehari dua tu
Alhamdulillah…lepas ni hati2 yer dik…pegang kerusi tu kuat2 bila naik itu kenderaan pakcik ekk..
Alhamdulillah…semoga cepat sembuh
aduhai..camana leh jatuh dari bas nih..
tulah encik titan kena buat temuduga dekat tukang bawa budak sekolah tu
besarkan anak bukan satu perkara yang mudahkan. belajar dan terus belajar.
Saya pun ada pengalaman yg sama masa kecil dulu, tapi tak jatuh la, saya lari dan terlanggar bucu dinding 4 segi. Dahi kena jahit 2-3 jahitan ja kot. Apapun bekasnya nampaksebab kt dahi, kalau belakang kepala dilindung rambut tak nampak sangat.
wah ngerinya tengok…teringat masa jahit luka kat siku masa xsiden dulu
Alhmadulillah satu jer jahit dikepalanya….budak2 kan..memang sekejap jer lupa sakitnya…
Alhamdulillah kejap je dah baiknya. Moga tak berulang lagi
InsyaAllah..harap tak berulang lagi lah..hehe
Alhamdulillah anak akak dh ok…sy tgk seriau je
Adehhh, myra plak rasa ngilu…
Moga pakcin Van akan lebih berhati2 supaya tak berulang lagi
Bebudak biasalah aju. Sakitnya kejap jer. Pastu melasak balik. Alhamdulillah najiha dah sembuh,
teruk jugak yee..hmm..eee bab-bab darah ni saya fobia
Alhamdulillah dah baik