Ok cerita ini beberapa minggu lepas lagi sebelum kejadian Najiha terjatuh dalam bas.
Saja petang Ahad tu selepas Abah pulang dari kerja, kami dibawa untuk makan malam di restauran yang terletak di tepi MRR2 sebelum susur keluar ke UIA/ Tol Gombak. Ahad pun abah terpaksa kerja kerana nak siapkan unit mock up di Shah Alam, kasihan abah dan kami. Tak dapat nak luangkan masa bersama-sama di hujung minggu. Jadi abah kata, jomlah kita pergi makan kat luar, sekadar nak ambil angin luar rumah, walaupun tahu udara di KL ni bukannya bersih mana, penuh dengan asap kenderaan kan. Hmmmm sesak nafas sekejap.
Suami tanya pendapat saya nak makan mana? Ikut abanglah kata saya. Pompuan memang cenggitu, takde idea tapi bila suami bawa makan di gerai tepi jalan, moncong panjang berdepa-depa, tadi kata ikut abang kan? hahahah. Taklah, sebab saya dah fikirkan mana lokasi kami petang itu. Saya teringin nak makan di restoran Kunang-Kunang di tepi MRR2, tapi rupanya restoran tu sudah tutup dan berganti dengan restoran Sukhumvit Garden. Ini alamatnya ye, kotlah kalau korang tetiba lalu kat sini kan,
SUKHUMVIT GARDEN RESTAURANT 5730, JALAN LINGKARAN TENGAH 2, 68100 GOMBAKย
Ok tak mengapa kalau tak cuba tak tahu kan. Disebabkan waktu tengahari tu saya dah masak gulai udang, sayur campur dan telur dadar, jadi petang tu saya dan anak-anak makan ringan-ringan sahaja. Saya kata nak diet kan, jadi tengok sikit menu diet sangat tu hehehe. Berat saya sekarang 63kg, jadi sasaran saya adalah nak turun kepada 58kg, 5kg more to lose. Macam susah aje haha.
Ringan pun tak ringan manalah ye uols menu yang kami order ni. Kue teow goreng, nasi goreng thai, french fries, pulut mangga, lai chi kang, ABC dan keropok lekor. Hamboihhh kata diet dan nak makan ringan aje, hmmm bila buka buku menu dari ringan bertukar menjadi berat haha. Nasi goreng dia tu sedap sangat tau, tapi maaf saya tak ingat nama dia, sebab macam pelik sikit nama menu tu, tapi rasanya marvellous. Restoran ni kebanyakan menunya adalah masakan Thailand, dan pantai timur. Emmm sedap bedooh ko..Lepas makan memang tersandar kekenyangan habaq hang…
Memilih konsep santai, jadinya anak-anak pun prefer tempat duduk yang bersila macam di rumah ni. Tak banyak bangsal yang bersila yang disediakan di sini, jadi konsep dia siapa cepat dia dapat. Nak duduk di kerusi boleh, nak bersila boleh, baring je tak boleh ye, nak baring-baring sila balik ke rumah sendiri ye ;). Makan sambil bersila, anak-anak boleh bangun berdiri sesuka hati memang seronok. Anak saya memang begitu, tak reti nak duduk diam macam anak orang lain, segan juga tapi bebudak macam itulah peelnya, janji diorang nak makan kan. Kalau tidak kita juga risau diorang sakit perut ke hapa, lega masing-masing dah pandai suap sendiri jadi ibunya makan dengan aman sekali :).
Seronok makan sambil bersila ni, rasa macam sopan sangat, tapi bila dah bersila lama-lama mulalah kaki rasa kebas kan. Hehehe sambil makan sambil buat senaman jari kaki. Saya ingatkan saya seorang je kebas kaki, rupanya diorang ni lagi teruk dari saya, tengoklah kaki masing-masing kat bawah meja ni hahahah. Semua dah melunjur ye, ibu je yang masih control cun di situ ;).
V
V
V
V
V
V
V
Tempat menarik untuk diterjah..
sedap pulut mangga tu…dlu restoran ni nama kunang2..now dh tukar management kot
Patutla..memang perangai perempuan macam ni kot..cakap ikut abang..tapi sampai kat kedai makan tak nak turun kereta..oooo tahu dah la..haha
Macam selesa tempat dia,
Tempat yang eklusif dan open air untuk keluarga bersantai bersama.
Bestnya dapat bawa anak-anak jalan-jalan sambil cari makanan… Makanan pun boleh tahan.. Nampak sedap-sedap belaka… Sekali rasa 4-5 kali nak lagi… ๐
Kunang2 dah tutup…alahai…banyak memory kat situ…x per la kan…kalau sedap boleh jer singgah cuba…lama x makan kat area situ…
Diet yer ajue…
Kalo saya diet kalo nengok mknn gini mau ku telan semua mmg hbs semua diet biler nengok pulut mangga tu…fav lizz tu…teringat pi hstnyai pulut mangga kat sana sedap sungguh…*trlan ailio
Main langgar-langgar kaki… Jarang weh dapat makan duduk atas lantai macam nie tapi ada meja ๐
Tgk gambar pun tau sedap..nak jugakkkk kakkk
Wah menarik! Macam-macam ada ๐
Uhhh penat sangat adik tu..kekenyangan gamaknya..hehe..
Memang kalau bersila lelama kebas kaki ha.. klau myra sure melunjur jugak..heheee
Koaw teow goreng tu nmpak menarik ๐
Pulut mangga tu…sedapnya.
memang tak boleh duduk lama kalau makan meja kaki kena bersila…kejap adalah yang menjulur kakinya..nampak macam sedap…pulut mangga tu sedap aju? suami suka sangat pulut mangga ni.
Namanya mcm restoren Siam tapi hidangnya biasa2 weh. Btw, ABC tu nampak menggoda sangat.
pulut mangga tu FEVERET!!!!
ibu-ibu haruslah kontrol machoo..haha..
Ni kira menu makan petang je la kan…. kalau dinner mesti ada ikan siakap tiga rasa betul tak…. hehheehe
selesanya tempat dia…memang syioook bawak famili