Warung Bunian Sungai Merab memang best.
Ahaa berjumpa lagi kita di siaran Jalan Jalan Cari Makan aummmm!!! Macamana? Ada yang dah pergi ke lokasi JJCM yang saya kongsikan di entri sebelum ini?
Kalau sudah, macamana makanannya ok tak? Kalau belum pergi lagi takpe, agak-agak nak pergi nanti korang boleh ajak saya sekali tawww!! Hehehe merasalah orang nak belanja makan muahahaha.
Warung Bunian Sungai Merab
Ok kali ini kita menerjah lagi tempat makan sedap yang seterusnya. Pernah dengar restoran bunian atau tapak sulaiman? Unik kan nama dia, terus rasa seram pulak nak terjah kedai makan ni.
Yelah dengar namanya pun dah menyeramkan, terbayang cerita mistik dolu-dolu yang singgah makan di kedai makan waktu malam. Tetiba mee bertukar jadi cacing, lauk pauk pun jadi daun kering dan sebagainya. Ok yang ini tak bertukar ok, nama aje bunian, tapi makanannya mak aihh sedap!!!
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN,
DESA PUTRA, SG MERAB
43000 KAJANG SELANGOR.
No Tel (H/P) : 017 3812246 – Juliza/ Alang
Restoran ni pernah muncul di Slot JJCM TV3 ye, tapi tahun bila tu tak pasti pulaklah, janji sedap ;)!!. Sebelum datang makan, sila book dulu ok!! Kalau tidak korang pasti menyesal lapan ploh kali.
Kerana pelanggan yang datang adalah tersangat ramai, full house ok. Tengok restoran ni, sempoi aje, emmm tapi makanannya super duper marvellous, ok korang pasti tak sabar nak lihat gambar makanan kan. Ha nahhhh amik kau!!
MENU HARIAN Warung Bunian Sungai Merab
~MON/THU
GULAI KETAM-IKAN KICAP-AYAM GRG DAN SAYUR
~TUE
.GULAI UDG GALAH-SAMBL AYAM-IKAN GRG N SAYUR
~WED
.GULAI AYAM [K]-SAMBL UDG-SAMBL TERUNG-IKN MASN GRG
~SAT
“Salah 1 Menu di atas..”
FRI & SUN
Sarapan sahaja
Menu ni semua dalam set ye, setiap hari menu adalah berbeza. Tu sebab korang kene SMS @ call diorang sebelum terjah. Jadi kalau tetiba tekak manja tu teringin nak makan ketam, so datanglah hari Isnin atau khamis, tetiba nak makan udang pulak, datanglah hari yang berkenaan.
Kalau tak kisah menu apa, macam saya ni, tolak batu kayu aje, ha bolehla datang hari-hari hehehehe. Hari cuti tu pulak sarapan aje, diorang pun nak rehat juga, berpeluh ketiak masak hari-hari kan, jadi wajiblah ada hari cuti nak merehatkan anggota badan.
Semua menu pun sedap
Hmmm inilah menu pilihan hati ini. Ya ampuuunnn terbahek sangat!! Hari ini ada yang belanja makan, nama dirahsiakan kerana khuatir ada yang minta dibelanja lagi muahahahah.
Kedai ni sempoi giler ko, rasa suasana kampung sangat, dan suasana macam ni memang tak dapat kat mana-mana kan. Menu hari itu ialah udang galah sambal, terung goreng, ulam sambal belacan, ikan masin dan ayam kampung masak lemak cili api!!! Nyummmy!!! Puashati sangat kekdahnya.
Sambal belacan ni pun sedap, ini yang membuka selera makan, termasuk ikan masin ni. Pendek kata korang tak menyesallah makan kat sini, mula-mula nampak macam tak cukup aje lauk dan nasi ni, bila dah makan tu cukup aje siap berlebih lagi, terus ketat pinggang seluar ni hahaha.
Lauk tu bila dah tinggal seketul dua, mulalah orang ni tolak kat orang tu, orang tu tolak kat orang nun, last-last saya juga mengabihkannya. Semualah tu, konspirasi nak menghancuskan diet sayalah tu kan.
Burrpppp Alhamdulillah kenyang, terima kasih pada rakan yang belanja tu, bolehla datang lagi selepas ini dengan keluarga pulak. Suami saya pun duk tanya bila kita nak makan kat sini, boleh bang.
Nanti kita pergi ye, nak minum Ephyra jap ni, bagi lemak ni cair dulu ;). Owh total harga makanan adalah RM101.00 untuk 7 orang ye, berbaloi kan, oklah bye.
Selamat menerjah Warung Bunian Sungai Merab untuk korang yang pernah datang ke sini lagi.
pernah try ketam die je..yang lain belum pernah test lagi…tapi sedap gile…
tengok sayur terung dah rasa berkecur air liur!
kalau maklum kat suami..sah-sah dipilih hari isnin dan selasa ni..sebab ada ketam.
Ala akak…alaaaaaa….tgk pun dh terliur…..akak.me.g tau sje bg sy jeles…
presentation yg menarik kak.. terliur tgok makanan2 tu.. omnomnom
ya allah….sabar jer la Aju oiiii…..x leh tahan tgok udang galah tuh…dah la SA craving udang galah ha….sambal belacan tu pun menggoda kalbu…adehhhh
gua tak suka terung.
tak cedap.
Saya rasa rumah makan dikampung macam ini lebih sedap dibandingkan restaurant kat bandar
Alamak..terung tu..cicah sama budu..memang terangkat….
Alahai tengok udang tu terus meleleh air liur …. tap,tap,tap haaa :). Eh sekali tengok muka orang yang seronok dapat makan tu, sebijik pula muka kawan akak. Tapi nama dia Jaliza,bukan Junaidah …hihi
Sedapnya. Lapar balik perut ni. Ntah bilalah bley terjah ni. Tak jauh dah dari umah.
amboi sodap ni ..emmm.. nampak menyelerakan