Restoran Selera Rimba, Sabak Bernam terbaik! Hai semua Dah makan ke? Kalau belum jomlah join kami lunch kat Restoran Selera Rimba Sabak Bernam. ehh susah benar nak update blog sekarang kan? Nak update tapi masa mencemburuilah uols.
Bukan apa, minggu lepas dan minggu ini adalah minggu peperiksaan anak-anak. Jadi maknya memang di larang memegang handphone untuk beberapa ketika. Sesekali menjenguk handphone juga jika ada order dari pelanggan di ButikAlianajiha.
Follow husband ride superbike
Rajin pula update entri Jalan-jalan Cari Makan ye. Nak bercerita tentang makanan memang mudah, tak perlu nak perah otak sangat cari idea, bab makan memang saya lajuuu ajee hahaa. Terima kasih kat suami tersayang sebab sudi ajak saya naik motornya tu, walaupun tak selalu sebab saya pun takutkan kelajuan atas kenderaan bertayar dua ini.
Kali terakhir menaiki motor bersama adalah pada bulan November 2013 ketika menikmati ikan patin Temerloh yang femes itu, terlepas cerita tu? takpe klik sahaja link tu ye.
Kalau suami ajak naik motor, wajib ikut tau, kotlah kalau kita menolak dan dia ajak orang lain naik bersamanya, eiii saya bakor motor dia nanti, nauuzubillah…Selalunya suami berkonvoi dengan kawan-kawannya, jadi saya segan nak ikut, segan sangat. Tetapi kali ini kami berdua sahaja, jadi saya adalah sangat tidak segan haha.
Mana kami ride kali ni?
Suami tanya ke mana destinasi kita? Saya teringin benar nak makan udang galah kat Lebai Chondong, Kuala Rompin tapi katanya jauh, alahhhhh jadi pergi yang dekat aje. Oklaahhhh (Nada macam cerita Frozen, ok byeee)
Anak-anak? Diorang ke sekolah dan Adam di rumah pengasuh hehe, bagilah peluang kat ibu dan abah berdua-duaan kan. Jadi permulaan destinasi kami ini adalah bermula dari rumah ke Awana Genting turun ke Batang Kali dan kami bersarapan di sini. Perjalanan diteruskan pula ke Selera Rimba, Sabak Bernam dan makan tengahari pula ye uols, wahhh panas hahaha.
Kali kedua kami ke Restoran Selera Rimba
Ini adalah kali kedua kami makan di Selera Rimba, kali pertama dulu dengan anak-anak dan kali ini dating berdua ;). Tempat ini terkenal dengan menu makanan eksotik yang halal ye, kalau nak makan biawak atau ular memang takde kat sini ye eii geli.
En Hamka bin Jaafar
RESTORAN SELERA RIMBA
Kampung Belia 2, Jalan Sungai Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor
Tel : 016 3160344/ 013 3543724
Apa menarik kat sini?
Restoran ni pernah ditayangkan di Jalan-jalan Cari Makan TV3 dan suratkhabar kosmo. Memang kira fofular jugalah tempat ni. Ramai geng motorbikers yang singgah di sini dan ada diabadikan di ruangan galeri mereka. Korang pernah makan landak?
Ha bagi yang belum pernah mencubanya, daging landak ni sangat lembut dan sedap. Menu yang kami pilih adalah daging landak rendang, daging rusa black pepper, ikan baung gulai tempoyak, ayam hutan goreng berempah dan ulam-ulaman.
Emmpphhhh sedappp sangatt!!! Meleleh ailio korang tu, sila lap dengan kain ok. Kalau kita bayangkan rupa sebenar landak, adalah sangat tak teruja nak makan.
Tapi bila ianya terhidang depan mata, masak rendang pulak tu, hilang terus rupa dia yang berduri tajam tu hahaha. So saya dah zoom rupa daging landak, begini ye sila ingati dan bayangkan kesedapannya hehe.
Harga makanan pun ok
Jumlah harga hidangan untuk kali ini ialah RM166 dan sebenarnya hidangan ini sesuai untuk hidangan 4 orang sebab kami berdua pun jenuh nak mengabihkannya, rasa full sangat dan risau juga kalau tertidur kekenyangan atas motor nanti ;).
So perlahan-lahan kami menghabiskan lauk tu semua dan pelan-pelan urut perut supaya ada ruang untuk tidak membazir, bukankan membazir itu amalan syaitan lagi tidak berpahala?!
Masakan kat sini memang terbaik sangat tau!! Semua sedap sangat, cukup serba serbi rasa dia, nak pula ikan baung masak gulai tempoyak, perghhh sodap!!! Siap menghirup kuah gulai tu yang cukup pekat likat dan menjilat semua jari jemari.
Cuma ayam hutan goreng berempah tu agak liat sedikit, memang perlu kekah serta gigit dan koyak macam eksotik sangat gayanya hahaha. Ok kalau korang nak mencubanya memang saya alu-alukan sangat, dan saya bagi 5 bintang!!!!! Kita enjoy!!!
Bila pergi dekat Sabak Bernam ni? Tak jauh dari rumah saya ni?
aduhai..terus berbunyi2 perut SA bila tgok Aju review restoran ni..ok2 SA masukkan dalam wishlist…harap2 dapat pergi makan kat sini…
not bad restoran ni. lain kali letak landmarks sket kedai ni tau. supaya senang orang nak cari hehhehe
perrghhhh…. macam best je kat situ… nyum3
Thorbaeklah! Eksotik halal punyo kan? Harap2 tayar motor tak bocor lepas tu..laarriiikkss!!
Kalau saya tidak boleh bawa motor sebab kekenyangan dan mata pun sudah mula berat.
tak pernah tau ler pulak wujudnya kedai makan kat sabah bernam nie.. padahal selalu jer lalu kalau balik kg.. mesti try nih…..
ehh..landak leh makan ye??
Bila au nak jejakkan kaki ke sini..ajak isteri naik ducati best gak ni..hahahaha…
wah, bestnya dapat makan landak
whoaaa…makanan eksotik la pulak yea…. bila sekali imbas memang tak nampak langsung macam landak….boleh ajak Kid makan kat sini
Hamboihhh terliur dibuatnya,especially ulam2an tu … huhuhu taste akak ala2 kategori herbivor nak buat camane kan …jealous kat Aju, makan macam tu punya banyak pun,still kecik jer …
Selamat datang ke Sabak Bernam 🙂
ramai pula pasangan pergi dating hari sabtu baru ni…hehehe..
saya tak dapatlah ada anak tapi buat kerja lain sahaja uh.
nampak best tapi yang lebih best naik moto besoww..haha
syukur rezeki amboi sukanya dia dah nak pi makan
Banyak gila menu makan untuk 2 orang.. Badan kecik jer…
nape bukak semua blog semua pun nak cerita makan2…jelesss…. nak gulai tempoyak tuu… sini xde duyan… haiishh… nak kene terjah ni lg 3 tahun… hihi
Memang nampak rock la kak Aju ngan pkai helmet gitu..
Syok tu merempit..heheee
Subhanallah dah sampai sini rupanya ..masih muda so naik moto jauh2 masih tak sengal lagi pinggang, dah hampir dengan rumah ustazah ni
scroll laju2 sampai bawah..tak ‘sanggup’ tgk makanan sedap2…hehe
Bestnya teringin nak rasa makanan eksotik cuti raya cina ni. Trima kasih bagi info.
Sedapnya tengok makanan2 tu. especially daging landak tu. huhuhuhu
kedai ni dah dekat dengan kampung kitorang ni. tapi tak pernah try. lepas ni boleh la gi try. 🙂
salam . minta share gambar dan info boleh?
salam.minta peermision nak share info bole?
amboi kemain lagi aju, macam erra pajira pulak