Ingat lagi saya memenangi wang tunai dalam Contest Yeo’s 80 Days Drink to Cash?? Bagi yang tak tahu jom baca entri tersebut di link ini. Mudah sangat kalau anda nak menyertai contest ini tau, malah tak perlu nak fikir slogan semua tu, hanya minum dan anda sudah boleh menyertai contest ini. Mudah kan? Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi hadiah meletops berjumlah RM 500,000 dan menangi hadiah RM 3,000 setiap hari selama 80 hari. Setiap hari ok!! Siapa nak bagi anda RM3,000 kalau bukan pihak Yeo’s!!
Tempoh peraduan ini bermula dari 13 Mac 2014 sehingga 31 Mei 2014 tepat jam 6.30 petang. Jomlah sertainya beramai-ramai malah anda tak rugi apapun. Beli produk Yeo’s, kalau tak menang pun anda boleh menikmati minuman Yeo’s yang mempunyai pelbagai perisa, emm dan saya paling suka minum air kundur, sejuk je lalu kat tekak ni ;).

Bagaimana nak sertai?
Pertama :
Beli apa sahaja produk minuman Yeo’s dan lihat kod peraduan di atas pek minuman ATAU anda boleh sahaja menggunakan nombor resit rasmi yang bercetak bagi yang tiada kod peraduan di kotak minuman Yeo’s yang anda beli.
Kedua :
Pastikan anda ada akaun WeChat. Kalau tiada, silalah install. Search id WeChat : YeosMalaysia dan ikut segala arahannya di situ.
Ketiga:
Hantar kod peraduan anda, dan lampirkan sekali gambar kotak Yeo’s kepada Akaun Rasmi WeChat Yeos Malaysia sebagai bukti pembelian.

Ada 2 cara untuk menghantar kod peraduan.
1) Menggunakan nombor rest rasmi sebagai kod peraduan bagi minuman Yeo’s yang tidak mempunyai cetakan kod peraduan atau;

2)Hantar kod peraduan yang sedia ada.
Gambar pula harus ada kriteria.
1) Bagi minuman Yeos tanpa kod peraduan – gambar tersebut mestilah jelas, terang menunjukkan kuantiti minuman Yeos yang dibeli dan juga nombor resit rasmi. Yang berlipat, kotor tak diterima.
2) Bagi minuman Yeos yang ada kod peraduan – gambar mestilah jelas, terang dan nyata menunjukkan kod produk Yeos yang telah diminum ye, contohnya straw telah dimasukkan ke dalam kotak minuman tersebut. Faham kan?
Tetra Pack 1 L : Tarik dan penutup mesti dibuka atau dilipat
Tetra Pack 250ml : penyedut minuman dimasukkan ke dalam produk ataupun pek itu dilipat
Botol PET : Penutup botol dibuka dan diletakkan disebelah botol tersebut
Keempat :
Jika anda berjaya, tahniah! Peserta akan dimaklumkan oleh pihak WeChat Yeo’s Malaysia dengan hyperlink untuk melihat iklan komersial Yeo’s melalui You Tube.
Kelima :
Jawab soalan mudah berkaitan dengan produk Yeo’s. Penganjur boleh sesuka hati mengubah soalan dalam tempoh peraduan.
Info berkaitan :
Peserta dibenarkan menghantar penyertaan sesuka hati korang, tetapi kod peraduan mestilah satu itu sahaja. Maknanya, satu kod peraduan, satu minuman Yeo’s. Jangan menipu untuk menangi kontest pula. Penyertaan anda terbatal jika didapati anda menipu.
Untuk maklumat lengkap, anda boleh melayari terus ke pautan ini www.yeos.com.my. Simpan bukti gambar yang anda ambil sebagai bukti jika anda menang. Anda juga boleh menonton video di bawah ini untuk kefahaman yang lebih tinggi menggunung ye.
Jangan lupa untuk follow Yeo’s untuk info terkini tentang contest ini ye
FB Yeos: https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Wechat ID : YeosMalaysia
Website Yeos : http://www.yeos.com.my/
Best…. caranya mudah je.. nak.menang gak hadiah ribu2 tu…
Minggu ni saja dah berkotak-kotak produk Yeo’s dibeli, tapi belum ada kelapangan untuk join. Harap2 lepas ni ada masa untuk cuba
Emm hadiah memang terbelik gak biji mata ni..hehe…
Waaa best nih…boleh la nak try contest ni mana la tau menang kan ajue….
ada masa lagi ini hoyeh!!!
Teringin gak nak masuk. Tapi tak sempat lagi nak buat ☺